2009/07/01

manek urai:Tiga klip video: Rosmah perlu bersihkan imej




Salmiyah Harun


KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) -Sebagai wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi liabiliti kepada perjuangan Umno dan suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan beliau.


Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Aljundi menegaskan sebagai 'first lady' yang sentiasa menjadi tumpuan ramai tidak boleh kekal mendiamkan diri.

"Jika tidak mempertahankan, ia seolah-olah ada benarnya juga," kata Athirah merujuk laporan dalam satu portal berita baru-baru ini.

Hampir dua minggu tiga klip video berupa dokumentari pendek yang menyiarkan beberapa orang yang dikatakan saudara terdekat Rosmah Mansor memberi gambaran negatif terhadap beliau.

Apa yang jelas, bagi Athirah belenggu 'hitam' yang membayangi wanita pertama itu akan terus menghantui perjalanan politik negara.

"Isu-isu 'C4' misalnya dikaitkan langsung dengan beliau. Malah rakyat juga percaya Najib duduk di bawah telunjuk Rosmah dan ternyata ia sangat sukar untuk dinafikan," katanya.

Beliau juga menolak penyebaran klip video itu bukan semata-mata satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun apa yang menimbulkan tanda tanya, kata Athirah tidak pernah berlaku dalam sejarah negara 'first lady' menjadi tumpuan pemimpin besar negara luar malangnya sehingga kini masih tidak terjawab oleh beliau.

"Najib sebagai Perdana Menteri tetapi Rosmah yang lebih berperanan dalam sidang tertentu, Najib pula tidak menonjol," katanya.

Justeru, tegas Athirah, Rosmah harus membersihkan nama baiknya dan membuat penafian terhadap klip video tersebar itu sepertimana beliau pernah membuat kenyataan tidak mengenali wanita Mongolia.

Tiga klip video yang tersebar itu memaparkan beberapa individu yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rosmah. Video yang disebarkan dalam 'you tube' itu semakin mendapat perhatian pengunjung internet.

Video berupa dokumentari itu, menyiarkan beberapa interview yang membongkar kisah perjalanan hidup Rosmah Mansur dari awal kemuculannya hinggalah beliau menjadi isteri Najib Tun Razak.

Ekoran kemunculan klip video itu, dilaporkan dua pelajar Universiti Malaya Izuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin Ahmad Rosli meringkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri.

Badrul Hisham dilaporkan tidak mengetahui tentang penerbitan video itu. - azm

manek urai: Syor kerajaan perpaduan boleh dianggap amaran PAS



Syor kerajaan perpaduan boleh dianggap amaran PAS

KUALA LUMPUR: Bagi yang mengikuti perkembangan isu berkaitan kerajaan perpaduan, kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu semasa mengulas keputusan pakatan pembangkang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan itu barangkali bukan sesuatu yang memeranjatkan.

Malah sesetengah daripada mereka mungkin telahpun menduga pemimpin tertinggi PAS itu akan akur dengan bantahan keras daripada dua rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), selain tentangan sekumpulan kecil pemimpin PAS sendiri.

Abdul Hadi ketika memberikan reaksi mengenai penolakan cadangan itu mendakwa ideanya mengenai kerajaan perpaduan itu disalah erti dan dipermainkan oleh Umno bagi merenggangkan hubungan parti itu dengan lainlain parti dalam pakatan pembangkang.

Mungkin ramai juga yang mengamati bahawa ini bukan kali pertama anggota pakatan pembangkang itu menjadi bagaikan 'harimau tidak bertaring' sekalipun dalam isuisu yang sebenarnya bertentangan dengan ideologi PAS.

Misalnya pada November lalu, pucuk pimpinan parti bertindak mengetepikan dahulu cadangan PAS Selangor agar penjualan arak diharamkan di negeri itu apabila dua rakan sekutunya tidak bersetuju.

PAS juga mengambil sikap berdiam diri apabila salah seorang anggota jawatankuasa kerajaan negeri Selangor dikaitkan dengan isu moral.

Tindakan PAS yang dilihat banyak mengalah dan berkompromi dalam isuisu yang pada suatu ketika begitu hebat diperjuangkan, mewujudkan persepsi bahawa parti itu hanya menumpang tuah DAP dan PKR.

