langkah mahadhir untuk terjun sendiri memulakan kempen pada prk bukit gantang adalah satu manifestasi lahirnya beliau untuk kembali memegang kekuasaan negara,
untuk itu jangan pula pihak pakatan mengambil ringan akan hal kekuatan dan kekerasan tempo dulu, karena dilapangan terutamanya kaum china masih rindu akan kejayaan ekonomi yang pernah mereka nikmati di era mahadhir.
keinginan mahadhir untuk najib menggantikan abdullah dengan cepat hanyalah helah untukny kembali kepentas kekuasaan dengan bertopengkan najib,
mengapakah mahadhr memilihnajib dan bukan yang lain? sedangkan najib dilihat punya kekuatan dan tidak pula yang lain?
mahadhir yang begitu lama dalam pemerintahan tentunya sudah memahami kesemua latar belakang menteri menterinya, dan dia amat tahu manakah satu yang dapat diwarnakan oleh beliau.
dan kini dengan terpalitnya banyak isu terhadap najib maka itu adalah satu bonus untuk mahadhir berdiri dibelakang tabir pemerintahan najib.
MASIH ADA SINAR MENTARI UNTUK ESOK HARI..APAKAH ITU SEBABNYA KAU MASIH MENCARI? SEDANGKAN TAPAK PERJUANGAN TELAH TERSEDIA UNTUK KAU TEROKAI..AYO BANGKIT!!1 KITA TENTANG SEGALA KEZALIMAN TERUTAMA YANG DATANG DARI PEMERINTAHAN..KITA JIHAD DENGAN MENGATAKAN TIDAK DIHADAPAN PENGUASA YANG ZALIM!!!..FROM BAWEAN TERMENUNG
2009/04/01
(004)hal umno: Bukti Umno Menggadai Tanah Air Kita~bukit gantang
http://alhusseyn51.blogspot.com
disegambut dalam kuala lumpur tanah wakaf masjid yakni tanah alloh swt tuhan kita juga terjual.walhal tanah itu didapatkan dengan mengumpulkan duit masyarakat segambut,dan kini orang segambutpun hampir tak tahu yang tanah alloh ini terjual juga..alahai amenoku
Jangan biarkan Umno terus menjahanamkan orang Melayu dan menggadaikan tanah air kita.Ini fakta menunjukkan Umno adalah penjahanam tanah orang Melayu.
• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
• Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.
Anda bijak kalau tidak mengundi Umno/BN.Undilah calon Pakatan Rakyat : Dato Seri Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin.
http://alhusseyn51.blogspot.com
Labels:
fikrah pemimpin,
jahat dan fitnah
(003)umno hal:NAJIB HANYALAH BONEKA MAHADHIR~BUKIT GANTANG
Saudara Pengarang
Kalau semasa Pak Lah menerajui kerajaan, saban hari kita mendengar dan membaca kritikan pedas dan sindirin dari mantan PM Tun Mahathir, dan ketika itu juga ketika melihat dan mendengar suara-suara sayup dari kalangan pemimpin Umno membalas keritikan dan sindiran Mahathir itu yang kononya membela Pak lah dari terus dibelasah oleh mantan PM itu. Berbagai kata-kata yang berbentuk penghinaan dilemparkan oleh puak pengampu Pak Lah ketika itu sehinggakan Mahathir tak tahan dan keluar dari Umno.
Walaubagaimanapun semua lakunan mereka ini terjawab di malam penutup perhimpunan Umno baru-baru ini. Kita lihat bagaimana sambutan pemimpin dan perwakilan Umno terhadap Mahathir, tepukan sambil berdiri sebagai menghormati mantan PM itu seolah-olah mereka sudah tidak sabar untuk 'menyah' kan Pak Lah. Ada yang datang berpelukan dan mencium tangan Mahathir. Jelas kelihatan Mahathir tidak mengizinkan Pak Lah memeluknya ketika mereka bersalaman walaupun Pak Lah kelihatan cuba untuk mendakapnya. Yang kelihatan isteri mantan PM itu berlaga pipi dengan isteri Najib.
