Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrul Amin berkata beliau selaku Pengarah Penerangan Selangor banyak belajar dari kerjaan PAS Terengganu.
KAH KAH..WAJAR PAS TERENGGANU DIJADIKAN CONTOH AGAR MANA MANA KERAJAAN PAKATAN TIDAK MENYEMBAH BUMI DAN BERKUBUR HANYA SATU PENGGAL..
KAH KAH..KAH..JIKA CONTOH LAIN HENDAK TIRU GELAPLAH MASA DEPAN PAKATAN..TAK NAIK ROKET KEBULAN..NAIK TIUPAN JAMPI..HA HA HA..
MASIH ADA SINAR MENTARI UNTUK ESOK HARI..APAKAH ITU SEBABNYA KAU MASIH MENCARI? SEDANGKAN TAPAK PERJUANGAN TELAH TERSEDIA UNTUK KAU TEROKAI..AYO BANGKIT!!1 KITA TENTANG SEGALA KEZALIMAN TERUTAMA YANG DATANG DARI PEMERINTAHAN..KITA JIHAD DENGAN MENGATAKAN TIDAK DIHADAPAN PENGUASA YANG ZALIM!!!..FROM BAWEAN TERMENUNG
2010/08/01
Menteri Indonesia: Ajaran Ahmadiyah sesat
Menteri Indonesia: Ajaran Ahmadiyah sesat
August 01, 2010
JAKARTA, 1 Ogos — Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali berkata ajaran Ahmadiyah sesat kerana menyimpang dari al-Quran dan tidak mempercayai Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir.Kenyataan itu dikeluarkan oleh Suryadharma di Madura, Jawa Timur semalam ketika merasmikan Madrasah Aliyah Al-Hamidiyah, Desa Senasen, Bangkalan.
“Setelah dilakukan musyawarah akhirnya kami memutuskan bahawa ajaran Ahmadiyah itu memang sesat,” katanya.
Suryadharma menjelaskan, kerajaan kini sudah membuat keputusan bersama bahawa ajaran Ahmadiyah dilarang keras dan menyebarkan ajaran ini di Indonesia adalah dilarang.
Sehubungan itu kerajaan meminta polis bertindak tegas jika mendapati ajaran Ahmadiyah yang berkembang di kalangan masyarakat.
Beliau juga meminta rakyat tidak menggunakan kekerasan jika mendapati wujudnya penyebaran ajaran Ahmadiyah, melainkan dengan melaporkannya ke polis.
“Jangan berbuat kekerasan. Sebab agama Islam tidak menyukai kekerasan,” kata Suryadharma dipetik Antara
UMNO DALAM KETAKUTAN:POLIS TAWAN CERAMAH PKR ALA PERANG?
| Polis serbu ceramah PKR di Rengit |
| Harakahdaily |
BATU PAHAT, 1 Ogos: Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi. Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah. Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita. Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit. Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng. Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan. Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis |
Langgan:
Catatan (Atom)
BATU PAHAT, 1 Ogos: Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.
Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.