Sekali pun arah pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah itu masih lagi mempengaruhi saya.
Definisi 'tamadun' ala Eropah selalu sahaja bermain-main dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing yang aneh itu.
Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi 'tamadun' dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan dengan agak luas.
Islam itu sendiri telah mengusung makna tamadun
Dan akhirnya terserlah jualah kebenaran, 'Masyarakat Islam' adalah sebenar-benarnya masyarakat yang 'bertamadun'.
Syed Qutb menolak konsep Islam Hadhari?
Ali Bukhari Amir
Wed | Dec 31, 08 | 9:57:28 pm MYT
Ketika mengarang ini, rumah di desa sedang berusrah. Dan, tatkala menyelak-nyelak pustaka rumah yang termuat di dalamnya buku-buku usrah, saya terlihat kitab Syed Qutb, Maalim fit Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang diterjemah dalam bahasa Melayu.
Lalu dalam bab Islam Adalah Tamadun (al-Islam Huwa al-Hadharah), penulis yang amat terkenal dengan ketajaman mata pena itu menulis mengenai Islam sebagai berikut:
(Saya menitipkan beberapa perenggan dengan melompat-lompat dan tidak tersusun..)
'Masyarakat Islam' ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam: akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup.
Manakala masyarakat jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya; masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi akidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tatasusila.
'Masyarakat Islam' bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka 'MUSLIM' sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah.
'Masyarakat Islam' dengan bentuk seperti yang disebut di atas itulah sebenarnya masyarakat yang bertamadun, manakala masyarakat 'jahiliyah' dalam segala bentuknya adalah masyarakat 'songsang.'
'Islam Hadhari' dalam fahaman Syed Qutb
Maka.. pengarang Syed Qutb kembali menyambung hujahnya..
Saya pernah memasang iklan mengenai sebuah buku karangan saya yang masih di dalam percetakan.
Buku itu asalnya berjudul: 'Menuju masyarakat Islam yang bertamadun', tapi dalam iklan kali berikutnya saya buang perkataan 'bertamadun' dan judul buku itu diubah menjadi 'Menuju Masyarakat Islam' saja.
Perubahan judul ini rupanya menarik perhatian seorang penulis Al-Jazair (Algeria) yang selalu menulis di dalam bahasa Perancis.
Beliau lantas menulis sebuah artikel mengenai perubahan judul ini, dalam mana beliau telah membuat tuduhan bahawa perubahan judul itu berpunca daripada apa yang dinamakan beliau 'operasi mempertahankan Islam dari dalam jiwa.'
Beliau menyatakan kesalnya atas perubahan judul itu kerana itulah kononnya saya dianggap beliau sebagai tidak layak lagi membuat ulasan masalah itu mengikut keadaan yang sebenar.
Saya tidak ambil hati kepada penulis itu atas sikapnya yang demikian, sebab pada ketika mula-mula menulis judul buku berkenaan, cara berfikir saya masih serupa dengan cara berfikir beliau.
Persoalan yang berlegar dalam kepala saya ialah persoalan definisi 'tamadun' sama sahaja dengan persoalan yang selalu menari di dalam kepala beliau.
Syed Qutb mengaku tersilap dan jujur membetulkan kesilapannya
Akhirnya, Syed Qutb dengan penuh kejujuran, telah mengaku bahawa beliau sendiri telah terkeliru dengan konsep tamadun.
Maka, di atas kesilapan itu, beliau dengan mudah membetulkan kesilapannya. Ini kerana, beliau berfikir, merenung dan mengarang dengan penuh kejujuran dan keikhlasan..
Saya (Syed Qutb) terpaksa mengaku dengan berterus-terang bahawa cara berfikir saya pada ketika itu pun masih belum bebas sepenuhnya dari pengaruh sisa-sisa kebudayaan Eropah yang sama sekali asing dari selera keIslaman.
Sekali pun arah pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah itu masih lagi mempengaruhi saya.
Definisi 'tamadun' ala Eropah selalu sahaja bermain-main dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing yang aneh itu.
Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi 'tamadun' dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan dengan agak luas.
Islam itu sendiri telah mengusung makna tamadun
Dan akhirnya terserlah jualah kebenaran, 'Masyarakat Islam' adalah sebenar-benarnya masyarakat yang 'bertamadun'.
Dan pada akhirnya..Syed Qutb sendiri telah menarik satu kesimpulan sebagai berikut:
Perkataan 'bertamadun' sebenarnya tidak perlu dipakai, kerana ia adalah suatu omong kosong, tidak membawa sesuatu apa pun yang baru.
Wallahu'alam..
