Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.
Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Menulis dalam
blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).
Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.
"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.
"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei.
"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.
KUALA LUMPUR, 30 April — Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah menandatangani perjanjian persempadanan laut dan darat dengan Brunei pada Mac 2009 di mana pertindihan dua medan eksplorasi menjadi milik Brunei selepas ia diluluskan Kabinet Malaysia sebulan sebelum itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, bekas perdana menteri mengesahkan bahawa konsesi Blok L dan Blok M kini adalah milik Brunei tetapi perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun.
“Kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak. Ini bermakna bahawa bahawa dari segi sumber minyak dan gas, perjanjian ini bukan satu kerugian bagi Malaysia”, kata Abdullah yang melakukan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan pada 15 dan 16 Mac tahun lepas sebelum meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dua minggu kemudian pada 3 April.
Abdullah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata Abdullah telah menyerahkan dua blok itu dalam perundingan dengan Sultan Brunei bagi pertukaran untuk Limbang yang merentangi sempadan Sarawak-Brunei.
Dr Mahathir berkata kehilangan dua blok menelan kos Malaysia sekurang-kurangnya US$100 bilion (RM320 bilion) daripada anggaran simpanan hampir satu bilion tong minyak. — Bernama
MENGAPA MAHADHIR MASIH TIDAK MAHU MEMBIARKAN TUN ABDULLAH BEREHAT DENGAN TENANG?
SEHINGGA KEPUTUSAN KABINET HANYA DISERLAHKAN SEBAGAI KEPUTUSAN PAKLAH SEORANG?
APAKAH SEMUA INI KARENA CITA CITANYA AGAR ADA PENERUS YANG DAPAT MEWARISI KEPIMPINANNYA DARI KALANGAN KELUARGA BELIAU TERUS BERLANJUT?
UMUM MENGETAHUI AKAN PERMUSUHAN POLITIK ANTARA MUKHRIZ DAN KHAIRY? ADAKAH KARENA ITU?...KAH KAH KAHA..LAYANLAH BEKAS NEGARAWAN ALA NEGARAWAN JANGANLAH MERENDAHKAN MARTABATNYA..