2010/04/01

CILAKA PUNYA ANWAR:RASUAH ZAMBRY DENGAN JAWATAN MB? BIAR BETULNI..

 Zambry Dedah Tawaran Jadi MB Jika Lompat Parti Selepas PRU Ke-12

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mendedahkan tawaran oleh "seorang pemimpin hebat pembangkang" untuk beliau menjadi Menteri Besar Perak jika sanggup melompat parti selepas Barisan Nasional kalah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12.

Katanya, beliau adalah calon pertama bagi jawatan Menteri Besar Perak dan bukannya anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri.

Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini, Zambry berkata beliau telah dihubungi melalui panggilan telefon oleh "tokoh hebat" berkenaan yang kemudiannya diikuti rombongan dan utusan yang datang ke rumahnya.

"Saya menolak tawaran itu kerana berpegang kepada prinsip perjuangan," katanya ketika menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno ditawar jawatan Menteri Besar sekiranya melompat parti.

Tajol Rosli semasa membahaskan usul itu berkata beliau tidak berhak untuk mendedahkan siapa ketiga-tiga ADUN yang dimaksudkan itu kerana terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.

Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang) pula berkata beliau yakin pemimpin yang dimaksudkan oleh Zambry itu adalah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya tawaran itu diketahui oleh ramai pemimpin PKR Perak tetapi ia dirahsiakan daripadanya kerana beliau ketika itu adalah juga seorang daripada calon Menteri Besar.

"Anwar berdolak dalik kerana dia ada memanggil (telefon) saya dan menyatakan saya sesuai menjadi Menteri Besar tetapi dalam masa sama membuat tawaran jawatan itu kepada orang lain," kata Jamaluddin, yang ketika itu Bendahari PKR Perak.

Zambry sebelum mengakhiri penggulungan itu telah menawarkan perdamaian kepada pembangkang.

"Dengan suci hati, saya ingin meniup wisel perdamaian... jawatan MB boleh datang dan pergi tetapi perdamaian yang abadi adalah demi rakyat," katanya.

Perjalanan sidang DUN hari ini dicemari dengan tindakan kesemua 28 ADUN pembangkang keluar dewan dengan alasan tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang dikendalikan oleh Speaker Datuk R.Ganesan.

Zambry menyifatkan tindakan keterlaluan pembangkang pada persidangan hari ini seperti tidak mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab lisan, tidak menghormati Speaker, menjerit-jerit, menyeberangi kawasan dan mengganggu Adun BN serta menayangkan kertas dengan perkataan 'penyamun', 'perompak' dan 'pencuri', akan perbuatan yang mengkhianati amanah rakyat dan ini akan dinilai sendiri oleh rakyat.

"Inikah ini moral dan akhlak pembangkang yang baik?" katanya.

Mengenai cadangan seorang penyokong kerajaan supaya DUN mengusulkan supaya gelaran kepada Mohammad dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) ditarik balik kerana sikap biadap mereka, Zambry berkata itu adalah hak Istana Perak.

Persidangan yang berakhir hari ini meluluskan usul pindaan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak selain usul pelantikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap Negeri, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri serta usul pembelian saham terbitan bernilai RM5.6juta berharga RM1.12 seunit yang ditawarkan oleh Kumpulan Axiata.

Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. - BERNAMA

8 komentar:

  1. Jangan percaya cakap Zambry tu.Anda dah termakan umpan Zambry.Apa bukti dakwaan mamak itu?

    BalasPadam
  2. mamakda ni cuma nk publisiti dlm Utusan esok.Muka depan..Tajuk " Anwar tawar jawatan MB jika lompat parti".

    BalasPadam
  3. mamak ni baru nak pecah lubang ?

    BalasPadam
  4. kalau selagi bn jgn dok pcaya.....

    BalasPadam
  5. klau jumpa keling dan ular serentak sila bunuh keling tu dulu.. sebab keling lagi kuat belit dari ular

    BalasPadam
  6. Posman buang surat calon MB? Biar betoi. Bengong sangat ke Anwar? Walau apa2pun, yang dilambung akan jatuh. So, berhati2 le bile melambung. Takut jatuh berdepuk atas muka sendiri. Tak kira BN atau PR. Nak lantik wakil tu, carile yang berkualiti. Bukannya korap.

    BalasPadam
  7. BUJANG SUSAHh....jumpa ulaq dengan sivakumarrr,,,...katok sivakumar duluuu kasii mamposss....

    BalasPadam
  8. Ramainya Anwar nak lantik jadi MB...Jamaluddin, Zambry dan Tajol Rosli.. kalau semua terima Perak akan mencatat sejarah paling ramai MB dalam dunia...sekarang ni pun dah tercatat sejarah Perak ada MB lantikan Mahkamah (sebab Mahkamah tak hormat pilihan rakyat)...satu lagi catatan sejarah ialah Speaker (Ganesan)yang dilantik dengan cara merentap baju Speaker asal (Sivakumar) dan dipakaikan ke badan Ganesan..mudahnya undang2 rimba UMNO....

    BalasPadam

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!