2011/02/01

CHU SOI LEK MASIH MABUK AKIBAT VIDEO PORNONYA TERSEBAR?

Gagal menggarap imaginasi komuniti Cina
Mungkin ada yang akan menghitung hari-hari yang tertinggal untuk Chua Soi Lek dalam hayat politiknya setelah kecundang dalam PRK Tenang.  Namun, kekalahan MCA ini jauh daripada kesilapan percaturan strategi politik, malah kepimpinan Chua.  Masalah yang menimpa MCA adalah kegagalan MCA menggarap imaginasi komuniti Cina dalam kerangka Barisan Nasional.
Apabila rakyat semakin celik untuk membezakan antara "gula" dengan "dasar", apabila "ketakutan" diyakini dengan "fakta", apabila "politik baru yang mahukan harmoni" menggantikan "politik untuk mencetus permusuhan", maka MCA gagal melakukan apa-apa untuk mengembalikan sokongan komuniti Cina.
Model BN yang mempertanggungjawabkan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India semakin ditolak.  Ramai orang yang agak tidak senang, termasuk komuniti Cina apabila MCA cuba menakutkan pengundi Cina dengan nilai Islam.  Malah, apa yang terharu buat semua adalah apabila perbidaan baju merah "TUKAR" dalam majlis PR menyaksikan seorang Cina yang mendapat baju itu dengan RM1000 menghadiahkannya kepada seorang Melayu yang gagal membida kerana menawarkan harga RM400.
Keputusan PRK Tenang mungkin tidak menceriakan PAS, malah mungkin mencungkil kegelisahan dalaman kerana pola pengundian sedemikian tidak memanfaatkan PAS yang lebih banyak bertanding di kawasan desa majoriti Melayu.  Namun, apa yang mungkin boleh direnungi pemimpin PAS adalah, sanggupkah PAS kembali kepada politik lama, yang pada satu hari nanti akan menyaksikan kesudahan seperti Chua Soi Lek-MCA?
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

0 komentar:

Catat Ulasan

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!