Oleh itu apabila pada muktamar parti barubaru ini Abdul Hadi dengan lantang menegaskan antara lain PAS terbuka untuk berbincang dengan manamana pihak, ia dilihat sebagai amaran kepada pakatan bahawa PAS tidak boleh diambil mudah.

Pada muktamar itu juga PAS digesa agar memainkan peranan sebagai pemimpin dalam pakatan pembangkang, malah ada yang menyarankan jawatan Perdana Menteri dijawat pemimpin PAS jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13.

Hairannya mengapa dalam masa tidak sampai tiga minggu selepas muktamar berakhir PAS tunduk dengan kehendak DAP dan PKR, seolaholeh mengesahkan bahawa mereka sememangnya sekadar menumpang kejayaan dua sekutunya itu.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar ketika diaju soalan itu menafikan PAS sekadar 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

"Sebenarnya suatu benda yang tidak betul bahawa kami ini takut kepada pihakpihak yang lain, sedangkan kerjasama yang dibuat ini adalah gagasan yang diterokai PAS sendiri, bagaimana kesediaan PAS untuk menghulur tangan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan bekas (anggota) Umno adalah suatu perkara yang tidak dapat dibayangkan oleh orang ramai.

"Kami juga berjaya meruntuhkan tembok yang memisahkan kami dengan DAP. Oleh itu tak timbul kami ini menjadi pengikut kepada satu pihak yang lain kerana kami yang membawa gagasan (kerjasama pembangkang) itu," katanya.

Pemerhati politik Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin pula berpandangan PAS hanya menurut suara majoriti dalam pakatan pembangkang, yang jelas tidak senang dengan gagasan kerajaan perpaduan itu.

"Bila ada pakatan kenalah ikut suara ramai, tak boleh sendirisendiri. Malah daripada segi persahabatan, tindakan PAS juga tidak kena kerana tidak membincangkan terlebih dahulu dengan rakan sekutu," kata pensyarah Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Pensyarah dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh pula berpendapat PAS sebenarnya menguji kedudukan mereka dalam pakatan.

"Saya beranggapan ini strategi politik mereka. PAS melalui Abdul Hadi secara tidak langsung memberitahu Pakatan Rakyat bahawa PAS adalah parti dominan dalam pakatan, sebab pakatan itu bergantung kepada PAS.

"PAS tidak mempunyai masalah besar untuk berbincang dengan UMNO, tapi bolehkah DAP atau PKR berbuat perkara yang sama? Jawapannya tidak, dan harus diingat di kebanyakan negeri Umno menang kerusi paling banyak berbanding komponen lain dalam Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata PAS mungkin mempunyai kerusi Parlimen paling sedikit iaitu 23 berbanding dua rakannya (DAP 28 kerusi, PKR 30), tetapi daripada segi kedudukan di beberapa negeri, PAS yang memegang kunci.

"Di Selangor, tanpa PAS kerajaan pakatan akan bubar, dulu di Perak macam itu juga. Malah sekarang pun, kalau PAS kembali berbincang dengan UMNO, pembangkang terpaksa gugurkan hasrat mereka untuk kembali berkuasa di Perak," katanya.

Asri juga berpandangan PAS menghantar mesej kepada DAP bahawa mereka tidak memerlukan parti itu untuk mendapat sokongan bukan Islam.

"Sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin kuat menerusi kelab penyokong parti itu. Malah mereka merancang untuk jadikan kelab itu sebagai salah satu sayap dan kalau ini yang berlaku sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin utuh.

"Itu sebabnya saya katakan PAS tidak perlukan DAP. Malah jika diperhatikan selepas ucapan Hadi di muktamar, DAP yang paling gusar, sehingga cepat-cepat mengeluarkan kenyataan membantah dan mahu pakatan duduk berbincang. Ini menunjukkan DAP yang perlukan mereka bukan sebaliknya," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Abdul Hadi ikhlas ketika mengadakan perbincangan mengenai perpaduan dengan Umno yang berlaku sejurus selepas pilihan raya umum lalu.

"Mungkin pada masa itu mereka melihat ada keperluan untuk orang Islam, dan apabila sebut Islam ini pastinya merujuk kepada Melayu bersatu, tetapi entah macam mana ia menjadi isu yang sudah di luar kawalan," katanya.

