MASIH ADA SINAR MENTARI UNTUK ESOK HARI..APAKAH ITU SEBABNYA KAU MASIH MENCARI? SEDANGKAN TAPAK PERJUANGAN TELAH TERSEDIA UNTUK KAU TEROKAI..AYO BANGKIT!!1 KITA TENTANG SEGALA KEZALIMAN TERUTAMA YANG DATANG DARI PEMERINTAHAN..KITA JIHAD DENGAN MENGATAKAN TIDAK DIHADAPAN PENGUASA YANG ZALIM!!!..FROM BAWEAN TERMENUNG
2009/12/01
KETUA ULAMA' PAS KETUA JAHIL?
kalau umno dikatakan oleh mahadhir busuk sampai keusus saye berani mengatakan pas lebih busuk lagi dari kepala sampai kekaki kulit dan taiknya..
entah dari mana ulama' pas mendapat gelar sebagai ulama' jika beliau itu tidak arif dalam bidangnya? saye katakan bidangnya.. sebagai ulama' berpolitik seharusnya baru dapat gelar ulama' politik setlah arif dan mahir dengan politik.. ni tidak pula dengan ketua ulama' pas yang selalu memberi bola tanggung untuk musuh mengambil peluang menyerang dan menyempitkan keadaan pas dalam pelbagai isu..
mengapa beliau tidak pergi bertanya dulu kepada nik aziz siapa yang dimaksud kolonel mat itu dibandingkan dengan memperkecilkan nik aziz di media perdana? ataukah sememangnya anda adalah talam dua muka yang tugas anda adalah memberi ruang terhadap musuh?
sebagai ulama' politik selayaknya anda tahu dengan memperkecil nik aziz dan bahkan siapapun kepimpinan pas tidakkah itu secara tidak langsung adalah memperkecil pas itu sendiri?
nah jika pas sudah dipandang kecil natijahnya islam yang kita perjuangkan juga akan dipandang kecil oleh musuh.. ataukah ini maksud anda wahai ketua ulama' pas?
UMNO KHAWARIJ DAH MUNCUL?
(MSO) Sebaran SMS yang mengajak orang ramai supaya berhimpun di pintu masuk pejabat MB pagi esok kini sedang berleluasa disebar. Dipercayai SMS ini adalah jemputan khas yang digunakan untuk menyeru orang ramai berarak dan berhimpun bagi mendesak Nik Aziz letak jawatan.
Berikut adalah SMS yang dikatakan disebar:
"Salam Perjuangan Membela Kessucian Islam - Jemaah Rakyat Prihatin (Kel) JRPK, dengan setulus ikhlas mengajak tuan/puan sdr/sdri ke perhimpunan membantah dan mendesak MB Kel Datuk Nik Aziz minta maaf dan tarik balik doa jahanam TDP PM dan konco-konconya yang jelas bukan ajaran Islam dan mendesak supaya menantunya (Ariffahmi) segera meletak jawatan di PMBK. Pada 1hb Disember Selasa jam 10:00 pagi di depan pintu masuk Kota Darul Naim (Pjbt MB). Sama-sama menjaga kesucian Islam."
SAYA baru menerima panggilan telefon dari Kelantan yang memberi tahu satu rancangan sedang di atur oleh golongan tertentu untuk mengadakan perarakan dan himpunan secara besar-besaran di hadapan Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim, Kota Bharu esok bagi mendesak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakan jawatan sebagai MB Kelantan.
Himpunan itu juga untuk mendesak Nik Aziz supaya mempercepatkan mengambil tindakan (mendesak) ke atas menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman supaya melepaskan jawatan CEO PMBK.
Nik Aziz minggu lepas atas nasihat pemimpin Pas pusat telah mengarahkan Ariffahmi melepaskan jawatan itu setelah perlantikan menantunya itu telah dieksploitasikan untuk memburukkan beliau dan kerajaan Pas Kelantan. Ariffahmi bagaimana pun sehingga kini masih belum berbuat demikian.
Menurut pemanggil berkenaan yang juga sumber rapat sebuah Pas kawasan, pihak Pas Kelantan telah pun maklum mengenai ura-ura perarakan dan himpunan berkenaan. Satu laporan polis juga dikatakan telah dibuat oleh pihak Pas kerana himpunan berkenaan tidak mendapat permit.
Dalam pada itu menurut pemanggil itu lagi pihak keselamatan Pas kini juga sedang mengadakan mesyuarat khas berhubung desas desus berkenaan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
"Keselamatan Pas telah memanggil mesyuarat segera untuk membincangkan apa yang dirancangkan itu, ia sedang berlangsung," ujar pemanggil berkenaan.
Selain daripada himpunan esok untuk mendesak Nik Aziz melepas jawatan, tambah pemanggil itu lagi ia juga untuk mendesak suapaya Nik Aziz menarik balik doa yang meminta Allah palingkan hati Perdana Menteri, Najib Razak supaya memberi wang royalti petrol ke Kelantan.
Nik Aziz semasa berkhutbah hari raya korban telah berdoa supaya Allah palingkan hati Najib supaya memberi royalti petrol ke Kelantan. Sekiranya Najib enggan berbuat demikian, katanya beliau (Nik Aziz) tidak akan teragak-agak untuk mendoakan agar Najib dan kerajaanya dimusnahkan Allah.
Sementara itu dari maklumat lain menyebut beberapa agensi kerajaan yang dikuasai kerajaan Persekutuan telah dihubungi oleh pihak tertentu supaya keluar beramai-ramai menjayakan himpunan berkenaan.
Arahan juga dibuat kepada kakitangan kerajaan supaya keluar dengan membawa bendera Umno dan bendera Pas. Sebuah pejabat Pertubuhan Peladang kawasan (PPP) turut sama dihubungi agen berkenaan.
Apakah himpunan berkenaan ada sangkut paut dengan pendedahan yang dibuat Nik Aziz tiga hari lepas kononnya ada "Kolonel Mat" yang bertanggungjawab merancang untuk menjatuhkan beliau dan menumbangkan kerajaan Kelantan?
Sekiranya perarakan dan himpunan berkenaan benar-benar berlaku esok, ini mengesahkan dakwaan Nik Aziz itu bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan beliau secara kekerasan!
(Sini)
Umno buat demonstrasi membantah doa Tok Guru - jiwokelate
Siapa Dalang Demo Esok? - manjanik
UMNO BERTUKAR CORAK JIKA JADI PEMBANGKANG? BUKTINYA NAH DIA
Guan Eng dalam satu sidang akhbar selepas itu mengkritik perbuatan demonstrasi tersebut yang dianggap mencemarkan imej Pulau Pinang, dan hanya memburukkan imej parti itu sendiri dengan kekasaran dan kelakuan yang tak ubah seperti sebuah parti samseng.