2009/08/01

ALTANTUYA MANOHARA:Royalti minyak K'tan masih dikaji



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion, masih di peringkat kajian.

Katanya, kajian itu masih dijalankan oleh kerajaan pusat kerana berlaku pertindihan kawasan di daerah operasi pelantar minyak itu.

"Royalti minyak masih dalam kajian kerajaan pusat. Bila hasil kajian selesai, saya akan menghantar wakil untuk menyampaikan (hasil kajian) kepada kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kota Bharu hari ini.

Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, ditanya mengenai perbincangannya dengan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama 20 minit setibanya beliau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, hari ini, lapor Bernama.

Nik Abdul Aziz sebelum ini telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.

Pelabuhan di Tumpat


Menurut Najib lagi, dalam perjumpaan singkat dengan Nik Abdul Aziz itu, antara perkara lain yang dibangkitkan ialah cadangan membina pelabuhan di Tumpat, pembinaan jejantas dan sektor pelancongan.

Mengenai pembinaan pelabuhan itu, beliau berkata, adalah elok ia dikaji dalam projek-projek pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), manakala projek pembinaan jejambat telahpun diluluskan, cuma ada beberapa masalah perlu diselesaikan, termasuk isu pembekalan bahan pembinaan.

Katanya, tiada sebarang dokumen rasmi dari kerajaan negeri diserahkan kepadanya dalam pertemuan hari ini dan beliau menyambut baik perbincangan yang tidak dirancang itu dengan Nik Abdul Aziz kerana ia merupakan titik permulaan kerjasama yang baik.

"Saya sempat memberitahu Nik Abdul Aziz supaya elok kita mengelak daripada menyinggung perasaan mana-mana pihak," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Najib mengingatkan sekali lagi kepada semua pemimpin dan ahli Umno supaya mengambil tindakan cepat dalam pemulihan Umno secara dalaman dan menumpukan untuk mendapat keyakinan rakyat.

Beliau mahukan semua pihak memberi komitmen yang tinggi untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Beliau mahukan tindakan Umno kini supaya mencerminkan hasrat parti untuk meraih keyakinan rakyat sekaligus memperolehi kedudukan yang lebih baik pada pilihanraya umum nanti.

Najib kemudian menghadiri majlis Jamuan Rakyat pada waktu tengah hari bersama 5,000 anggota masyarakat setempat sebelum bertolak ke Kuantan, Pahang pada sebelah petang.

'Jagalah hati Umno'


Sementara itu, dalam ucapannya, Najib meminta Nik Aziz supaya menjaga perasaan dan sensitif kepada ahli Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Presiden Umno itu berkata beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Aziz ketika Mursyidul Am PAS menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

"Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut Nik Abdul Aziz sedia menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun Nik Aziz menafikannya dan menjelaskan kerjasama itu hanya dalam bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat selain beliau turut mengeluarkan pelbagai cercaan terhadap Umno termasuk "pergi jahanam Umno".

Najib berkata Nik Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat.

"Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain," katanya.

Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.

Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza dari segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah.

"Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah.

"Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," kata Najib

DEMO ROYALTI KELANTAN MENUNGGU WAKTU:ALTANTUYA MANOHARA



jika royalti minyak kelantan dinafikan..kita demo sekali lagi, kita banjiri kl dengan semangat rakyat, kita turunkan semua rakyat kelantan kejalanan tun

video anti isa:altantuya manohara




polis mahu pecah masuk pejabat pas tangkap pimpinan pakatan:altantuya manohara




Wartawan kami di lapangan melaporkan polis berusaha memecahkan pintu Pejabat Agung Pas dalam usaha menahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Suasana di luar ibupejabat parti pembangkang terbesar di Malaysia itu bagaikan medan perang. Bunyi siren polis, trak FRU ke hulu ke hilir dan gas masih lagi menebal di udara.

