Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan
ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang
sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat
sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.
Bercakap
kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang
Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan
mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan
perdana menteri.
"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.
"Sepatutnya
sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan
dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada
Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika
merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri
2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.
DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.
PKR
pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk
Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam
kerana mengangkat Negara Berkebajikan.
Mengulas lanjut Salahudin
bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya
itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik
tanah air.
"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.
"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya.
0 komentar:
Catat Ulasan
NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!