2009/10/01

mahadhir buat isa samad bahagi sampai nampak gigi - NIZAR ALTANTUYA MANOHARA



Apa lagi saya nak cakap? Saya hanya mampu tersenyum..."

PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad hanya mampu tersenyum apabila mengetahui pemilihannya sebagai calon diterima baik oleh semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya dengan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak di setiap peringkat akan memberikan lebih semangatnya untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Apa lagi saya nak cakap? Saya hanya mampu tersenyum... dengan komen beliau sebelum ini pun saya senyum, komen terbaru beliau juga saya hanya akan tersenyum," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas reaksi terbaru Dr Mahathir mengenai pemilihan Mohd Isa yang sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang.

Media melaporkan Dr Mahathir menerima pemilihan Mohd Isa kerana menganggap itu adalah pilihan parti dan menurutnya pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.

Malah bekas Presiden Umno itu menaruh keyakinan yang tinggi untuk BN menang besar dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 11 Oktober depan.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon Pas, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.

Mohd Isa adalah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang.

Tambah Mohd Isa, setakat ini jentera parti di semua peringkat sedang berusaha untuk meraih undi dan menemui seramai mungkin pengundi di DUN Bagan Pinang.

"Kini semua jentera parti sedang berusaha dengan gigih, kita akan pastikan BN menang dalam pilihan raya ini," katanya

SULTAN SELANGOR RESTU HASSAN ALI JADI MB? - altantuya manohara nizar



Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa-apa kenyataan umum berkaitan dengan perlaksaanan dan adminstrasi ISlam di Selangor hanya boleh dibuat melalui MAIS. Katanya lagi, di Selangor hanya lima badan kerajaan yang mempunyai kuasa ke atas perjalanan hal-ehwal agama yakni Tuanku Sultan, MAIS, JAIS, Mahkamah Syariah dan pejabat Mufti.

Yang menghairankan nama exco agama tidak langsung disebut dalam senarai mereka yang diiktiraf menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor. Juga, ia bermakna Dato' Hasan Ali sudah hilang hak beliau untuk membuat kenyataan berkaitan dengan perjalanan agama Islam di Selangor.

Dato Hasan selama ini sentiasa memberitahu bahawa beliau amat disukai oleh Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan amat rapat hubungannya dengan Dato Hasan.

Malahan, semalam, sewaktu saya bercakap dengan salah seorang kepimpinan pemuda di Selangor pun perkara yang sama ditekankan kembali kepada saya. Pemimpin pemuda tersebut berkata bahawa hubungan Dato Hasan dengan Tuanku Sultan amat rapat dan erat sekali.

Beliau menyanggah kata-kata saya bahawa Tuanku Sultan tidak pernah suka dan tidak pernah terfikir untuk melantik Dato Hasan sebagai Menteri Besar.

Raja Perta Kamaruddin, seorang kerabat yang hampir dengan Sultan Selangor dengan jelas memberitahu bahawa tiada harapan Tuanku Sultan Selangor mahu melantik Dato Hasan Ali sebagai MB dan menasihatkan Dato Hasan supaya jangan perasan.

Walaupun ada pendapat Raja Petra saya tak setuju dan saya sanggah. MAlahan sewaktu beliau ditahan ISA baru2 ini, pegawai2 penyoal beliau yang dah habis modal terpaksa printout dari blog saya yang satu lagi (antiantihadeeth.blogspot.com) untuk mencari modal membantai Raja Petra Kamaruddin. (Saya tak redha pegawai2 penyiasat tu guna material dari blog saya dan saya tak halalkan)

Tapi, dalam perkara-perkara macam ni, saya percaya Raja Petra 100%. Dan Raja Petra tahu bahawa Tuanku Sultan Selangor ni TAK PERNAH suka dengan Dato Hasan Ali. Hanya Dato Hasan Ali sahaja yang perasan macam tu. Nah, sekarang ni terbukti.

