2010/12/01

TIMBALAN PERDANA MENTERI CHINA:BAGAIMANA TANGGAPAN CHINA MALAYSIA?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz shake hand
 with limkit siangNik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.

"Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa.

"Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Lim dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu berhubung perkara berkaitan Islam.

Justeru, sebarang perbalahan jika Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak timbul.

"Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS boleh tegur,” katanya.

KEMBALIKAN PULAU PINANG KEPADA KEDAH:SANGGUPKAH UMNO SEBAGAI PEMERINTAH MENUNAIKANNYA?

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.

Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.