Tindakan seorang wartawan perempuan bukan Islam memakai tudung ketika membuat liputan pada satu majlis, dianggap Pergerakan Puteri Umno sebagai perbuatan yang ‘hina’ dan ‘kurang ajar’.
“Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila (Boo) Su-Lyn turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masik ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar,” kata Ketua Penerangan Puteri Umno, Nordiana Shafie.
Mengikut portal Umno-Online, Nordiana dipetik berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap wartawan portal berita, Malaysian Insider, Boo Su-Lyn di balai polis Dang Wangi di sini, semalam.
Katanya, laporan dibuat kerana wartawan itu didakwanya memanipulasi berita semata-mata berikutan tidak menyiarkan ucapan Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin secara penuh.
“Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan,” dakwa Nordiana tanpa menyedari hakikat tiada wartawan akan menyiar ucapan penuh mana-mana pemimpin dalam bentuk berita.
Nordiana mendakwa, sesi ceramah yang dihadiri wartawan itu adalah tertutup dan pengumuman supaya media meninggalkan dewan pada program Dialog Bersama Negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sudah dibuat.
Beliau juga mendakwa tulisan wartawan itu tidak tepat dan semua ahli pergerakan yang hadir pada majlis berkenaan, sedia menjadi saksi
“Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman,” dakwa beliau.
tok sah putar bang, bukan tudung isunya.... Tak brapa bijak....
BalasPadam