2009/02/01

DUA ADUN NAFI LETAK JAWATAN,APA JADINI..? - MALAYSIAKINI



KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan


berita diatas diambil dari utusan..

timbullah pertanyaan dihati.. mengapa kumpulan disana tahu dimana kedua adun itu berada?
dan bagaimana mereka mendapatkan keterangan tersebut?

aduiiiii..pening gua nih!!!!!

SEKARANG RAKYAT TENTUKAN - MALAYSIAKINI



Tindakan dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini adalah satu rahmat kepada rakyat. Sekurang-kurangnya mereka berdua telah menunjukkan bahawa sekalipun telah diumpan dengan segala keladak dunia tetapi mereka tidak menyertai UMNO. Mereka gentleman dengan mengosongkan kerusi DUN tersebut.

Hak menentukan siapakah wakil rakyat bagi kedua dua kawasan DUN tersebut dipulangkan semula kepada rakyat. Tindakan mereka tidak oleh sama sekali disamakan dengan apa yang telah dilakukan oleh YB Datuk Nazarudin Hashim (ADUN Bota) yang menyeberang meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Nazarudin meninggalkan UMNO kerana ketempangan parti tersebut yang beliau sedari. Nazarudin meninggalkan UMNO dan menyertai PRK tanpa apa-apa tekanan. Ia dilakukan dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap perjuangan mengangkat martabat rakyat. Perjuangan tersebut disedarinya hanya dapat terlaksana melalui gandingan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Saya baru dihubungi, sekarang ini Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil parlimen dan berada di kawasan Parlimennya di Permatang Pauh, beliau redha dengan apa yang telah berlaku. Saya mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk mengingatkan kepada diri saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat agar bermuhasabah diri dan meningkatkan lagi i’tizam kita terhadap perjuangan sebenar yang dilafazkan; Demi agama dan mengangkat martabat serta maruah rakyat.

Pilihan raya kecil dua kawasan DUN menanti kita di Behrang dan Changkat Jering. Semoga kesepakatan kita dalam PRK dan Pakatan Rakyat akan diberkati ALLAH swt dan hamparan kemenangan akan dikurniakan, insyaALLAH.

Salam takzim
Kerajaan Rakyat www.kerajaanrakyat.com

BERSEDIAKAH PAKATAN RAKYAT PERAK UNTUK PILIHANRAYA KECIL SEMULA? Malaysiakini



kalau benar diberitakan dua adun pkr itu dengan pelbagai masalah pribadinya dan juga tuduhan rasuahyang telah membuatkan parti bn umno mengambil kesempatan dari kelemahan pribadi ini untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat diperak..

apalah kiranya baiknya mereka itu menyerahkan kembali segala keputusan tentang dirinya kepada parti yang diwakilinya..karena menurut mereka sendiri masalah ini diciptakan terhadap diri mereka karena perangkap yang dikenakan terhadap diri mereka oleh musuh politiknya..

mungkin saja diadakan pilihan raya kecil dimana mana kerusi yang diwakili mereka menjadi pilihan parti untuk mengambil kepercayaan rakyat kembali..dan dengan demikian parti dapat bersedia..

dalam sejarah kita tak pernah dapat dan jangan melupakannya bahwa umno pernah merampas dan menjatuhkan kerajaan pas terengganu dulu dengan cara memancing dan menggait adun pas untuk melompat parti,kejadiaan yang serupa adalah mungkin terjadi dilain masa adalah mungkin serba jadi..

umno dari dulu hingga kini penuh muslihat licik dan disokong dengan kemampuan kewangan yang kukuh untuk berbuat sesukanya dan menghalalkan segala cara untuk kekal kuasa dengan menyalahgunakan kuasa yang mereka ada.

kalau memang benar kedua adun ini tetap melompat parti juga atau menjadi bebas dulu maka umno telah mengesahkan keterlibatan mereka dengan memanasnya situasi politik terkini..
dapatkah umno menafikan dan mengubah tanggapan rakyat bahwa mereka menawarkan keuwangan atau bahasa mudahnya merasuah mereka untuk melompat parti dari minda rakyat kebanyakan..?

ini karena
Kedua-dua Exco PKR itu sedang menghadapi pertuduhan rasuah.Bagaimana rakyat akan menerima ketelusan SPRM jika pertuduhan terhadap mereka digugurkan setelah menyertai BN.

Akan wujud persepsi,kaki rasuah akan join kaki rasuah yang lain dalam UMNO.

UMNO dan rasuah macam kembar seiras dan tak dapat dipisahkan.Itulah persepsi rakyat yang wujud ketika ini.