Beberapa anggota polis cuba membuka pintu ibu pejabat, namun gagal. Mereka akhirnya beredar. Walaupun begitu, trak meriam air FRU yang melintasi hadapan ibupejabat Pas masih menembak-nembak air kimia ke pintu kaca ibupejabat Pas. -tvantara

anti isa capai 100 000 sasaran:altantuya manohara



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya di depan peserta himpunan aman, dekat perhentian bas di sebelah Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman menggesa kerajaan memansuhkan segera akta zalim ISA, lapor harakahdaily.

Beliau menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.

"Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini," tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan berucap sama, antaranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.

Meskipun pihak polis mengerahkan kekuatan maksimum, melalui serangan gas pemedih mata dan pukulan belantan, untuk melumpuhkan semangat peserta himpunan aman, namun ia tidak berjaya mengendurkan semangat orang ramai bagi mendesak ISA dimansuhkan

Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, ketika berucap kepada peserta himpunan, beberapa pimpinan muda Pakatan Rakyat seperti Salahudin Ayub, Tian Chua dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengecam pendekatan keras dan ganas pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.

Mereka turut menuntut ISA dimansuhkan segara dan Kem Tahanan Kamunting ditutup. "Rakyat hari ini sudah menunjukkan protes dan amarah mereka terhadap akta yang memakan korban yang tidak berdosa ini," kata Salahudin.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah ditahan polis sebentar tadi. Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Adun Batu Buruk Syed Azman, Adun Kota Damansara Naser Hashim dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berada di Sogo

anti isa:beribu terkepung di masjid jamek:altantuya manohara

Beribu-ribu terperangkap di Jalan Masjid India apabil polis mengepung laluan menuju ke Sogo. Mereka penyokong Mansuh ISA yang bergerak dari Masjid Jamek selepas usai menunaikan solat fardu Zuhor jam 2 petang tadi

Menurut Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin yang terperangkap di sana, kumpulan penyokong tidak boleh bergerak dan beberapa orang terus di tahan.

Kumpulan tersebut mengambil jalan menuju Masjid India apabila FRU melepaskan gas pemedih mata di pintu utama keluar dari Masjid Jamek. Laungan takbir terus bertalu-talu mengiringi perarak tersebut.

Sementara itu, di luar komplek membeli belah, beberapa penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan dalam percubaan mereka berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara mulai jam 2 petang.

Antara yang ditahan termasuklah Ahli Jawatankuasa GMI merangkap Pengerusi Sokongan Keluarga ISA, Norlaila Othman, dan Bendahari GMI, Narshita Mohd Nor. Meraka ditahan bersama pemimpin Pengerusi Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi.

Sebuah trak digunakan mengangkut mereka dari kompleks membeli-belah itu menuju suatu tempat yang tidak dapat dipastikan.

Sehingga kini, menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 penyokong himpunan MANSUH ISA sudah ditahan di beberapa tempat di tengah bandar dalam percubaan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari i

20000 anti isa bertembung polis di sogo:altantuya manohara

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat mengetuai perarakan beberapa kumpulan yang terpisah dari Sogo ke Dataran Merdeka. Turut bersamanya, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Naib-Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub

Menurut wartawan Harakahdaily polis sudah menggunakan kekerasan dan keganasan dengan membelasah peserta perhimpunan aman Mansuh ISA yang mula digerakkan dari kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik.

Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.

Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden 'pertempuran' antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.

Peserta demonstrasi menggunakan jalan lain menuju ke Dataran Merdeka untuk bertemu dengan kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

Polis juga menggunakan anjing pengesan membantu operasi mereka. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dilihat mengetuai perarakan yang semakin ramai sambutan. Polis membelasah menggunakan belantan.

Sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan aktivis Arutchelvan sedang berbincang dengan pihak polis bagi mendapatkan laluan ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik. Namun pihak polis bukan sahaja tidak membenarkan, malah memberi amaran akan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan himpunan.


POLIS BUAT RANTAI TANGAN HALANG RIBUAN ANTI ISA:ALTANTUYA MANOHARA

berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.

Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka

FRU dan SB membanjiri Kuala Lumpur:altantuya manohara

Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), `Speacil Branch' (SB) telah memenuhi ruang di Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

Wakil Harakah yang membuat tinjauan bermula jam 9 pagi mendapati perkarangan Sogo sudah dipenuhi dengan anggota FRU dan SB yang sedang mendengar taklimat daripada Pegawai mereka.

