Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.
Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya.
Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.
Khamis
lalu semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan
kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran
kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain
futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu.Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.
Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.
- Bernama
"Jikalau
AG sudah buat keputusan, saya sendiri terpaksa akur," katanya kepada
pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau
di kawasan Parlimen Sembrong di Nyior hari ini.
Sebaliknya, dalam banyak sesi tersebut sepanjang sebulan