Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Dr Aziz Bari percaya pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sebagai cubaan halus Umno untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Beliau berkata Umno nekad dengan meletakkan tekanan kepada Teng Razaleigh atau Ku Li bagi menyulitkan kedudukan beliau yang sering berpihak kepada kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memperjuang royalti minyak.
"Saya menganggap ini amaran kepada Ku Li sama ada terus kekal atau keluar Umno. Walaupun kita melihat beliau konsisten tidak senada dengan Umno tetapi dia masih belum keluar," katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Ku Li selama ini didesak pelbagai pihak supaya keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat berikutan kecenderungannya memihak kepada kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak dan beberapa perkara lain.
Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyat Pas, Che Hashim Sulaima akibat barah usus, mendorong laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.
Mengulas mengenai peluang Pas memenangi pilihan raya kecil itu, Aziz percaya keputusan pilihan raya kecil itu secara matematiknya berpihak kepada Pas walaupun Ku Li memimpin kempen Umno Barisan Nasional.
Beliau berkata, Umno BN tampak tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil mengejut walaupun mahu menunjukkan kemampuan mereka merampas semula kerusi DUN yang terlepas ke tangan PAS pada 2008.
Katanya, kemerosotan pengundi Umno BN dijangka berlaku melibatkan undi pos berikutan masyarakat orang Asli di Kelantan khususnya DUN Galas semakin selesa dengan kepimpinan Pas.
Friday, October 1, 2010
BalasPadamPAS dah panik, Tahu kalah di Galas
Cadangan pertama keluar dari mulut Penolong Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar BN tidak bertanding demi perpaduan Pas Umno.
Katanya :
PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya
Selepas itu Nik Aziz turut mengulas cadangan Takiyudin di atas tetapi dalam nada yang agak berbeza di sini iaitu mengajak orang Melayu Islam menyertai PAS demi mengelakkan perpecahan berpanjangan orang Melayu Islam di Malaysia.
Mungkin dia secara peribadi agak malu untuk mengulas senada dengan Takiyudin kerana sebelum ini Umno telah dicopnya sebagai sekular, komunis dan tidak Islam...Biasalah....dah terlajak kata memang malulah muka nak berbaik.
Selepas itu Sayuti Omar telah menyokong cadangan tersebut lalu memuatkannya di blog beliau di sini
Kemudian Blogger Kerabu Bersuara turut memuatkan tulisan tersebut sebagai menyokong cadangan agar Kerusi GALAS diberikan kepada PAS atas nama perpaduan di sini .
Dalam hal ini nampak sangat PAS hanya melutut dan merayu apabila menyedari kerugiaan yang bakal diperolehinya. Selagi tidak ada mudarat kepada politik mereka, selagi itu cadangan yang baik seperti perpaduan Melayu Islam akan dikritik habis-habisan.
Ini kerana mereka tahu GALAS adalah kubu kuat BN dan momentum GALAS boleh menjadi penentu nasib mereka PRU akan datang.
Yang jelasnya Melayu sudah sedar keburukan Pakatan Rakyat yang ternyata pandai mengkritik tetapi gagal menunjukkan mereka lebih baik dari yang dikritik.
Baca seterusnya di Panglima Perang Cyber sini
Posted by The Unspinners at 8:19 AM