Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengingatkan Parti Maju Sabah (SAPP) agar tidak memainkan isu ‘Sabah untuk orang Sabah’ sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi.
“Politik seperti itu sudah ketinggalan zaman. Tak perlulah membangkitkan kebencian. Apa yang diperlukan ialah politik pembangunan. Kita perlu bekerjasama dan terus maju ke hadapan.
“Memainkan isu untuk memperjuangkan autonomi atau sesuatu yang bersifat ekslusif, seperti ‘Sabah untuk orang Sabah’, adalah salah.
“Sabah telah diberi beberapa penghormatan dan sekurang-kurangnya lima menteri dalam Kabinet Persekutuan berasal dari negeri ini,” katanya.
Dr Chua berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen Thau Lin dalam kempennya bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi di pasar Tanah Merah dan Bandar Nam Tung berhampirannya di sini.
DALAM SEJARAHNYA SABAH PERNAH MERDEKA SEBELUM MENYERTAI MALAYSIA.
0 komentar:
Catat Ulasan
NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!