Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak
menjamin negara ini maju.
"Dasar Kerajaan Umno ni bila ada
menteri baru datang, ada saja dasar baru dan cara sedemikian akan
merosakkan masa depan anak bangsa kita. Dari awal lagi kita sudah
menegaskan bahawa dasar ini sebenarnya tidak akan menjamin Malaysia
menjadi sebuah negara maju.
"Negara maju seperti Jepun, Korea dan
Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah
mempertahankan bahasa ibunda mereka," jelasnya yang ditemui di parlimen
hari ini.
Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu terdapat satu
kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam
bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam
bahasa ibunda.
Azmin turut membidas pimpinan Umno sekali lagi
tidak langsung mahu buat sebarang rujukan bincang tentang perlaksanaan
dasar PPSMI dan akhirnya tujuan untuk mewujudkan kontrak-kontrak bagi
kroni-kroni mereka.
"Perlaksanaan dasar dalan negara sentiasa
dibuat tergesa-gesa tanpa perbincangan menyeluruh terutamanya dengan
pihak yang mempunyai kepakaran," ujarnya.
Menurutnya dasar itu
dibuat tanpa perancangan yang teratur sebagai contoh guru-guru masih
lagi tidak cekap dan tidak dihantar utk melatih lebih awal serta
buku-buku teks yang tidak disiapkan.
Mengulas tentang Persatuan
Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) yang tidak bersetuju dengan
pemansuhan dasar tersebut, Azmin memberitahu kerajaan perlu berbincang
dengan badan tersebut agar mereka lebih memahami dan menerima
perlaksanaan tersebut.
"Saya kira kementerian mesti
bertanggungjawab untuk bertemu dengan semua pihak dalam mencari jalan
penyelesaiannya. Ini kerana sebarang perancangan dasar mestilah dibuat
secara terperinci dan tidak tergesa dan bukan kerana kepentingan politik
tetapi kepentingan anak bangsa," sambungnya lagi
Azmin
memberitahu setiap pihak mesti hormati pandangan mereka namun jika
perancangan ini dibuat dari awal, supaya ada pertimbangan bagaimana
dasar-dasar baru hendak dilaksanakan dan beliau pasti setiap pihak mesti
akan bersetuju
memang ramai manusia2 yg kununnya cerdik di negara kita nih... yg amat megah bila boleh 'skipping london' sepatah dua
BalasPadam