Manakala jalan menuju ke Dataran Merdeka pula telah ditutup dan juga dipenuhi dengan anggota FRU dan SB. Lebih 10 trak FRU berada di tepi jalan Dataran Merdeka. Jalan menuju ke Masjid Negara melalui jalan Taman Perdana turut ditutup.

Bagaimana sehingga jam 9.45 pagi tiada kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke Sogo, Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Sepanjang tinjauan itu masih belum kelihatan orang ramai berkumpul tetapi hanya kelihatan beberapa kumpulan kecil (empat-lima orang) berkeliaran di sekitar jalan raya menuju ke Sogo.

Sekatan jalan raya diadakan di hadapan hospital Kuala Lumpur yang dijalankan sejak semalam.

Himpunan dijangka akan bermula jam 2 petang ramai pihak yang meramalkan tangkapan akan dilakukan. Difahamkan pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1 petang./SH

dahsyat:36 0rang sudah ditahan anti isa:altantuya manohara



Polis menahan 36 orang di Masjid Negara dan KL Sentral pagi ini menjelang perhimpunan anti-ISA petang ini.

Menurut Suaram, 14 anggota Unit Amal PAS - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan tersebut ditahanketika mereka tiba di stesen Komuter di KL Sentral.

Mereka ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Penyelaras Suaram, Wong Chai Yai, anggot Unit Amal yang ditahan itu dikenali sebagai:

1. Shahrul Iman Mohd Salleh

2. Ikhwan Ikram

3. Ahmad Adbul Wahab Abdul Rahman

4. Kamal Nadhir Kadeni

5. Abu Ubaidah Jalaluddin

6. Mohammad Sholihin Mat Salleh

7. Faizuddin Hazman Kadine

8. Saad Musa

9. Mohammad Helmi Hassan

10. Mohammad Hafizuddin Mohd Ghazali

11. Mohd Lokman Ahmad Mawi

12. Mohd Fadzil Jan Jam

13. Shamsul Anuar Nordin

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Mereka termasuk:

1. Mohd Marwan bin Husin

2. Aly Idham bin Alykallam

3. Bostaman Jumat bin Jaldi

4. Mohd Zulhilmi bin Mat Zin

5. Zulhelmi

altantuya manohara:PENGUNDI MELAYU BERSIKAP BUSUK?


Ustaz Hamdan Abdul Rahman telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh nya dan menempatkan beliau di kalangan para syahideen dan muttaqeen. Amin.

Saya antara yang bernasib baik dan diberikan rezeki oleh Allah SWT kerana sempat berguru dengan YB Hamdan Abdul Rahman dalam ilmu bagaimana hendak menambat hati pengundi.

Sedar atau tidak, di saat PAS mendapat keputusan yang amat mengecewakan pada tahun 2004, di mana PAS kalah di semua kerusi yang pernah dimenangi di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 1999, YB Hamdan masih mampu mengekalkan kerusi Permatang Pasir ( tidak termasuk Kedah dan Perlis).


Di saat PAS hilang semua kerusi di Selangor dan Perak dan hilang Terengganu, PAS masih dapat mengekalkan kerusi Permatang Pasir. Di saat populariti Pak Lah begitu tinggi sewaktu itu, YB Hamdan tetap kekal sebagai YB Permatang Pasir.

Saya sempat bertanya kepada beliau apa rahsia beliau. Dan beliau bermurah hati telah berkongsi rahsia mengapa rakyat Permatang Pasir sayang kepada beliau. Siapa sahaja yang pernah ke Permatang Pasir akan nampak dengan jelas. Hatta, orang-orang UMNO di Permatang Pasir juga menghormati serta tidak berani menyerang pribadi YB Hamdan secara berdepan. Ditakuti akan ”back-fire”.

Saya bertanya kepada arwah YB Hamdan, bagaimana beliau daapt menjalankan ”service”kepada penduduk Pengkalan Pasir dalam keadaan kerajaan negeri berada di bawah BN( selepas 1999).