Kini hasrat dan perancangan Mahathir bersama Najib sudah tercapai. Naiknya Najib menggantikan Pak Lah bermakna empayar dan kuasa Mahathir kembali semula dalam kerajaan dan Umno. Kelihatan seolah-olah kekalahan teruk Umno dalam pilihanraya lalu adalah dirancang oleh Mahathir dan Najib serta kuncu-kuncunya kerana dengan cara itu saja mereka boleh memberi alas an kukuh untuk mendesak dan memaksa Pak Lah berundur.
Kasihan tengok wajah Pak Lah malam tersebut, seolah-olah tidak dipedulikan dan tidak diperlukan lagi. Sambutan dan sorakan yang diberikan oleh pemimpin dan perwakilan Umno terhadap Mahathir malam itu sungguh memeranjatkan sebaliknya Pak lah dibiarkan. Apakah kedatangan Mahathir ini memang dirancangkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya untuk memalukan Pak Lah?
Itulah Umno disanjung bila diperlukan, dihina dan tidak dipedulikan bila kamu tidak lagi punya kuasa. Kini Mahathir boleh buat dan bersuara apa saja kerana Najib adalah proksinya. Kesemua yang menang (kecuali Khairy) adalah proksinya. Kini mungkin baru Pak Lah tahu bagaimana lakunan pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini bersungguh-sungguh menyokong dan membelanya ketika dia dipuncak kuasa, kini apa sudah jadi. Pemimpin-pemimpin pembangkang bakal menerima nasib buruk selepas ini kerana segala arahan dan perancangan akan dibuat dan diatur oleh Mahathir, Najib dan sekutunya hanya melaksanakannya sahaja.
Bagaimana seorang seperti Mahathir yang bukan lagi ahli Umno boleh masuk dan menghadhiri perhimpunan Umno malahan diberikan sambutan luar biasa pula? Dimana Umno meletakan kritikan dan sindiran Mahathir terhadap Umno selepas bersara selama ini? Mereka telan dan buang tepi saja demi untuk menjaga hati Najib, menjaga kerusi empuk, gaji dan kuasa. Jika mereka lawan Mahathir ketika ini, padah akan membawa celaka kepada mereka. Akhirnya jelaslah golongan Umno ini jenis manusia hipokrit saja. Tidak punya maruah, moral, akhlak dan adab lagi. Nilai agama langsung dibuang jauh.
Kini rakyat,Negara dan agama bakal menempuh zaman gelap seperti zaman Mahathir dulu. Kezaliman, penindasan, kemungkaran dan penghinaan terhadap Islam bakal muncul kembali. Dalam perhimpunan, mereka berapi-api bercakap pasal Melayu tetapi mereka lupa bahawa Umnolah yang selama ini menyebabkan Melayu miskin, merempat dan papa kedana. Siapakah yang mermapsa tanah orang Melayu, meroboh rumah orang Melayu selama ini?
Yang paling jelas yang berlaku di Tererngganu sebaik sahaja Umno berjaya merampas negeri Terengganu dari PAS pada tahun 2004 lalu. Tanah orang melayu miskin, tak punya tanah, hidup merempat dirampas dengan kasar dan secara paksaan. Rumah-rumah dalam pembinaan di roboh dengan rakus dengan kawalan pihak polis.
Siapa punya angkara ini? DAP, MCA, Gerakan atau MIC kah? Begitu juga yang beralaku di Selangor, Kuala Lumpur dan diseluruh negeri, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu. Inilah Umno sebenarnya. Kini perhimpunan golongan Munafik lagi zalim itu sudah berakhir. Tugas mereka selanjutnya selepas ini ialah merompak harta rakyat, menipu rakyat dan menindas rakyat yang tidak akan ada kesudahanya selagi mereka berkuasa
Labels:
fikrah pemimpin,
jahat dan fitnah
(002)bukit gantang:PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT LEMAH,AMAT MENGECEWAKAN.
apakah kemampuan yang dimiliki kepimpinan pakatan rakyat untuk menghalang perubahan kepimpinan negara hanyalah sebuah desakan agar sebelum memegang kekuasan negara agar dirinya membersihkan diri dahulu dari segala fitnah?.