Pergi tanya mana-mana AJK PAS Pusat, bila mesyuarat sikit2 "Tuanku hendak", sikit2 "ini kehendak Tuanku". Pendek kata kat Selangor ni, semuanya "Tuanku, Tuanku, Tuanku". Sekarang Dato Hasan kena "tungku".

Dato Hasan Guna Alasan Kehendak Istana di Dalam Isu Kuil S23

Di dalam isu ini, Dato Hasan telah berkata dalam mesyuarat exco bahawa beliau menentang pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Alasan yang digunakan oleh Dato Hasan Ali adalah ianya atas kehendak dan kemahuan Tuanku Sultan Selangor.

Walaupun pada hakikatnya, tidak mungkin Tuanku Sultan Selangor menitahkan sedemikian kepada Dato Hasan Ali kerana ianya seharusnya dititahkan kepada Menteri Besar Selangor. Kalau benar itu kehendak Ke Bawah Duli, nescaya Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan demikian kepada Menteri Besar sendiri dan bukannya kepada Dato Hasan Ali.

Hasilnya, sepanjang isu ini berlaku, Dato Hasan Ali senyap sunyi dan tidak langsung mahu membantu Khalid Samad walaupun selepas Khalid Samad diberikan ugutan bunuh oleh beberapa ahli UMNO yang tidak siuman itu.

Namun akhirnya, kita lihat sendiri, segala "pengorbanan" (ataupun perasan sahaja kot?) kepada Ke Bawah Duli telah dibalas dengan arahan bahawa beliau TIDAK DIIKTIRAF sebagai orang yang boleh membuat kenyataan berkaitan dengan administrasi agama di Selangor.

Dengan kata lain, Dato Hasan cuma bertaraf "pekerja" sahaja dan bukannya pemimpin dalam isu berkaitan dengan administrasi agama di Selangor.

Segala usaha Dato Hasan mempertahankan "kehendak" ke Bawah Duli dan juga membela pegawai2 kerajaan di Selangor telah dibalas dengan "cash" dengan arahan tidak-pengiktirafan DAto Hasan sebagai orang yang layak untuk membuat kenyataan di Selangor.

Eloklah Dato Hasan pertahan pegawai2 kerajaan yang UMNO sebelum ni. Nampaknya, dalam hal berkaitan dengan agama, taraf Dato Hasan di bawah Pengerusi MAIS, yakni seorang pegawai kerajaan.

Hai la Dato Hasan Ali. Agaknya dalam hati dia kata "Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari".

Orang yang dulu taat dengan Dato Hasan Ali seperti Khalid Samad dan Saari Sungip dibuang macam sampah. Semuanya demi untuk memastikan pentadbiran Selangor ini selaras dengan kehendak Melayu dan selaras dengan kehendak Ke Bawah Duli.

Nampaknya Tuanku Sultan Selangor tak pandang pun pengorbanan pacal yang hina bernama DAto Hasan Ali.

Teringat saya nasihat arwah nenek saya dulu. Nenek saya kata "Man, kita hidup ni, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". NAsihat yang sangat-sangat saya suka dan insaf.

Wala' punya wala' pada Sultan, langsung Dato Hasan Ali ke "bala".

Hai la, "wala'" dah jadi "bala'".


Mais spell out who can speak on Islam in Selangor PDF Print
Posted by admin
Tuesday, 29 September 2009 21:26

(Bernama) - The Selangor Islamic Religious Council (Mais) has drawn up guidelines on issuing public statements through the media on Islamic matters in the state.

Mais chairman Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa said all public statements related to issues involving religious administration in the state and all directives to religious officers and mosque officials could only be issued by the Mais chairman, Mais secretary or the director of the state Islamic Religious Affairs Department (Jais).

“Any other person wishing to issue such a statement must first get the approval of the Mais chairman,” he added in a statement issued here today.

Mohamad Adzib said the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah had given his consent to the guidelines which were applicable in the state.

He said there were five religious authorities with jurisdiction over Islamic religious administration in the state, namely the Sultan, Mais, state Mufti’s Department, the Syariah courts and Jais.

