Oleh: WFAUZDIN NSKIRA-KIRA 10 Ribu orang hadir di dalam ceramah Perpaduan Pakatan Rakyat malam tadi yang dihadiri oleh semua pemimpin utama PR di Stadium MPBJ, Kelana Jaya. Sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana serentak dengan masa dan tarikh tersebut juga pasukan bola sepak Selangor terlibat di dalam perlawanan Liga Super bertempat di Stadium Shah Alam. Sekiranya jadual ini tidak bersamaan, sudah pasti kehadiran orang ramai lebih mengejutkan.
Di dalam ucapan Presiden Pas malam tadi menyebut bahawa Umno telah gagal membawa perpaduan tulen di kalangan rakyat Malaysia. Beliau berjanji bahawa PR akan bersatu untuk menjatuhkan kerajaan Bn pada bila-bila masa dari sekarang. Krisis dan kehangatan yang berlaku di dalam Pas dan PR baru-baru ini mampu dileraikan oleh pimpinan dengan pantas dan bijaksana membuktikan bahawa pimpinan di dalam PR lebih bijak di dalam sebarang tindakan mereka demi perpaduan rakyat. Harapan Umno untik melihat PR berpecah kini tinggal impian dan mereka seolah-olah hilang pedoman di Manek Urai. Cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas sedikit sebanyak menyerlahkan kecilnya hati dan jiwa pemimpin Umno untuk berdepan dengan isu yang mereka sendiri cuba mainkan.
DS Anwar pula di dalam ucapannya menegaskan bahawa PR sentiasa memegang teguh pendirian isu hak rakyat serta memperjuangkan golongan miskin tanpa mengira kaum. Walaupun Najib cuba meniru dasar yang diamalkan oleh PR ini, tetapi usaha beliau itu mudah dihidu oleh rakyat tatkala Umno/Bn kini kelemasan. Rakyat lebih mengenali Umno/Bn sebagai parti yang suka mencipta retorik tetapi akhirnya yang mendapat laba adalah pemimpin dan kroni-kroni mereka. Dasar Umno sekarang umpama `sesumpah' yang sentiasa berubah tidak menentu tetapi hasilnya kosong semata-mata. Janji mereka tidak lebih dari umpan politik dan inilah yang terbukti di Manek Urai.
Terlalu banyak persoalan serta kontroversi yang gagal dijawab oleh Najib. Sehubungan itu, rakyat perlu bersedia untuk menerima pemerintahan kerajaan baru yang lebih meyakinkan dan pilihan mereka tidak ada yang lain selain dari Pakatan Rakyat. /wfauzdin.blogspot.com
lebih kurang 5000 je bro....yg 10000 mcm ko ckp tu temasuk org meniaga kat luar tu kot. bg fakta bro, malaysiakini pun ckp total audience sgt kurang..jgn le jd kan alasan ada football match sbg kekurangan kedatangan penyokong korang. tak ada isu yang disampaikan, balik2 isu yg sama. tak ada pembaharuan.
BalasPadamsalam
BalasPadamkira ok la,yang pentingnya ramai... macam gak iklan sabun dapat membunuh kuman 99.9%
Kalau nak komen negatif tapi guna 'Tanpa Nama' bermakna penakut. Kerat teloq bagi anjinglah.
BalasPadamhahahahaha!!! 5000 je??? mana lagi 95000??? hahahahahah!! malu ah wei,,, aku pegi gak semalam.. saja nak usha... kebanyakan dia AHLI PAS... pkr mana??? DAP??? hahahaha... rasa nak gelak pun ada... tajuk punya best... "penjelasan isu kerajaan PERPADUAN". tapi yg aku dengar habuk pun tarak... balik2 isu yg sama... kutuk, maki, campur fitnah skit... hahaha...takde pun penjelasan isu kerajaan perpaduan... KECIWA!!!
BalasPadamhahahahah!!!!!!!
kerat teloq sendiri r... sukati r tak nak buh nama... demokrasi kan... yg korg g kutuk BN ngan UMNO x letak nama xda org kisah pun... apsal??? panas punggung??? hahahah!!! terbakar... skit je tu terbakar... kat akhirat nanti lagi terbakar ko ngan dosa2 fitnah dan penipuan...
BalasPadamP/s: jaga teloq sendiri k... jgn plak p masuk lubang org sejenis (bapak borek, anak rintik)... hahahahahahaha!!!
bila bergaul dgn setan , jadi setan la kita
BalasPadam5riban banyak tu oi.. kalau UBN nyer 5rat pun susah.. tu pun jenuh angkut pakai bas... kah..kah..kah..
BalasPadam5-6k tu banyak gak bai! Sukarela lagi datang.
BalasPadamBN nak kumpul 1k pun menangis. Terpaksa hantar bas rombongan, budak sekolah dan kakitangan awam. Lepas tu, rasuah penyokong. Pasal bola tu betul, pasal tajuk tu lagi betul. Tak payah buat tajuk tu lagi! Tak payah jelaskan pasal isu tu lagi. Penyokong yg anti UG malas nak layan. Ada mcm allergik kat telinga! Dgr dan baca tajuk pun boleh jadi loya. Kalo isu lain jadi tajuk contohnya PPSMI ke Kerajaan Perak ke! Aku gerenti lagi ramai yg datang.100 k tu target penganjur! Tapi kalo terlalu kerap buat ceramah dan perhimpunan begini kurang sikit org datang. 2 3 bln sekali ok gak! Kalo bawah 10k, buat kat Dewan ke Pejabat perhubungan negeri Parti pun dah cukup. Lagi satu publisiti ceramah ni kurang, jadi org tak tau. Kalo tau pun dah tak sempat nak pergi.