2009/05/01

UMNO:SINDROM GILA KUASA LANDA PEMIMPIN PAS

para politikus dalaman pas kini terkena sindrom kemenangan, sehingga banyak yang mabuk dengan kekuasaan dan lupa dengan tarbiyah yang telah dijalani selama bertahun tahun lamanya, mereka sudah merasa sudah sampai masanya untuk mereka memungut hasil dan upah jerih payah mereka selama ini, hingga lupa niat asal perjuangan adalah keredhaan allah swt.



kemenangan yang selalu membuntuti mereka sejak akhir akhir ini membuahkan persaingan yang sengit tidak hanya diluar parti,malah dalam saf kepimpinan inilah mereka melihatnya untuk mendapatkan ganjaran perjuangan sehingga terjadinya cabar mencabar dan serang menyerang tidak hanya dalam mesyuarat dalaman parti tapi kini tampil dengan mulut kedua dan lidah ketiga secara terang terangan tampil kepermukaan melalui blog blog sehingga riuh dan suasana tidak nyaman mulai bergesel.


akibat kemenangan yang berterusan ini juga melalaikan mereka tujuan sebenar merekka terjun kedunia politik,sehingga misi pribadi kini mula menguasai arena,

jika kita lihat ketika ini banyak isu diluar pas untuk dimainkan untuk menyemarakkan perjuangan kemudian memenanginya sepereti isu pertukaran agama.ekuity 30% dan bahasa serta banyak lagi, tetapi kepimpinan pas kini lebih memilih isu dalaman parti untuk diketengahkan yang akhirnya memberikan persepsi bahawa pas sudah mula bercakaran sesama sendiri.


sungguh ajaib cara pas memainkan isu sehingga dengan mudahnya pihak musuh memanipulasi dan mengambil kesempatan atas kelalaian pas ketika ini,

ketamakan terhadap kerusi kekuasaan tidak melambangkan iltizam perjuangan islam yang sebenar, sebaliknya hanya menampakkan akhlaq yang menurun dan bobrok dari kepimpinan pas itu sendiri.

1 komentar:

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!