2010/03/01

HARGA IKAN MENAIK KARENA SISTEM PASARAN TERBUKA ALA 1 MALAYSIA?BACALAH!!

Berita Harian (1/3/10): Bekalan ikan dalam negara akan berkurangan dan harga dijangka naik 10 peratus jika Persatuan Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia menghentikan import ikan bagi membantah arahan kerajaan menggunakan kotak ikan berinsulasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail, berkata 1,500 tan ikan import dari Thailand dan Indonesia setiap hari mungkin tidak dapat dibawa masuk jika penggunaan kotak berinsulasi diwajibkan.

“Ini kerana kebanyakan ahli persatuan tidak mampu membelinya kerana harga kotak itu lebih mahal berbanding tong plastik digunakan sekarang.

“Kalaupun pengimport menggunakan kotak berinsulasi ini, harga ikan dijangka meningkat kerana kos tambahan akan disalurkan kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 24 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan penggunaannya dilaksanakan mulai hari ini selepas dibantah sebelum ini.

Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.

lihat bahagian yang dimerahkan diatas:JENIS PASARAN EKONOMI BERKEMBANG ALA 1 MALAYSIAKE? SETAKAT BERTANYA SAHAJA ...
PASARAN TERBUKA?

Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini.

“Saya difahamkan beberapa pemilik bot juga sudah mengurangkan operasi menangkap ikan kecuali mereka yang memiliki kemudahan sejuk beku untuk menyimpan hasil tangkapan sementara menunggu kesudahan kemelut baru ini.

“Walaupun kempen boikot ini hanya membabitkan ikan import, nelayan tempatan juga dikhuatiri menghadapi kesukaran memasarkan ikan kerana lori milik pemborong dijangka tidak akan beroperasi sepanjang tempoh boikot untuk mengangkut hasil tangkapan,” katanya.

FAIRU MASUK UMNO DAPAT PETUNJUK SOLAT SUNNAT 3 BULAN!!!BIAR BETUL BRO

Dua minggu lalu SPRM mengumumkan pihaknya telah menutup kes terhadap lapan personaliti berprofil tinggi termasuk Fairus yang disiasat ketika berada dalam kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau telah disiasat oleh SPRM berhubung kes rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong mengumumkan beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu khususnya hilang kesabaran ekoran isu polemik kalimah “Allah”.

“Sebagaimana saya katakan dulu, saya memantau perkembangan politik... saya pun ada had kesabran,” katanya.


Fairus berkata beliau mendapat petunjuk untuk menyertai Umno, parti pilihan terbarunya ini, selepas solat sunat sejak tiga bulan lalu.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan untuk membersihkan namanya, Fairus, 33, berkata beliau tidak perlu melakukan apa-apa untuk menebus imejnya atas alasan tidak membuat sebarang “kesalahan.”

Fairus berkata beliau mendapat petunjuk untuk menyertai Umno, parti pilihan terbarunya ini, selepas solat sunat sejak tiga bulan lalu.

“Saya mendapat petunjuk untuk memilih masuk Umno,” kata beliau ketika ditanya mengapa memilih parti dominan Barisan Nasional ini.

Ketika ditanya sama ada beliau hilang kepercayaan terhadap Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fairus berkata, sudah cukup memadai dengan mengatakan “pucuk kepimpinan.”

Fairus berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan timbalan ketua menteri dan ADUN Penanti awal tahun lalu untuk mengekalkan kestabilan dalam PKR.

“Saya sudah membuat yang terbaik dengan membuat pengorbanan untuk parti demi kestabilan parti dan pakatan,” kata beliau sambil menambah beliau mengambil untuk melepaskan jawatan timbalan ketua menteri kerana tidak mahu mewujudkan suasana kucar-kacir.

10 MP PKR AKAN KELUAR @ MELOMPAT? SILAHKAN!!!

Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di mana ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Salehuddin juga meramalkan akan wujud satu 'blok MP' bebas di Dewan Rakyat.

Bekas setiausaha agung PKR itu juga turut menghadiri sidang akhbar Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim bulan lalu, ketika ahli parlimen Bayan Baru itu mengumumkan keluar PKR

AYO WAHAI KATAK KATAK MELOMPATLAH!!KARENA HUJAN SUDAH MULAI KELUAR.

KAMI PERCAYA SETELAH KAMU KELUAR DAN HUJAN YANG DERAS KAMI AKAN MENIKMATI CUACA YANG NYAMAN DAN CUACA YANG CERAH

PAS MUNGKIN DIHARAMKAN?

Presiden Umno Datuk Onn Jaafar yang juga seorang Pegawai Tinggi Kerajaan British di Tanah Melayu memberi amaran ‘Bahaya Dari Gunung’ ketika Hizbul Muslimin ditubuhkan.

Hasil konspirasi Umno dan British pada waktu itu, Hizbul Muslimin akhirnya diharamkan atas alasan bersekongkol dengan Komunis sehingga tercetusnya suasana darurat. [lihat Nabil Abdullah, 1976:188-189; John Funston, 1980:119]

Suka saya sebutkan di sini, bahawa sejarah menunjukkan bahawa Umno tidak pernah menyimpan cita-cita untuk melaksanakan Islam di Malaysia.

Penubuhan PAS ini sebagai tindak balas pada keengganan Umno untuk melaksanakan cita-cita Islam di Malaysia.

Seperti penubuhan Hizbul Muslimin di tanah air pada pertengahan 1950an, PAS yang ada pada hari ini pun tidak mustahil akan diharamkan oleh kerajaan Umno BN apabila mereka kembali kuat kelak kerana sejarah memberitahu kita bahawa Umno bahawa Umno adalah ‘tali baru’ British. zainulfaqar

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - DS Najib Tun Abdul Razak 1993

Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud’ - Tun Dr Mahathir Mohamed 1994

Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur - Tun Abdullah Ahmad Badawi 1999

Kalau pencuri kita potong tangan kanan,nanti besok2 dia mencuri tangan kiri pulak,potong tangan kiri,besok2 dia mencuri pakai kaki pulak,potong kaki pulak..dah tak ada apa untuk di gunakan untuk mencuri dia pakai mulut pulak - Dr Mashitah Ibrahim 2008

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah BAKAL GANTI ZAMBRY SEBAGAI MB PERAK

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.

Beliau berkata, parti komponen BN di Perak juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengemukakan senarai calon parti masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya mengejut itu.

Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.

"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, UMNO Pusat bermesyuarat pada minggu lepas dan BN Perak juga telah bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.

"Sebaliknya mesyuarat berkenaan hanya mengingatkan bahawa semua parti komponen BN perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kerajaan BN mendapat mandat besar bagi terus mentadbir negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di Tapah hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.

Desas-desas pilihan raya mengejut di Perak timbul selepas seorang Timbalan Presiden sebuah parti komponen BN dikatakan menyerahkan senarai nama calon daripada parti itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar pada petang semalam.

Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry.

- Bernama

SEKADAR INGIN BERTANYA:JAWABLAH SAPE YANG TAHU

sekadar ingin bertanya
adakah hantar surat ke pm melalu pos
dikenakan setem juga?

harga setem berape?

dah berape ratus ribu penyertaan?

siapa untung dengan menghantar surat ini?