2011/02/01

siri 3:PANDANGAN PAS TERHADAP BANGSA MELAYU PERLU PERUBAHAN PANTAS

Daud Ismail, sentul pasar berkata...
sudara BMPS,
Perjuangan yang kekal adalah merangkum dua perkara ruh dan jasad tidak boleh dipisahkan. Dunia dan Akhirat. Pas dalam hal ini tidak ada dunia, tetapi lebih kepada akhirat pada doa pun jelas memohon kebahagaiaan dunia dan kesejahteraan akhirat.

Ingatlah, Jika diMalaysia Bangsa melayulah penganut Islam tiada siapa boleh menafikan. Islam sebagairuh tidak berdiri tampa jasad orang melayu. Melayu itu Islam dan Islam itu melayu. Tidak dapat dipisahkan. Ada sebilangan kecil mamak itu Islam dan Islam itu mamak. Tetapi mereka minoriti.

Maka Pas menolak konsep bangsa melayu dan mengambil Islam sahaja sebagai inti perjuangan sudah tentu ia bergerak tidak diatas realiti. Negara Islam hanya boleh ditegakan oleh orang melayu.

Kenyataan Nik Aziz, tidak menerima hakikat bahawa kebangsaan melayu sebagai satu wadah menegakan Islam sebab itulah Pas gagal menjiwai melayu. Seringkali melayu diperemehkan. Mengapa UMNO diterima oleh orang melayu?. Kerana UMNO yakin teguh bahawa Islam itu berkembang selari dengan kemajuan manusia melayu yang Allah jadikan dimuka bumi ini.

Mengapa melayu penting diMalaysia ?. kerana adanya berbagai kaum dinegara ini. Jika semua orang melayu dinegara ini adakah soal melayu penting ?. Jawabnya tidak seperti di Indonesia, India, China, Arab, Mesir.

Jika sat bangsa seperti India adakah mereka menyebut soal bangsa ?. Tidak perbezaan mereka hanya agama. Jadi persaingan hanya antara agama. Bangsa tidak penting kerana dalam satu bangsa ada dua atau lebih agama.

Indonesia, adakah mereka berjuang fasal bangsa?. Tidak. mereka berbagai samada agama, pembangunan, perubahan, ekonomi dll.

Inilah suara golongan muda Pas seperti Mujahid Yusuf Rawa ketengahkan supaya Pas berjuang berpijak diatas bumi nyata. Melayu Islam. Jika ianya sama dengan UMNO maka hanya ada persaingan siapakah patut memegang kuasa, kerana ada dua pilihan parti politik yang sama hala tujunya. Menguntungkan melayu- Islam.

sekadar pandangan saya yang kerdil.

2 komentar:

  1. wow comment terbaik harap ada ler pihak atasan pas yang membaca isu ini..dan menerima dengan sifat terbuka

    BalasPadam
  2. aku stuju dengan pandangan di atas... 'isu ketuanan' islam semata-mata hendak melawan 'ketuanan melayu' adalah tidak tepat sekali...

    sekali-sekala bersikap jujur terhadap realiti membuatkan kta tidak canggung dalam berpencak...

    Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

    BalasPadam

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!