Asri juga yang berpandangan bahawa pengaruh Musyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjadi faktor PAS membatalkan perbincangan dengan UMNO itu.

"Walau apapun pandangan orang terhadap Nik Abdul Aziz, hakikatnya beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam PAS malah ada yang beritahu saya yang orang boleh kata apa saja tentang PAS tapi jangan sentuh Nik Aziz," kata beliau.

Asri tidak menolak pendapat jika cadangan itu datang daripada Menteri Besar Kelantan sendiri, perbincangan dengan UMNO akan tetap berlangsung sekalipun dibantah DAP dan PKR.

Hakikatnya, apa juga motif PAS dalam perbincangan dengan UMNO itu hanya diketahui oleh mereka yang berkenaan, namun yang pasti isu ini meninggalkan parut dalam pakatan pembangkang.

Kini persoalanannya mampukah pakatan yang baru berusia 15 bulan ini bertahan untuk berdepan dengan BN pada pilihan raya umum ke-13? BERNAMA

manek urai:Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa


Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:

"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."

Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.

Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.

Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.

Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).





Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).

Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
  • Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
  • Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
  • Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
  • Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
  • Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.
Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.

Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).


http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/cerita-harussani-di-sebalik-peristiwa.html

manek urai:Kerajaan BN Perak DiJangka Tumbang



Kerajaan BN Perak DiJangka Tumbang (Edited)


Berita mulai tersebar bahawa dua ADUN (Bukan-PR) Perak akan menyokong PR dalam masa terdekat. Berikutan itu BN Perak telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam.

Namun, dua ADUN bebas tidak hadir dan tidak dapat dihubungi oleh BN. Desas-desus mengatakan, mungkin seorang dari mereka akan berpaling-tadah kepada PKR.

Maklumat yang baru diterima mengatakan BN sedang bersiap-sedia sama ada akan memohon perkenan Tuanku supaya DUN Perak dibubarkan.

-----
(Edited): Dua ADUN (Bukan-PR) berkanaan, khabarnya, mempunyai masalah antara seorang dengan yang lain.http://siyasahsyariyah.blogspot.com/

manek urai:DS ANWAR DAN HJ HADI TEKAD JATUHKAN UMNO - CERAMAH MALAM TADI



Oleh: WFAUZDIN NS

KIRA-KIRA 10 Ribu orang hadir di dalam ceramah Perpaduan Pakatan Rakyat malam tadi yang dihadiri oleh semua pemimpin utama PR di Stadium MPBJ, Kelana Jaya. Sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana serentak dengan masa dan tarikh tersebut juga pasukan bola sepak Selangor terlibat di dalam perlawanan Liga Super bertempat di Stadium Shah Alam. Sekiranya jadual ini tidak bersamaan, sudah pasti kehadiran orang ramai lebih mengejutkan.

Di dalam ucapan Presiden Pas malam tadi menyebut bahawa Umno telah gagal membawa perpaduan tulen di kalangan rakyat Malaysia. Beliau berjanji bahawa PR akan bersatu untuk menjatuhkan kerajaan Bn pada bila-bila masa dari sekarang. Krisis dan kehangatan yang berlaku di dalam Pas dan PR baru-baru ini mampu dileraikan oleh pimpinan dengan pantas dan bijaksana membuktikan bahawa pimpinan di dalam PR lebih bijak di dalam sebarang tindakan mereka demi perpaduan rakyat. Harapan Umno untik melihat PR berpecah kini tinggal impian dan mereka seolah-olah hilang pedoman di Manek Urai. Cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas sedikit sebanyak menyerlahkan kecilnya hati dan jiwa pemimpin Umno untuk berdepan dengan isu yang mereka sendiri cuba mainkan.






DS Anwar pula di dalam ucapannya menegaskan bahawa PR sentiasa memegang teguh pendirian isu hak rakyat serta memperjuangkan golongan miskin tanpa mengira kaum. Walaupun Najib cuba meniru dasar yang diamalkan oleh PR ini, tetapi usaha beliau itu mudah dihidu oleh rakyat tatkala Umno/Bn kini kelemasan. Rakyat lebih mengenali Umno/Bn sebagai parti yang suka mencipta retorik tetapi akhirnya yang mendapat laba adalah pemimpin dan kroni-kroni mereka. Dasar Umno sekarang umpama `sesumpah' yang sentiasa berubah tidak menentu tetapi hasilnya kosong semata-mata. Janji mereka tidak lebih dari umpan politik dan inilah yang terbukti di Manek Urai.

