2011/01/21

BN UMNO TOLAK PINDAAN ADUN SELANGOR KEMBALI KUASA SULTAN


NOH Omar (dua dari kanan) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan UMNO Selangor, di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 20 Jan. – Barisan Nasional (BN) Selangor memutuskan menolak langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi memberikan kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada mesyuarat melibatkan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan seorang ADUN Bebas, di sini, hari ini.
Katanya, walaupun kesemua ADUN BN akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan khas untuk tujuan itu, pada Isnin ini ia tidak bermakna mereka menyokong pindaan berkenaan.
Pendirian BN itu tegas Noh disebabkan, pindaan berkenaan hakikatnya bagi membolehkan Menteri Besar mempunyai kuasa melantik SUK termasuklah kuasa menasihati Sultan Selangor.

1 komentar:

  1. Noh omar ni bercakap tentang tak nak sokong kuasa Sultan ke tak nak sokong kuasa power renger?pelik betul...sultan selangor yang berdaulat dia boleh cakap tak nak sokong berikuasa kepada sultan untuk melantik SU..ini kuasa sultan biar sultan dan MB saja la yang lantik..kenapa mau degil...bila MB nak pinda undang2 lu ka derhaka..sedangkan lu sendiri tak nak sultan kembali berkuasa dengan tak nak menyokong...itu negeri sultan punya...bukan lu punya...bising2 aje noh omar ni...

    BalasPadam

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!