Sultan Selangor Tidak Mengiktiraf Dato Hasan?

Di Antara Dasar dan Strategi pas selangor-altantuya nizar



Terdapat pula sekelompok bijak pandai yang berkata, “dasar mesti sentiasa diutamakan berbanding strategi”. Ucapan seperti ini apabila disebut secara bersemangat, memang boleh menyebabkan sebahagian besar ahli terpengaruh sehingga menganggap strategi yang ditetapkan oleh pimpinan Pusat boleh diketepikan. Saya rasa itu merupakan kata-kata bersemangat yang hanya mengandungi semangat semata-mata walaupun diucapkan oleh golongan bijak pandai.

Marilah kita merujuk sejenak sejarah Rasulullah (SAW). Saya rasa semua mengetahui kisah Perang Uhud dan bagaimana 50 orang pemanah telah diarahkan oleh Rasulullah (SAW) untuk ditempatkan di atas Bukit Uhud. Baginda berpesan jangan turun walau apapun yang berlaku di medan pertempuran.

Bagi golongan yang menganggap `strategi' tidak sepenting dasar dan boleh diketepikan bila-bila sahaja, bergembiralah, kerana anda sependapat dengan golongan majoriti yang turun dari Bukit Uhud pada hari tersebut. Penempatan pemanah di atas bukit sememangnya hanya strategi dan pada hari itu, ingkar terhadap strategi yang ditetapkan telah mengubah kemenangan, yang hampir dalam tangan, menjadi kekalahan.

Bagi saya PR adalah strategi. Yang mempertahankan PR di Selangor adalah mereka yang bersependapat dengan Abdullah Bin Jubair pada yaumul Uhud. Maka bergembiralah walaupun anda dikatakan minoriti.

Ada juga saya terdengar sekelompok lain yang berkata, juga dengan penuh semangat, “PAS dijunjung atas kepala, Tahaluf Siyaasi hanya di paras bahu”. Kata-kata yang menarik dan.....hanya setakat itu sahajalah! Kelebihannya hanya terdapat pada betapa menariknya kata-kata itu dan betapa bersemangatnya kata-kata mereka yang berkata. Namun ianya kosong dan tidak bererti sama sekali. Persoalannya, bagaimana hendak diletak dibahu sesuatu yang telah ditetapkan oleh PAS itu sendiri? Tidakkah apabila keputusan dan arahan PAS diletak dibahu bererti kita meletak PAS sendiri di paras bahu?

Hmmm, pening di antara bahu dan kepala? Tidak mengapalah, bagi yang tak biasa bahasa kiyas mengiyas ini, biar saya jelaskan melalui satu lagi kisah dari sejarah Rasulullah (SAW).

Cuba kita kaji peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah pula kali ini. Sememangnya dasar islam adalah keadilan dan juga ukhuwwah. Ukhuwwah tertinggi semestinya ukhuwwah islamiyyah iaitu perasaan kasih sayang sesama orang Islam. Namun perjanjian Hudaibiyyah yang merupakan strategi Rasulullah (SAW), merupakan perjanjian yang tidak adil dalam arti kata ianya berat sebelah dan menguntungkan golongan Quraisy. Perkara ini semua tahu, termasuklah para sahabat pada ketika itu. Walaupun begitu, Rasulullah menerimanya kerana Baginda melihat syarat-syarat yang ditentukan walaupun tidak adil, membuka peluang kemenangan yang lebih besar. Maka strategi dituruti walaupun terpaksa menerima syarat yang tidak adil. Adakah dengan menandatangani perjanjian itu maka Rasulullah mengorbankan dasar dan maruah ummat Islam? Sudah pasti tidak!