Kenapakah orang-orang seperti Syed Qutb ini dengan mudahnya mengaku kesilapannya sendiri? Pertamanya, beliau tidak memiliki apa-apa kepentingan diri. Hidup dan matinya telah diwakafkan seluruhnya untuk kemerdekaan jiwa, demi Islam dan Muslimin.
Beliau tiada kepentingan siasah seperti Abdullah Ahmad Badawi. PM seperti Abdullah ada cita-cita politik ketika membawa Islam Hadhari di dalam Perhimpunan Agung Umno dan ini membuktikan bahawa Abdullah tak jujur dan ikhlas dengan Islam Hadhari.
Pada tahun baru yang bakal menjelang sebentar sahaja lagi, dan bersempena Maal Hijrah yang mendekat ini, tulisan ini menyeru kepada Abdullah supaya bersikap ikhlas di dalam menerajui pemerintahannya.
Jika didapatinya ada kesilapan seperti mana Syed Qutb, maka dengan jujur hendaklah dia menggugurkan kalimat Islam Hadhari itu dan gunalah istilah lain seperti Muslim Hadhari atau apa-apa saja istilah bagi tujuan membetulkan dan membatalkan khilaf terdahulu.
Janganlah Abdullah risaukan sangat bahawa nantinya umat Islam di Malaysia akan mengejek-ejeknya pula di atas kesilapan tersebut. Itu tidak mengapa. Syed Qutb dengan rela dan ikhlas telah mengaku khilafnya. Tiada manusia sempurna.
Paling penting, gugurkanlah PPSMI ini. Abdullah sendiri tahu bahawa PPSMI ini adalah dasar yang batil. Yang menyebabkan Abdullah masih lagi pertahankan PPSMI, mungkin ini disebabkan oleh keegoannya.
Atau, andaian kedua, mungkin beliau masih takut dan gementar kepada Tun Dr Mahathir yang mengasaskan PPSMI tersebut. Wahai Abdullah, ikhlaskan dirimu mentadbir urusan-urusan kehidupan kami; warganegara Malaysia seluruhnya.. Wallahu'alam..
9:36 p.m, 31 Disember 2008
Sekolah Pemikiran Pendan
MASIH ADA SINAR MENTARI UNTUK ESOK HARI..APAKAH ITU SEBABNYA KAU MASIH MENCARI? SEDANGKAN TAPAK PERJUANGAN TELAH TERSEDIA UNTUK KAU TEROKAI..AYO BANGKIT!!1 KITA TENTANG SEGALA KEZALIMAN TERUTAMA YANG DATANG DARI PEMERINTAHAN..KITA JIHAD DENGAN MENGATAKAN TIDAK DIHADAPAN PENGUASA YANG ZALIM!!!..FROM BAWEAN TERMENUNG
2008/12/31
MALAM INTIFADAH PALESTIN~Malaysiakini
Malam Intifadhah Palestin
Saidah Hairan
Wed | Dec 31, 08 | 4:05:49 pm MYT
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Atas kesedaran dan keinsafan terhadap keganasan dan kekejaman zionis Israel membunuh rakyat Palestin MuslimCare dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) menganjurkan malam Intifadhah Palestin dan Kutipan Dana 1 Juta untuk Gaza.
Malam Intifadhah Palestin itu akan diadakan pada Jumaat malam Sabtu 2 Januari bermula jam 8.30 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam (belakang Hotel Bluewave).
Pemidato Khas pada malam itu Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad; Dr Hafidzi Mohd Nor dari Palastine Center of Excellence (Pace) dan moderator, Dr Azhar Yaakob.
Artis Muadz dan Fazs turut mengambil peluang mempersembahkan nasyid Intifadhah.
Manakala khutbah khas Palestin akan berkumandang di seluruh Masjid di Negeri Selangor pada hari tersebut.
Sumbangan amat dialu-alukan bagi meringankan penderitaan dan bebanan rakyat Palestin.
Segala pertanyaan hubungi ahli Majlis MBSA merangkap Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron 019-2140240; Timbalan Pengerusi MuslimCare merangkap ahli PBT, Zulkifli Mohd Nani 019-.2401615._SH_
SPR perlu kuasa autonomi Rashid akur saranan pembangkang~Malaysiakini
SPR perlu kuasa autonomi Rashid akur saranan pembangkang
Harakahdaily
Wed | Dec 31, 08 | 2:17:19 pm MYT
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Saranan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman subaya suruhanjaya itu mempunyai kuasa autonomi amat dialukan-alukan dan perlu diberi perhatian yang serius.
Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar berkata, di penghujung jawatan Rashid akhirnya dilihat mengakui bahawa SPR sebelum ini tidak cekap, telus, adil dan bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya sehingga menjejaskan prinsip demokrasi yang didukung oleh negara ini.
