2011/01/31

MENGAPA PAS MASIH TAK MAMPU MENGUBAH PANDANGAN MELAYU

Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir...

KITA BAHAS DISINI OK... MWNGAPA PAS MASIH TAK MAMPU MENGUBAH PANDANGAN MELAYU

.
 UMNO ADALAH PRODUK PENJAJAHAN ANAK TUNGGALNYA BUKAN...

ADA SESUATU PAS PERLU LAKUKAN DENGAN PANTAS UNTUK MENGHADAPI PRU 13 INI..

MENGAPA PAS MASIH TAK MAMPU MENGUBAH PANDANGAN MELAYU

12 komentar:

  1. Mengapa PAS x mampu sedarkan Melayu?
    1 Pemimpin PAS kawasan kena ubah style. Kalau setakat warak sahaja tak cukup untuk memikat orang. Memang ramai orang melayu hormat pemimpin PAS tapi tak ramai yang nak ikut PAS. So, pemimpin PAS perlu lebih mesra dan meluangkan masa denga penduduk sekitar.Senang kata, dakwah bukan sahaja di masjid dengan bagu kuliah.dakwah di masjid senang sebab dah diprogram, dakwah di kedai kopi jarang PAS buat.
    2. Berapa ramai pimpinan PAS yang punya anak n kaum kerabat yang menjadi punca orang tak menghormati PAS. S0! pimpinan PAS khususnya kawasan n cawangan, didiklah dulu orang-orang yang terdekat dengan kita.
    3. Pimpinan PAS yang sering dok buat ulasan kat media ataupun ceramah umum, kalau buat ulasan tu kena bijak, jangan mudah dimanipulasi wartawan. Kadang-kadang fakta agama yang diberi tu menungkah arus biasa pemahaman orang melayu, so! sekalipun ianya tepat, tapi cara pemberitahuan tu biarlah cara yang tak menungkah arus.
    4. Pada pemimpin PAS kawasan atau cawangan, saya rasa elok juga berkawan dengan semua jenis Melayu,kalau solat jemaah tu tak payah la solat kat masjid orang PAS sahaja atau kar markaz-markaz, Bukankah baik kalau orang PAS solat kat masjid yang ramai orang UMNO. Kalau boleh biar di mana sahaja ada tempat solat, di situ ada orang PAS.

    BalasPadam
  2. PAS kalah sebab masih pakai stategi lama - maki hamun org melayu kalu tak undi pas, melayu masuk neraka kalu tak undi pas, daging tak halal kalu undi BN, etc, etc. Saya sebagai org melayu neutral pun marah kalu org pas ckp macm ni.Bagus sangat ke melayu pas ni? Syrga tu pas control ke?Islam tak ajar kita kutuk mengutuk, caci-mencaci, ustaz saya cakap. Mcm mana nak tawan org muda mcm saya?

    BalasPadam
  3. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    BalasPadam
  4. kalau ikutkan komen no dua tu kenyataan nizar turut memberi impak negatif terhadap kekalahan calon pas? betulker?

    BalasPadam
  5. Memang perlu perubahan secara drastik.... veteran pas perlu berkorban demiperjuangan dan beri peluang kpd generasi muda. Veteran sbg idola dan mentor kpd org muda....

    Lihat karektor Ust Azhar Idrus(K.Terengganu)... ramai anak muda sukakannya golongan tua juga tetap menghargai beliau........

    Sekadar pandangan.......

    BalasPadam
  6. ya..sememangnya pemimpin tua pas berkorban untuk pembaharuan...

    BalasPadam
  7. Daud Ismail, sentul pasar31 Januari 2011 6:43 PTG

    sudara BMPS,
    Perjuangan yang kekal adalah merangkum dua perkara ruh dan jasad tidak boleh dipisahkan. Dunia dan Akhirat. Pas dalam hal ini tidak ada dunia, tetapi lebih kepada akhirat pada doa pun jelas memohon kebahagaiaan dunia dan kesejahteraan akhirat.

    Ingatlah, Jika diMalaysia Bangsa melayulah penganut Islam tiada siapa boleh menafikan. Islam sebagairuh tidak berdiri tampa jasad orang melayu. Melayu itu Islam dan Islam itu melayu. Tidak dapat dipisahkan. Ada sebilangan kecil mamak itu Islam dan Islam itu mamak. Tetapi mereka minoriti.

    Maka Pas menolak konsep bangsa melayu dan mengambil Islam sahaja sebagai inti perjuangan sudah tentu ia bergerak tidak diatas realiti. Negara Islam hanya boleh ditegakan oleh orang melayu.