Pada hari perjanjian itu ditanda-tangani tidakkah berlaku peristiwa di mana Suhail bin `Amr yang mewakili kaum Quraisy mengheret kembali anaknya Abu Jandal yang telah Muslim? Suhail menampar muka anaknya dan memegang tengkuk anaknya dihadapan kaum Muslimin sambil berkata “Hai Muhammad! Sebelum dia datang kepada kamu, di antara kamu dan saya telah ada satu perjanjian.”. Suhail mengheret Abu Jandal untuk kembali ke Mekah sambil Abu Jandal berteriak, “Wahai kaum Muslimin, saya akan dikembalikan kepada kaum musyrikin untuk disiksa kerana agamaku (Islam)…”

Adakah pada ketika itu Rasulullah (SAW) tidak menjunjung Islam di atas kepala Baginda dan sebaliknya mengutamakan `strategi atau tahalluf' melebihi dari Ukhuwwah Islamiyyah itu sendiri?

Dan ada yang lagi dahsyat lagi! Persetujuan Rasulullah (SAW) supaya perkataan ’Muhammad, Rasulullah’ digantikan dengan ’Muhammad ibni Abdullah’ dalam perjanjian tersebut atas desakan Suhail! Adakah ini penggadaian dasar yang dilakukan oleh Rasulullah? Baginda mementingkan strategi lebih dari dasar? Sekiranya dikatakan ’ya’ maka jelaslah anda keliru! Seperti kelirunya mereka yang menganggap setia dengan strategi PR sebagai menggadai dasar.

Saya dengar akan ada usaha untuk terus melagakan PAS Selangor dengan PR Selangor atas hujjah-hujjah bersemangat dan motivasi seperti di atas. Maka akan berkatalah golongan ini “Islam dijunjung di kepala, tahalluf di junjung di paras bahu”. Kata-kata menarik... tetapi kosong dan tidak membawa apa-apa makna untuk membantu perjuangan Islam itu sendiri.

Saya harap yang membaca memahami; yang ingin pertahankan PR di Selangor adalah sama seperti mereka yang mampu melihat kebijaksanaan Perjanjian Hudaibiyyah dan akur dengannya. Yang melenting-lenting dengan ucapan bersemangat adalah seperti mereka yang membantah Perjanjian tersebut dan ingin terus mempertikaikannya. Kalau anda salah seorang dari mereka, hentikanlah.

Harap faham. Strategi yang ditetapkan mesti dipatuhi. Perjanjian yang merupakan sebahagian dari strategi, mesti dituruti. Kalau kita ketepikan strategi dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh PAS Pusat, atas apa alasan sekalipun, kita meletakkan PAS di tapak kaki kita, bukan di kepala ataupun di bahu kita!

Atau apakah mungkin ada yang tidak kenal mana tapak kaki, yang mana bahu dan yang mana kepala?
Untuk makluman, semua strategi ditetapkan mengambil kira dasar yang ingin diperjuangkan. Oleh itu tidak akan bercanggah satrategi dan dasar sekiranya dikaji dan difahami dari sudut menyeluruh. Ianya hanya kelihatan bercanggah, seperti Perjanjian Hudaibiyyah, tetapi sekiranya difahami dari sudut yang tepat, tiada penggadaian dasar yang telah dilakukan. Dan disinilah perlunya wala’ yang sebenar. Iaitu patuh kepada arahan berhubung strategi, persoalan yang boleh dipertikaikan, tidak seperti hukum dan dasar. Namun ianya tidak dipertikaikan kerana keputusan telah pun dibuat dan kita wala’.
Kukuhkan PR dan jangan sengaja mencari perbalahan. Tak perlu timbul soal 'atas bahu ataupun atas kepala’. Mereka yang berusaha untuk menggagalkan PR dengan membawa soal Melayu-Islam, merekalah yang tidak wala’.
...................walaupun mereka merupakan pemimpin!!!!

www.khalidsamad.com
WalLahu 'Alam
KHALID SAMAD

HAUUU HASAN ALI..PESURUH JAYA PAS KA ATAU umno -nizar altantuya



DAto Hasan Ali sedang menyediakan PAS Selangor untuk membuat kerja "free" untuk UMNO

Here is the beginning of my post.
Dato Hasan Ali dalam mesyuarat Perhubungan PAS Selangor berkenaan dengan isu SELCAT ini, beliau mempertahankan tindakan beliau mengkritik SELCAT kerana alasannya ialah beliau mempertahankan Melayu.