Terlalu banyak persoalan serta kontroversi yang gagal dijawab oleh Najib. Sehubungan itu, rakyat perlu bersedia untuk menerima pemerintahan kerajaan baru yang lebih meyakinkan dan pilihan mereka tidak ada yang lain selain dari Pakatan Rakyat. /wfauzdin.blogspot.com



manek urai:rosmah Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah


Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah
Abdul Rahim Sabri
Jun 30, 09
10:33am
kemaskini 11.27pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.

rosmah mansor and universiti malayaDua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin.

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi.

Tiga suspek dicari

Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).

rosmah grafiti caricarture universiti malaya 300609Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar kini ditahan di penjara Sungai Buloh sementara menunggu diikat jamin RM5,000 setiap seorang esok.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 seorang untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

Nombor motosikal sukar dilihat

Peguam kedua-dua tertuduh Mohamed Arfizi Mohd Ramli memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM4,000 kerana kedua-duanya dari keluarga berpendapatan sederhana dan juga masih belajar.

Rosbiahanim menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Mohd Izzudin dan Mohd Syahruldeen sebelumnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap pertuduhan menunggang motosikal bernombor pendaftaran yang sukar dilihat.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kereta di fakulti yang sama pada tarikh dan masa yang sama menurut Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan dan boleh dihukum denda maksimum RM3,000.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan masing-masing diikat jamin RM500 dan menetapkan 13 Julai bagi sebutan semula kes.

Menurut laporan Bernama malam ini, kedua-dua tertuduh terpaksa bermalam di penjara kerana kaunter pembayaran jaminan telah ditutup berikutan prosiding mahkamah berakhir 5.30 petang.

Susulan siasatan terhadap kes tersebut, polis menggeledah empat rumah pelajar universiti tersebut, termasuk sebuah yang disewa wanita.

rosmah mansor and anti rosmah videosRosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Rosmah atau Najib setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, seorang pegawai Universiti Malaya berkata pihaknya tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

"Biarkan polis kendalikan kes ini," demikian arahan yang diterima beliau, yang enggan dinamakan

manek urai:Mahfuz: BN kini ertinya 'bini Najib'

Mahfuz: BN kini ertinya 'bini Najib'
Jun 30, 09
1:47pm
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label "bini Najib" - alasannya Rosmah Mansor seorang wanita pertama negara yang berpengaruh luas.

"Dulu kita dengar BN (ertinya) 'barang naik'.

"Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu 'Bini Najib'," ahli parlimen Pokok Sena dipetik berkata semalam.

Menurut laman rasmi media PAS, Mahfuz menyebut gelaran tersebut sewaktu berceramah di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal

Beliau juga berkata, pemerintahan Datuk Seri Najin Razak seolah-olah juga diterajui oleh isterinya, lapor Harakahdaily.net hari ini.

rosmah mansur and lee kuan yew 160609Tambahnya, istilah itu "jika dikaji, ada kebenaranya" apabila menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia awal bulan ini juga bertemu dengan Rosmah, selain Najib.

Pertemuan itu, Mahfuz dilaporkan berkata lagi, "tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara" dan "tidak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar".

"Kalau dikaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja," Mahfuz dipetik berkata.

"Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

"Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

"Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara."

Turut berucap di program anjuran PAS Nibong Tebal itu: wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, CJ Ong; ketua penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan pegawai khas menteri besar Kedah, Hasan Abdul Razak. mkini.

manek urai:DS ANWAR DAN HJ HADI TEKAD JATUHKAN UMNO - CERAMAH MALAM TADI


Oleh: WFAUZDIN NS

KIRA-KIRA 10 Ribu orang hadir di dalam ceramah Perpaduan Pakatan Rakyat malam tadi yang dihadiri oleh semua pemimpin utama PR di Stadium MPBJ, Kelana Jaya. Sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana serentak dengan masa dan tarikh tersebut juga pasukan bola sepak Selangor terlibat di dalam perlawanan Liga Super bertempat di Stadium Shah Alam. Sekiranya jadual ini tidak bersamaan, sudah pasti kehadiran orang ramai lebih mengejutkan.

