2011/01/01

PRESIDEN PAS DAN TIMBALANNYA WAJAR LETAK JAWATAN:DESAK SEGERA!!!

Puak PRO PERPADUANG Lintang Pukang Mempertahankan Perjumpaan Dalam Gelap 2

(Sambil mencium Kaabah, Tulang Besi telah berdoa supaya Allah SWT
Sesiapa yang mengikut komen2 YB Fatah bin Haron di dalam Facebook dua tiga hari ini akan melihat geng2 perpaduang kepanasan macam beruk kena belacan. Masing2 cuba membawa pelbagai cara untuk "menafikan" berlakunya perjumpaan tersebut. Antara percubaan mereka adalah mempersoalkan tarikh perjumpaan antara PResiden dan Timbalan Presiden PAS bersama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Mengikut mereka pada tarikh tersebut (23 October 2010) Tuan Guru Presiden berada di London.

Namun, dijawab oleh YB Fatah Iskandar:

Abdul Fatah Bin Haron
Guano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni. Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut. Betul lah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama. Guana agaknya?kang ambo kubang kang berselerak habis kang. kang letang pukang


Bagi saya puak pro perpaduang dah jadi lintang pukang. Percubaan pertama mereka adalah seperti di atas. Yakni menggunakan "alibi" kononnya Presiden PAS berada di luar negeri. Tapi, sayangnya percubaan mereka yang kali ini gagal.

USTAZ NASARUDDIN MENIPU LAGI SEKALI BERKENAAN PERTEMUAN DALAM GELAP 2?

Seorang lagi ahli pro perpaduang bernama "MRK ALBANJARI menyatakan:



Mrk Albanjari
YB...siapa yg bincangkan tentang UG ni lagi?..... ana baru hubungi ust Nasa ...dia kata dia pun tak tahu menahu langsung tentang perkara ni..... Presiden juga kini dlm perjalanan balik dari UK...so siapa yg bertanggungjawab terhadap pertemuan ni.... YB kena perjelaskan perkara ni.... isu UG ni langsung tak releven dah sekarang...itu hakikatnya..... nak berpadu dgn umno sekarang amat mustahil.....


Namun seorang lagi blogger pro PERADUANG bernama "Penawar Rinduku" akhirnya MENGAKU pertemuan tersebut berlaku. Namun, beliau berkata:

Penawar Rinduku Abe Tah....pertamuan tu memang betul tapi jalan cerita yang bohong....jange buat perangai budok budok gok.....demo jah hok tua dok main FB laye ko budok2 sedor diri gok sikit....Galas tu lagu mano?

Adakah ini bermakna Ustaz Nasaruddin telah menipu lagi sekali? Pertemuan Dalam Gelap kali pertama dahulu pun beliau nafi, tetapi kemudiannya diakui oleh Pak Lah.

Sekarang ni nampaknya perkara yang sama berulang lagi?

BERTEMU UNTUK MENERANGKAN DASAR DAN POLISI PARTI?

Seterusnya Penawar Rinduku tambah:

Penawar Rinduku Abe Tah jange jadi jenis mudoh lupo...kita doh tulak UG namun dalam maso samo kita akan menemui semua pihak bagi menjelaskan dasar dan polisi kito....bo lah dok wirid putrajaya....putrajaya...putrajaya.....


Bertemu dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam gelap untuk menerangkan polisi dan dasar parti?

Untuk apa? Supaya Presiden UMNO menyokong dasar PAS? Supaya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mendokong dasar dan polisi PAS? Sejak bilakah dalam sejarah Malaysia Presiden dan Timbalan Presiden UMNO boleh memberi sokongan terbuka kepada dasar dan polisi PAS?

Bagi saya, ini adalah alasan paling dangkal digunakan untuk menjustifikasi pertemuan dalam gelap kedua. Saya rasa orang gila pun susah nak percaya cerita macam ni?

Yang menjadi isu sekarang ini adalah mengapa pertemuan dalam gelap seperti ini masih diteruskan sedangkan keputusan Muktamar jelas mahukan PAS mengukuhkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat.

Pertemuan dalam gelap sebegini BAKAL melemahkan Pakatan Rakyat seterusnya melanggar keputusan Muktamar sebelum ini. http://www.malaysiawaves.com/2011/01/puak-pro-perpaduang-lintang-pukang.html

1 komentar:

  1. Amat setuju dengan cadangan mendesak Presiden dan Tim.Presiden PAS letak jawatan.Alasan:
    (1) Depa sudah banyak kali menipu.
    (2) Depa berdua sudah mengkhianati persetujuan yang telah diambil pada 3 muktamar yang lalu.
    (3) Presiden PAS punya sikap "tutup,buka,tutup,buka" mengenai UG.
    (4) Mursyidul Am,TGNA telah berkata " Perpaduang mengarut" - jadi wajar nyahkan tukang-tukang karut.
    (5) Perletakan jawatan beredua ini akan dapat membersihkan Ibu Pejabat PAS dari gulungan yang kerap "membawa onar" kepada PAS.

    BalasPadam

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!