2011/02/01

STRATEGI BARU PAKAT:JIKA PAS MASIH BODOH UCAPLAH BY BY TERHADAP PUTRAJAYA

mustahil untuk meminta pengundi berubah hanya dalam satu tempoh kempen yang singkat, yang lazimnya 10 hari.
Pemimpin DAP dari Bukit Bendera Liew Chin Tong juga mengakui pengundi-pengundi Melayu di luar kawasan utara Semenanjung masih kelihatan sebagai “deposit tetap” Umno.
Oleh itu menurut Ahli Parlimen ini, Pakatan Rakyat perlu menyusun strategi dan memberi tumpuan ke atas kerusi-kerusi yang boleh “berubah mudah” berbanding “kawasan-kawasan hitam.”
“Kami harus berusaha untuk mewujudkan sokongan baru atau pengundi-pengundi tidak berdaftar, bukannya di kawasan-kawasan yang memerangkap (kami),” kata beliau dengan merujuk kepada kawasan-kawasan Felda yang menjadi kubu kuat BN selama ini.
Sementara kedua-dua Dzulkefly dan Liew menekankan kemungkinan mengambil alih kerajaan persekutuan adalah mustahil tanpa undi orang Melayu dari kawasan luar bandar, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, Pakatan Rakyat tidak boleh lari daripada mencabar Umno di kawasan kubu kuatnya.
“Jika kita mahu pergi ke Putrajaya, maka kita mesti menang kawasan-kawasan ini,” kata Adun Seri Setia ini.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh melakukannya dengan hanya bergantung pada kempen-kempen pilihan raya, tetapi perlu menghimpunkan sumber-sumber untuk menarik sokongan dan undi kalangan peneroka Felda.
Dengan keputusan pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang kelmarin, DAP mendakwa mereka mampu mengekalkan bahagian pengundi Cina mereka berbanding MCA, tetapi ia dinafikan oleh parti komponen BN itu....

HANYA PENDEKATAN YANG BIJAK DARI PKR SAHAJA DAPAT MENEMBUSI FELDA.. INI KARENA ANAK MUDA TIDAK MELIHAT PAS SEBAGAI CALANG GANTI BAGI UMNO.. NAMUN PAS BOLEH MEMPERCEPATKAN PERUBAHAN KUBU KUAT UMNO  INI DENGAN MENGUBAH PANDANGAN MEREKA TERHADAP MELAYU DENGAN PARADIGMA BARU.GABUANGAN NASIONALISME MELAYU YANG DIWARNAI DENGAN NILAI NILAI ISLAM KARENA ITULAH JIWA DAN HATI MELAYU.. BAGAIMANA PAS AKAN MENAWAN HATI MELAYU JIKA HATI MEREKA TAK DIPAHAMI OLEH PAS..? INGATLAH PEJUANG ISLAM ZAMAN LALU TAK PERNAH MEMBUANG HABIS WARISAN BANGSA MEREKA DENGAN ITU ISLAM DAPAT MENAKLUKKAN MEREKA TANPA DISEDARI DAN DENGAN RELA HATI..

3 komentar:

  1. salam,

    guna tajuk tu berhati2 sikit. awak tu mewakili BRIGED MP SEGAMBUT SERVICE (DAP) komponen pakatan rakyat.

    kalau dah DAP dan PKR dapati PAS parti bodoh...amatlah bodoh DAP dan PAKR nak bergabung.

    ini bukan sekali dua saudara guna perkataan yang menyakitkan ahli PAS

    saya boleh menggunakan perkataan yg lebih kesat dari itu tapi kerana mengenangkan serta menjaga hati pemimpin pakatan.

    ingat jaga sikit mulut ye......

    BalasPadam
  2. terimakasih tuan al brangi..insya allah..

    BalasPadam
  3. Sememangnya PAS itu BODOH melalui presidennya.... Strategi PAS ala2 budak pra sekolah. PAS akan dilihat lemah jika berpresidenkan HJ Hadi...Takbir... Ubah sekarang...

    BalasPadam

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!