Anehnya laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut kerajaan Kelantan
diberi RM19 juta bagi melaksanakan projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR),
namun peruntukan itu tidak ada di Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri.
Malah sejak Rancangan Malaysia Ke-Enam (RMK-6) sehingga sekarang Kelantan tidak diberi peruntukan bagi membina projek RAKR.
Ini dibuktikan sejak RMK-6 sehingga RMK-9 sebanyak RM91.6 juta yang
sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek
tersebut langsung tidak diterima.
Peruntukan terbabit iaitu bagi RMK-6 sebanyak RM25 juta, RMK-7 (RM24 juta), RMK-8 (RM34.6 juta) dan RMK-9 (RM8 juta).
Namun, tiba-tiba dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut
Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku badan
pelaksana menerima peruntukan RM19 juta di bawah RMK-9, tetapi semakan
audit mendapati kerajaan negeri tidak membina rumah seperti dirancang.
Sumber kerajaan negeri menjelaskan tiada sebarang peruntukan diterima
daripada kerajaan pusat bagi melaksanakan projek RAKR di Kelantan
seperti mana disebut dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.
Pendedahan mengenai pembekuan peruntukan projek RAKR oleh kerajaan
pusat sudah acap kali dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan
Negeri.
Namun ia tidak mendapat respon wakil rakyat Barisan Nasional dan kerajaan persekutuan.
Bagaimana pun ekoran halangan tersebut menyebabkan kerajaan negeri
dengan kerjasama pemaju swasta membina projek RAKR sejak 1990 sehingga
sekarang dalam skala lebih kecil.
Peruntukan sebanyak RM3 juta disediakan setiap tahun dalam tempoh
tersebut bagi melaksanakan projek berkenaan untuk kepentingan rakyat
berpendapatan rendah.
Antaranya RAKR Kampung Dangar II, RAKR Bunut Susu, RAKR Gua Musang
II, RAKR Gua Musang Tambahan, RAKR Sungai Ketil, RAKR Semut Api fasa II,
RAKR Gunong, RAKR Jeli, RAKR Gaal dan rumah transit di Panji.
RAKR tersebut dijual pada harga RM28,000 hingga RM55,000 seunit.
Manakala rumah transit di Panji dibina pada 2006 sebanyak 100 unit
diberi sewa sebanyak RM100 sebulan kepada penduduk miskin, armalah dan
penduduk yang terbabit projek pembangunan di Jalan Hamzah.
Selain itu kerajaan negeri juga membina rumah mampu milik berharga RM35,000 hingga RM45,000 sebanyak 30 unit di Labok, Machang.
Kerajaan negeri juga melaksanakan polisi setiap projek perumahan yang
dibina di Kelantan dipastikan mengandungi 30 peratus rumah kos rendah.
MASIH ADA SINAR MENTARI UNTUK ESOK HARI..APAKAH ITU SEBABNYA KAU MASIH MENCARI? SEDANGKAN TAPAK PERJUANGAN TELAH TERSEDIA UNTUK KAU TEROKAI..AYO BANGKIT!!1 KITA TENTANG SEGALA KEZALIMAN TERUTAMA YANG DATANG DARI PEMERINTAHAN..KITA JIHAD DENGAN MENGATAKAN TIDAK DIHADAPAN PENGUASA YANG ZALIM!!!..FROM BAWEAN TERMENUNG
2011/11/01
POTONG GAJI PERDANA MENTERI?
MP fail usul potong gaji PM RM22,000
Usul
untuk memotong gaji itu merupakan ingatan kepada perdana menteri supaya
menjalankan tugas dengan baik, kata Tian ketika bercakap kepada
pemberita di bangunan parlimen hari ini."Ini secara tidak langsung merupakan usul tidak percaya," katanya lagi berhubung usul yang difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 66(9) itu.
Usul pindaan ke atas Bajet 2012 untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 telah diterima oleh pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Tian melandaskan usul berkenaan dengan alasan, antaranya tindakan perdana menteri yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal.
Katanya, langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara pula memburukkan lagi keadaan.