Di dalam ucapan Presiden Pas malam tadi menyebut bahawa Umno telah gagal membawa perpaduan tulen di kalangan rakyat Malaysia. Beliau berjanji bahawa PR akan bersatu untuk menjatuhkan kerajaan Bn pada bila-bila masa dari sekarang. Krisis dan kehangatan yang berlaku di dalam Pas dan PR baru-baru ini mampu dileraikan oleh pimpinan dengan pantas dan bijaksana membuktikan bahawa pimpinan di dalam PR lebih bijak di dalam sebarang tindakan mereka demi perpaduan rakyat. Harapan Umno untik melihat PR berpecah kini tinggal impian dan mereka seolah-olah hilang pedoman di Manek Urai. Cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas sedikit sebanyak menyerlahkan kecilnya hati dan jiwa pemimpin Umno untuk berdepan dengan isu yang mereka sendiri cuba mainkan.






DS Anwar pula di dalam ucapannya menegaskan bahawa PR sentiasa memegang teguh pendirian isu hak rakyat serta memperjuangkan golongan miskin tanpa mengira kaum. Walaupun Najib cuba meniru dasar yang diamalkan oleh PR ini, tetapi usaha beliau itu mudah dihidu oleh rakyat tatkala Umno/Bn kini kelemasan. Rakyat lebih mengenali Umno/Bn sebagai parti yang suka mencipta retorik tetapi akhirnya yang mendapat laba adalah pemimpin dan kroni-kroni mereka. Dasar Umno sekarang umpama `sesumpah' yang sentiasa berubah tidak menentu tetapi hasilnya kosong semata-mata. Janji mereka tidak lebih dari umpan politik dan inilah yang terbukti di Manek Urai.

Terlalu banyak persoalan serta kontroversi yang gagal dijawab oleh Najib. Sehubungan itu, rakyat perlu bersedia untuk menerima pemerintahan kerajaan baru yang lebih meyakinkan dan pilihan mereka tidak ada yang lain selain dari Pakatan Rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

manek urai:Jangan harap Najib hendak berdebat

Jangan harap Najib hendak berdebat
Ustaz Idris Haji Ahmad


Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas terus hendak berdebat, kerana ini salah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada kedua-dua parti. Biarlah debat menjadi satu jawapannya. Jawapan Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya, dengan mengatakan bahawa debat tidak boleh selesai masalah. Sepatutnya Dato' Seri Najib kena beranilah debat isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru Nik Aziz.






Memang pemimpin Umno payah hendak cari yang berperangai macam anak jantan. Dulu apabila timbul isu kafir mengkafir, PAS bersetuju untuk debat, tanpa syarat, atas apa tajuk sekalipun. Akhirnya diumumkan debat dibatalkan kerana lambang keris patah dan hilang sarungnya.

Memang Umno parti yang tidak ada dasar, dia takut hendak bersemuka dengan pemimpin PAS. Umno tidak ada hujah, kalau debat hendak dibuat malam hari, zohor dah Umno menyerah kalah.

Saya teringat sewaktu debat PAS dan Umno hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu. Waktu itu saya baru tahun pertama di UKM. Umno telah panggil orang-orang agama dalam Umno termasuk pensyarah universiti yang pro Umno. Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa Umno memang tidak ada hujah untuk melawan dengan PAS. Kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk hendak membantu pendebat Umno.

Kita juga pernah melihat debat olok-olok yang pernah dirakamkan, bagaimana ulamak Umno berlakon sebagai ulama PAS dalam debat olok-olok. Dalam debat tersebut ulama Umno kalah. Itu baru ulama Umno yang berlakon jadi ulama PAS, macama mana pula kalau Tok Guru Nik Aziz yang menjadi wakil PAS sudah tentu berbuih pula mulut Najib hendak berhujah.

Bukan kita tidak tahu memang Umno parti penakut dan pengecut. Sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil Umno/BN lari tidak bertangga