Beliau menganggap bahawa Jabatan2 kerajaan di Selangor ini adalah badan Melayu dan apabila ianya dipersoalkan oleh jawatankuasa SELCAT ianya adalah seperti hak istimewa Melayu dipersoalkan. Malahan, DAtuk Hasan Ali member justifikasi lagi bahawa PAS layak memperjuangkan hak Melayu kerana DAP memperjuangkan hak Cina.
Malahan Dato Hasan Ali tidak sedikit pun kasihan kepada Teo yang mati baru2 ini. Beliau pernah menyatakan tindakan Teo itu salah kerana mempersoalkan SPRM dan SPRM tidak boleh dipersoalkan kerana SPRM adalah institusi Melayu.

PAS Perjuang Melayu, UMNO yang Untung

Yang jelasnya apa sahaja usaha yang Dato Hasan Ali dan fraksi UMNO yang lain lakukan atas nama Melayu, UMNO yang akan mendapat laba dan keuntungan.
Mengapa saya kata begitu? KErana PAS bukan parti Melayu. PAS adalah parti Islam. Parti Melayu adalah UMNO dan UMNO sahaja yang menjadikan Melayu sebagai dasar perjuangan parti. Dalam Perlembagaan PAS, tidak ada sedikit pun ungkapan Melayu yang wujud.

Misalnya, dengan Dato Hasan mempersoalkan SELCAT hanya kerana Pengerusi SELCAT itu seorang CIna, bermaksud Dato Hasan mengakui bahawa Kerajaan PAkatan Rakyat ini MENINDAS MELAYU. Siapa yang akan mendapat keuntungan sekiranya orang2 Melayu dalam Selangor berfikiran demikian? Adakah orang-orang Melayu ini akan mengundi PAS dalam pilihanraya yang depan?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI. Sudah tentu orang Melayu yang telah takut itu akan mengundi UMNO dalam pilihanraya nanti kerana UMNO adalah parti Melayu dan PAS bukan parti Melayu.

Dengan kata lain, perjuangan Dato Hasan ini hanya akan menguntungkan UMNO semata-mata walaupun DAto Hasan berada dalam Pakatan Rakyat dan PAS. Apa jenis ahli PAS dan pimpinan PAS yang memperjuangkan perkara yang menguntungkan UMNO seperti ini?
Samalah kiranya seperti UMNO mahu mengaku memperjuangkan Negara Islam. Sebelum pilihanraya 2004, Dr Mahatir mengisytiharkan Malaysia adalah negara Islam. Namun, tiada siapa yang mempercayainya sehingga majoriti rakyat bukan islam mengundi UMNO dalam PRU 2004.

DAto Hasan Ali sedang menyediakan PAS Selangor untuk membuat kerja "free" untuk UMNO

Begitulah juga PAS, sekiranya PAS mengaku memperjuangkan Melayu, yang akan mendapat laba adalah UMNO kerana PAS tiada kredibilti memperjuangkan Melayu kerana PAS bukan parti Melayu. PAS adalah Parti Islam. Kalau PAS parti Melayu, bagaimana PAS boleh ada dua orang wakil rakyat bangsa Cina? Bagaimana Dr Halimah boleh jadi exco dan wakil rakyat PAS kerana beliau berdarah Cina?. Bagaimana PAS boleh mencalonkan seorang yang berbangsa India di Johor pada PRU 2008?

Sokong Pegawai2 Kerajaan yang Menzalimi PAS Atas Nama Melayu

Soalnya sekarang, pegawai2 kerajaan yang disoal dalam prosiding SELCAT itu telah dipersoalkan amalan dan tindakan mereka yang korup dan membantu UMNO dalam Pilihanraya umum yang lepas. Soalnya, adakah Dato Hasan sedar bahawa pegawai2 ini telah membantu amalan korupsi membenarkan wang rakyat digunakan untuk kempen UMNO dan Barisan Nasional.