Selain
itu, Tian turut membangkitkan mengenai penganugerahan projek untuk
membina MRT Lembah Klang dan juga pembangunan semula kawasan lapangan
terbang Sungai Besi tanpa tender.Turut dibangkitkannya ialah "politik kotor" dalam isu berhubung rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga "cerita rekaan" terhadap anak ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Dakwaan berkenaan "disebar dan diulang oleh pemimpin kanan BN tanpa pemintaan maaf," kata Tian lagi pada sidang media tersebut
SATU LAGI BUKTI UMNO LEMAH
Kemelut dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada rakyat betapa
lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan
penting bagi masa depan negara.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kemelut PPSMI berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN sehinggakan sebuah badan NGO, Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) membuat ugutan kepada kerajaan.
“Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik. Rakyat melihat bila mana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.
"Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kecelaruan dasar BN, kata beliau telah mengakibatkan negara negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku,” kata beliau.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa keputusan terbaru kerajaan untuk memansuhkan PPSMI masih boleh berubah.
“Rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang,” sindir beliau.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.
"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," tegas beliau.

JANGAN TAK SABAR NAK JADIKAN MALAYSIA JAJAHANNYA SUDAH
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek berkata kerajaan Selangor telah memberi peruntukan
sebanyak RM5 juta untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang
disertai peninju Israel, Ilya Grad.
Sementara
kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti
kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu.
Ahmad Shabery berkata beliau membaca di portal berita Malaysiakini yang mengkritik beliau dengan hebat mengenai pertandingan tersebut anjuran persatuan Muay Thai itu.
Pada 28 Oktober lalu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung kehadiran Grad yang dikatakan telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.
Tidak dicop
Malah dakwa Mahfuz, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.
"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.
"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.
"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz .
Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Kibar bendera Israel
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.
Beliau
yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu
pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay
Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."
Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.
"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.
Sementara
kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti
kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu.
Ahmad Shabery berkata beliau membaca di portal berita Malaysiakini yang mengkritik beliau dengan hebat mengenai pertandingan tersebut anjuran persatuan Muay Thai itu.
Pada 28 Oktober lalu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung kehadiran Grad yang dikatakan telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.
Tidak dicop
Malah dakwa Mahfuz, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.
"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan."Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.
"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz .
Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Kibar bendera Israel
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.
Beliau
yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu
pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay
Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.
"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.
KOREA DAN GERMANY MAJU DENGAN BAHASA IBUNDA, NI NAK GUNA BAHASA BAPAK PENJAJAH PULAK HU HU HU?
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak
menjamin negara ini maju.
"Dasar Kerajaan Umno ni bila ada menteri baru datang, ada saja dasar baru dan cara sedemikian akan merosakkan masa depan anak bangsa kita. Dari awal lagi kita sudah menegaskan bahawa dasar ini sebenarnya tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju.
"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," jelasnya yang ditemui di parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.
Azmin turut membidas pimpinan Umno sekali lagi tidak langsung mahu buat sebarang rujukan bincang tentang perlaksanaan dasar PPSMI dan akhirnya tujuan untuk mewujudkan kontrak-kontrak bagi kroni-kroni mereka.
"Perlaksanaan dasar dalan negara sentiasa dibuat tergesa-gesa tanpa perbincangan menyeluruh terutamanya dengan pihak yang mempunyai kepakaran," ujarnya.
Menurutnya dasar itu dibuat tanpa perancangan yang teratur sebagai contoh guru-guru masih lagi tidak cekap dan tidak dihantar utk melatih lebih awal serta buku-buku teks yang tidak disiapkan.
Mengulas tentang Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) yang tidak bersetuju dengan pemansuhan dasar tersebut, Azmin memberitahu kerajaan perlu berbincang dengan badan tersebut agar mereka lebih memahami dan menerima perlaksanaan tersebut.
"Saya kira kementerian mesti bertanggungjawab untuk bertemu dengan semua pihak dalam mencari jalan penyelesaiannya. Ini kerana sebarang perancangan dasar mestilah dibuat secara terperinci dan tidak tergesa dan bukan kerana kepentingan politik tetapi kepentingan anak bangsa," sambungnya lagi
Azmin memberitahu setiap pihak mesti hormati pandangan mereka namun jika perancangan ini dibuat dari awal, supaya ada pertimbangan bagaimana dasar-dasar baru hendak dilaksanakan dan beliau pasti setiap pihak mesti akan bersetuju

LEMBU DAN MENTERI SAMA SAHAJA?
Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui
bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang
digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara
2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.
Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.
"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.
Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.
"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.
Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.
"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.
Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.
Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.
Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.
Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.
Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.
NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan."Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.
Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.
"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.
Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.
"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.
Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.
Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.
Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.
Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.
Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.
NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Langgan:
Catatan (Atom)