Beliau berkata beliau berjumpa terus dengan pekerja-pekerja kerajaan di peringkat pekerja terus dan bukan di peringkat pentadbiran. Misalnya, ada kes di mana sampah diangkut lambat oleh Majlis Daerah Seberang Perai. YB Hamdan turun terus kepada pekerja-pekerja yang mengangkut sampah tersebut. Dan apabila berjumpa, YB tidak mengherdik serta menengking mereka, tetapi bercakap lembut dan meminta dengan baik.

Hasilnya, pekerja-pekerja ini menjadi malu alah dengan beliau. Ini kerana sebelum ini tidak pernah mana-mana YB yang sanggup turun berjumpa dengan mereka terus dengan cara YB Hamdan. Dan YB Hamdan telah menggunkan kata-kata yang sopan untuk meminta mereka melakukan tugas mereka.

Akhirnya, masaalah pengangkutan sampah itu selesai dan pekerja-pekerja Majlis Daerah tersebut melakukan kerja dengan tidak disuruh.

Dengan masyrakat Cina pula lebih mudah. Masyarakat Cina peka politik. Mereka tidak seperti pengundi Melayu. Pengundi Melayu apabila berjumpa YB mereka, tidak lain hanya untuk meminta duit. Pengundi Cina berjumpa YB untuk menyelesaikan masalaah birokrasi mereka dengan kerajaan.

Dan mereka faham bahawa YB Hamdan adalah YB pembangkang. Apa yang YB Hamdan buat hanyalah menunjukkan surat yang beliau buat kepada kerajaan bagi pihak penduduk di kawasan beliau. Itu sudah cukup untuk menyakinkan pengundi Cina di kawasan beliau bahawa beliau adalah YB yang bertanggungjawab.

YB Hamdan adalah seorang yang sangat rendah diri dan peramah. Sesiapa yang biasa sarapan dan makan tengahari di restoran2 berdekatan pejabat Harakah di Seberang Jaya, pasti akan terserempak dengan YB Hamdan.

Dan biasanya beliau yang menegur kita dan bukan sebaliknya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Tapi yang lebih penting adalah ahli-ahli dan penyokong PAS seharusnya mengamalkan ilmu yang ditinggalkan oleh beliau.

Perangai Buruk Pengundi Melayu

Memang pengundi Melayu mempunyai perangai yang buruk, terutamanya pengundi2 Melayu yang pro UMNO. Mereka mahu YB mereka menjadi bank duit untuk mereka. Dilaporkan rata-rata orang UMNO ini akan meminta wang dari YB mereka dengan tiada segan silu.

Dan mereka akan meminta wang untuk segala hal hatta sampai ke tahap untuk memperbaharui cukai jalan serta insuran kereta mereka. Itulah tahap pemalas dan muka tidak malu pengundi-pengundi UMNO ini.

Oleh sebab itulah mereka benci pada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat sudah tidak mahu membela biawak-biawak hidup di dalam bentuk pengundi, ahli serta pendokong UMNO yang hanya tahu hidup dengan menghisap darah kerajaan negeri sahaja.

Sebab itu jugalah, walaupun ada DEB, tapi 70% wang yang dibelanjakan kerajaan bagi Rancangan Malaysia ke 8, pergi kepada bisnes dan syarikat milik kaum Cina. DEB sebenarnya adalah program yang disukai oleh UMNO dan MCA.

UMNO dapat duit senang dan semua kontrak kerajaan di ”sub-con” pada tokeh-tokeh MCA. Sebab itulah MCA tak pernah komplen pasal DEB. Kerana mereka juga jadi buncit disebabkan DEB.

Di bawah PR, kita akan wujudkan usahawan2 Melayu dengan DEB dan usahawan2 ini akan menyumbang kepada ekonomi negara, bukan menjahanamkan ekonomi negara seperti yang sedang dilakukan oleh orang-orang UMNO sekarang ini.

Tulang Besi
www.malaysiawaves.com