    Kenyataan Nik Aziz, tidak menerima hakikat bahawa kebangsaan melayu sebagai satu wadah menegakan Islam sebab itulah Pas gagal menjiwai melayu. Seringkali melayu diperemehkan. Mengapa UMNO diterima oleh orang melayu?. Kerana UMNO yakin teguh bahawa Islam itu berkembang selari dengan kemajuan manusia melayu yang Allah jadikan dimuka bumi ini.

    Mengapa melayu penting diMalaysia ?. kerana adanya berbagai kaum dinegara ini. Jika semua orang melayu dinegara ini adakah soal melayu penting ?. Jawabnya tidak seperti di Indonesia, India, China, Arab, Mesir.

    Jika sat bangsa seperti India adakah mereka menyebut soal bangsa ?. Tidak perbezaan mereka hanya agama. Jadi persaingan hanya antara agama. Bangsa tidak penting kerana dalam satu bangsa ada dua atau lebih agama.

    Indonesia, adakah mereka berjuang fasal bangsa?. Tidak. mereka berbagai samada agama, pembangunan, perubahan, ekonomi dll.

    Inilah suara golongan muda Pas seperti Mujahid Yusuf Rawa ketengahkan supaya Pas berjuang berpijak diatas bumi nyata. Melayu Islam. Jika ianya sama dengan UMNO maka hanya ada persaingan siapakah patut memegang kuasa, kerana ada dua pilihan parti politik yang sama hala tujunya. Menguntungkan melayu- Islam.

    sekadar pandangan saya yang kerdil.

    BalasPadam
  8. IA saye sangat setuju dengan saudara bahawa pas tidak berpijak dibumi nyata dalam soal kaum dan islam..

    BalasPadam
  9. Pas patut ubah cara berkempen, berkempenlah dengan cara hormat pergi kepada agenda mengapa kita berkehendakan menang ,fokus terus kepada agenda masa depan negara dan rakyat pergi mampus dengan apa yang di praktikan oleh kepimpinan umno dan denagnitu baru rakyat akan faham apa yang pas pkr dap perjuangkan demi kesejahteraan rakyat dan negara di samping mendekati rakyat secara berterusan

    BalasPadam
  10. Kita membawa lebel Islam. Sepatutnya kita menjadi contoh yang baik2. Contohnya ada signboard diatas lori, mendoakan kemusnahan UMNO sedangkan kita tau yg UMNO pun orang islam. Kenapa kita tak doakan semoga UMNO kembali kepangkal jalan. Jadi nampak lah kita sentiasa mencari kebaikan. Kena tunjukkan kita adalah lebih baik dari UMNO, berlawan sama-sama tak elok.

    BalasPadam
  11. setuju..pas seakan2 hilang isu-isu yang perlu di bawa bagi memastikan ia menjadi modal bagi kemenagan pas..pas perlu sedar iaitu peredaran zaman dan konsep kempen perlu diubah oleh itu bagi mengapai kemenangan pas perlu berubah dari pelbagai aspek..dan pas perlu menunjukan satu keyakinan kepada rakyat dimana pas boleh memimpin dengan mengunakan islam sebagai teras dimana amalan demokrasi dan keterbukaan diterima

    BalasPadam
  12. rasanya tak salah PAS berkawan dengan DAP,

    hak hak melayu dan islam itu jelas,tgk sajalah isu Azan baru2 ini, apa yang berlaku? belum apa apa dah mintak maaf? Nak bawak kemakhamah? Jangan harap.

    kenapa nak takut dengan DAP? yang berada di DAP itu cina malaysia, sama saja dengan MCA. Apa bezanya dengan percantuman antara UMNO/MCA dengan PAS/DAP? DAP sudah tahu dengan hukum islam sedangkan MCA masih belum mengerti hukum bersalam dalam islam? Mana lebih menakutkan sebenarnya?

    Islam tidak berkata berkenaan bangsa. Islam itu adil. kebetulan di bumi Malaysia ini kita adalah tuan, tapi perlu diingat Tuan sebenar bumi kita berpijak ini ialah Allah.

    Allah yang akan memberi kemenangan dan kegagalan kepada mana mana pemerintah yang dia kehendaki.

    Maaflah kalau saya katakan Faktor2 diatas adalah faktor yg agak kecil sahaja.

    antara faktor kekalahan PAS tempoh hari adalah kerana sedia maklum itu kubu kuat BN, kemudianya kesetiaan penghuni felda yang sedia maklum akan kesetianya pada BN sudah tepu. peratusan keluar mengundi pula agak rendah disamping banjir yang melanda. Ada juga bantuan dari tentera dan sebagainya mengunakan lori dan sampan, tapi benar2kah bantuan itu menyeluruh?

    sekali lagi mohon maaf sekadar memberi pendapat

    BalasPadam

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!