Katanya, secara tidak langsung cadangan beliau itu seiring dengan saranan yang pernah dikemukakan oleh parti-parti pembangkang untuk melihat proses pilihan raya umum dan kecil dijalankan secara adil dan saksama.
"Akhirnya apa yang kita tuntut dan dakwah selama ini tentang ketidak-cekapan SPR telah diakui sendiri oleh Rashid dan kita alu-alukan pandangan beliau itu.
"Kita mahu semua suruhanjaya tak kira kehakiman, rasuah ataupun SPR yang ada di negara ini dihormati dan diberi kuasa yang luas tanpa ada campur tangan atau sebarang gangguan eksekutif yang boleh merencatkan pilihan raya itu sendiri," katanya yang menghubungi Harakahdaily.net sebentar tadi.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengucapkan rakaman terima kasih atas khidmat Rashid selama ini dan menghargai pandangannya yang mahu melihat suruhanjaya ini bebas.
Dalam pada itu Mahfuz menggesa supaya SPR dibawah kepimpinan yang baru dapat memberi 'tekanan' kepada pihak kerajaan supaya SPR dapat berperanan sebaiknya sekaligus membersihkan imej badan itu yang seringkali dikritik fungsinya dan mendapat bantahan besar daripada rakyat.
Beliau merujuk peristiwa bersejarah yang perlu diingati SPR seperti yang berlaku pada 10 November 2007, apabila lebih 100,000 rakyat menyertai himpunan 'Bersih' kerana kecewa dengan peranan SPR selama ini.
Rashid yang bersara wajib hari ini dilaporkan berkata pemberian kuasa autonomi itu perlu bagi memastikan SPR tidak dituduh sebagai 'alat' kepada kerajaan untuk memenangi mana-mana pilihan raya.
"Kita perlu mengkaji semula fungsi SPR supaya tiada lagi tuduhan dilemparkan dan mempertahankan diri kerana sering dituduh 'tiada gigi'..kerana tidak boleh mengambil sebarang tindakan.
�Kuasa SPR sepatutnya diperluaskan supaya boleh memberi amaran kepada media, terutama media elektronik mengenai had laporan mereka. Oleh itu, kempen pilihan raya akan berjalan dengan lebih telus,� katanya pada satu sidang media - azm_
Labels:
SATIRA POLITIK,
spr
DAP SEDIH TAHUN BARU DIHIASI PEMBUNUHAN OLEH ISRAEL~Malaysiakini
PULAU PINANG, 31 Dis (Hrkh) "Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mendiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu."
Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel.
"Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa.
" Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.
Bagi yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan.
"Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas, " ujarnya dalam kenyataan yang kepada Harakahdaily semalam.
Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.
Beliau juga meminta Kerajaan Malaysia mendesak Amerika Syarikat campur tangan untuk mendapatkan penyelesaian adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.
"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Justeru itu, beliau berharap Maal Hijrah kali ini disambut dengan penuh azam yang tinggi untuk memelihara kedamaian dan dijauhkan sengketa yang akan merugikan negara tercinta.- azm_

MAT SABU;HUDUD ISU BN UNTUK MENAKUTKAN PENGUNDI CINA~Malaysiakini
Bangi, 30 Dis - Mohamad Sabu menyatakan bahawa isu hudud yang di gembar gemburkan oleh UMNO semata-mata untuk menakutkan pengundi cina daripada mengundi PAS di Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.
"Pengundi cina Kuala Terengganu adalah lebih cerdik dan tidak macam Khairy dalam memahami isu hudud" ujar beliau beliau ketika berucap sempena majlis pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA di Stadium Bangi semalam.
Menurut beliau penyokong PAS dan UMNO di Kuala Terengganu agak seimbang dan mungkin lebih sedikit penyokong PAS. Walaubagaimanapun, faktor penentu kemenangan untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu ialah kumpulan atas pagar dan pengundi cina.
Isu hudud menjadi hangat selepas debat Khairy dan Husam di Kelantan pada 21 Disember 2009 lepas.
Program agak kecoh apabila kumpulan Pewaris dan Pekida datang menghantar memorandum untuk memansuhkan babi kepada Dato' Seri Presiden PAS yang menghadiri majlis pelancaran tersebut.
Seramai 5 orang wakil antaranya Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun dan penguam GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz masuk menghantar memo tersebut. Memorandum tersebut diterima sendiri oleh Tn Hj Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub.
Lebih 2 ribu orang menghadiri program tersebut. Program ceramah ISA seterusnya kemungkinan akan dibuat di Kuala Terengganu.
Labels:
fikrah pemimpin,
SATIRA POLITIK
Langgan:
Catatan (Atom)