ya..hanya desakan untuk membersihkan diri.. itulah kekuatan yang ada pada kepimpinan pakatan untuk sebuah perubahan hanyalah desakan.
kalau anda ingin tahu..kalau apa yang anda desakkan itu fitnah..apakah akan hilang dengan pantas bagai perginya peluru roket sang persepsi itu..
tentu sahaja dengan kesukaran persepsi tiu ds najib tidak akan peduli dengan desakan kebudak budakan seperti itu.. sedangkan peluang untuk sesuatu yang lebih besar tersedia didepan mata.. yang mungkin dengan menjadi pemimpin dan kalau berjaya memimpin dengan baik maka fitnahan terhadap dirinya itu akan terhapus dengan sendirinya.
dikala itu kesukaran untuk mencari peluang untuk sebuah perubahan yang diimpikan pakatan akan menjadi sulit dan berundur kebelakang 20 dua puluh tahun.
pakatan rakyat hilap pandang kekuatan jentera kerajaan yang telah digunakan sepenuhnya seperti sprm polis dan peguam negara, untuk berhadapan dengan pakatan..sayangnya pakatan gagal untuk mengadakan dan mencari kekuatan yang dapat menandingi kekuatan tersebut.sedangkan untuk mengalahkan mereka maka kekuatan tersebutlah yang harus jadi sasaran utama, karena disitulah kekuatan yang juga kelemahan yang utama dari UBN..DANG GENG.
apa yang boleh kini selamat menjadi perdana menteri ds najib..pimpinlah dan bawa negara dengan kebaikan dan keadilan selamat berjaya kalau tidak saye doakan yang lain.
Labels:
fikrah pemimpin,
jahat dan fitnah
(01)UMNO DI BUKIT GANTANG:Ezam, Hentikanlah Temberang Anda!
Saya ketawa besar ketika membaca laporan media berhubung dakwaan Ezam Mohd Noor bahawa Anwar Ibrahim (sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.
Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut Umno yang bernama Ezam ini.
Berikut saya petik laporan dari mStar Online:
Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB
TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”
“Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
“Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.
Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
“Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.
“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.
“Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.
Apa yang pasti, Ezam telah menipu!
Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.
Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.
Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai Umno pada usia 26 tahun (1993).
Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!
Sudahlah Ezam, hentikanlah temberang anda!
Labels:
fikrah pemimpin,
jahat dan fitnah
(35)bukit gantang:PAKATAN GAGAL DAN TEWAS.NAJIB BERKUASA PENUH
kelemahan pakatan rakyat untuk melobi duli yang mahamuliya yang dipertuan agung untuk bersama rakyat kebanyakan yang menolak perlantikan ds najib sebagai perdana menteri sesuatu yang malang bagi citra politik tanah air kita ini.
kegagalan tersebut akan turut memberikan kesan yang mendalam terhadap pakatan serta pendokong terutama para blogger yang terus tanpa henti memainkan isu najib dan kisah kisahnya,
setelah ini maka para blogger siaplah untuk berhadapan kekangan yang lebih dahsyat, terutama bagi pimpinan pakatan, karena untuk mereka menggunakan isa dan akta akta yang lain tak dapat dipungkirai.
walaupun masyarakat antara bangsa turut sama mempertikaikan ds najib dengan segala isunya, pemimpin utama kita tak dapat mengambil peluang yang terhidang denga cekap dan sempurna, sehingga membuat kegagalan total dalam sistem kepimpinan negara dan pakatan itu sendiri.
lalu bagaimanakah pakatan akan mampu menghadapi dengan najib yang telah mendapat kuasa penuh yang bertambah? sedangkan ketika kuasanya belum sempurna pakatan sendiri tak dapat menundukkannya?.
apa yang ada dan yang tertinggal hanyalah harapan agar akta isa tidak digunakan..sedangkan yang lain pakatan telah nyata tewas.
Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia sebagai perdana menteri yang baru oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, akan berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini
Labels:
fikrah pemimpin,
jahat dan fitnah
Langgan:
Catatan (Atom)