Kemelut dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada rakyat betapa
lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan
penting bagi masa depan negara.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar)
berkata kemelut PPSMI berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan
tidak konsisten dalam pentadbiran BN sehinggakan sebuah badan NGO,
Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) membuat ugutan kepada
kerajaan.
“Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai
transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik. Rakyat
melihat bila mana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai
dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran
Dasar Pendidikan Negara.
"Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan
Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang
mantap dan tersusun,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kecelaruan
dasar BN, kata beliau telah mengakibatkan negara negara bukan sahaja
berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan,
bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku,” kata beliau.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa keputusan terbaru kerajaan untuk memansuhkan PPSMI masih boleh berubah.
“Rakyat
jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam
hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk
tumbang,” sindir beliau.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri
yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem
pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan
pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa
Inggeris.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata terdapat satu
kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang
industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa
ibunda.
"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar
teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda
mereka," tegas beliau.
0 komentar:
Catat Ulasan
NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!