Lupakah Dato Hasan bahawa mangsa UMNO yang paling besar dalam PRU 2008 adalah PAS? Bukankah PAS itu sendiri MElayu? Berapa banyakkah kerusi yang dipertandingkan UMNO melawan parti selain dari PAS yang MELAYU? Dan pegawai2 kerajaan inilah yang telah memudahkan kerja UMNO menjadikan PAS kalah di 12 kerusi DUN dari 20 yang dipertandingkan. Dan Dato hasan mempertahankan pegawai2 yang mengkhianati PAS sedangkan PAS juga orang Melayu dan orang Islam.

Sedangkan bangsa Cina, mereka tidak kira siapa, Cina atau India atau Melayu, asalkan mereka korup maka wajib tindakan diambil keatas mereka. Negara Singapura yang lebih kecil dari Malaysia dapat menjadi lebih maju kerana mereka telah memenjarakan ramai orang berbangsa Cina yang terbukti amalan korupsi mereka.

Ustaz Ibrahim Libya Juga Melayu. Mengapa Mereka Dibunuh?

Dato Hasan mahu mempertahankan amalan korupsi pegawai2 Selangor hanya kerana mereka Melayu? Adakah ini ajaran Islam? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Nabi SAW?

Lupakah Dato Hasan:

a. Yang menghalau Dato Seri Nizar Jamaluddin dari pejabat beliau laksana anjing adalah Dato SS yang juga seorang Melayu. Adakah Dato Seri Nizar tu bukan Melayu?
b. Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh secara kejam itu, adakah Ustaz Ibrahim Libya bukan melayu? Adakah Dato Hasan tidak mempersoalkan begitu?
c. Lupakah Dato Hasan berapa ramai orang Melayu Islam yang ditangkap secara zalim di bawah ISA?
d. Dimana kita hendak meletakkan YB Khalil Idham Lim dan YB Annuar Tan kerana kedua2 wakil rakyat PAS ini bukan Melayu. Mereka adalah berdarah CIna yang tulin.
Dato Hasan mahu memperjuangkan Melayu, sedangkan UMNO tidak pernah sedikit pun member belas kasihan kepada PAS selama ini sedangkan PAS juga Melayu.

Bukankah lebih baik sekiranya PAS ditukar imej dan agenda menjadi PENGGANTI kepada UMNO berbanding dengan menjadi pengikut dan budak suruhan serta budak bantaian UMNO yang selama ini kita adalah itu?

Orang seperti Hasan Ali dan seluruh fraksi UMNO adalah batu penghalang terbesar kearah usaha menjadikan PAS sebagai pengganti UMNO

Melayu Yang Diperjuangkan Dato Hasan Adalah Assabiyyah. Ianya Dikutuk Islam

Apabila Dato Hasan Ali berdegil mahu mempertahankan pegawai2 yang bersubahat dalam korupsi itu, maka Dato menyokong mereka atas dasar kezaliman. Mereka ini telah menzalimi PAS dan parti2 lain sehingga PAS kalah 12 dari 20 kerusi yang dipertandingkan.

Inilah dia definasi Assabiyyah yang dibenci dan dikutuk oleh Nabi SAW. Apabila kita menyokong dan terus menyokong puak kita walaupun puak kita itu zalim.
Dato Hasan mahu membawa aliran yang berlawanan dengan akidah dalam PAS.
Semoga Allah SWT melindungi PAS dari kemusnahan dan kemungkaran ini, adanya.

Tulang Besiwww.malaysiawaves.com

Tun Mahathir tidak akan berkempen di Bagan Pinang-nizar altantuya

nilaikan sendiri mengapa?

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira," katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN.

Kelmarin, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang.

Apabila ditanya adakah ia akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini, katanya, "Saya rasa kita ada peluang baik. Kita akan menang."

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak."

BN memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 pada pilihan raya lepas bagaimanapun ia kosong selepas kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor.

Pengumuman berhubung pencalonan Isa dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada Sabtu ini dengan pengundian pada 11 Oktober. BERNAMA