KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh
cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.
Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan
menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera
menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.
"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar
angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM
Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah
perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan
diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat
kelak," katanya melalui Facebook.
Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.
Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain
Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat
mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua
pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap
Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung
kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes
liwat.
Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi
menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan
Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa
Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.
Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan
Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada
bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun
Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah
Tengku Razaleigh.
Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.
Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz
berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan
untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar.
"Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa
cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke
penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.
"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka
atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.
manusia kalau dah hati ditunggangi syaitan..inile jadinya..kira halal saje..akhirat tiada dalam kamus mereka.
BalasPadam