Kerajaan BN didesak menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dengan
terperinci warga negara asing turut didaftarkan sebagai pemilih dalam
pilihanraya di negara ini.
Tindakan tersebut dikesan dilakukan
dengan terancang oleh pihak-pihak tertentu sehingga menjadikan negara
ini berada dalam bahaya apabila masa depan negara berada dalam tangan
warganegara asing.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub
berkata, tindakan tersebut amat dikesali kerana ia jelas memperlihatkan
sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak terbabit terhadap negara.
Menurut
beliau, tindakan tersebut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit bagi
mencapai kemenangan dalam pillihanraya untuk terus kekal berkuasa demi
keuntungan dalam jangka masa pendek mereka.
Katanya, sebagai
warganegara, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan, sebaliknya
masing-masing mestilah berfikir dan bertindak secara rasional untuk
jangka masa panjang demi keselamatan negara.
"Untuk mengatasi
masalah itu, perlu ada satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat sepenuhnya
tentang warganegara asing yang turut didaftarkan sebagai pemilih,"
katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ketika berucap
membahaskan usul penambahbaikan proses pilihanraya yang dikemukakan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC), Datuk Seri
Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, beliau berkata, penyata yang
dikemukakan oleh jawatankuasa itu perlu diterima oleh kerajaan.
Menurutnya,
dalam penyata jawatankuasa itu dicadangkan penggunaan dakwat kekal
dalam pilihanraya, manakala cadangan itu pula menepati salah satu dari 8
tuntutan Bersih untuk dilaksanakan oleh SPR.
"Cadangan itu jelas
menafikan kenyataan SPR dan Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan
penggunaan dakwat kekal sebagai kolot dan tidak sesuai dilaksanakan
dalam pilihanraya," katanya yang juga Naib Prtesiden PAS.
Sejajar dengan perkembangan masa, beliau turut mendesak kerajaan menerima sistem dua parti untuk dilaksanakan di negara ini.
Beliau
juga mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media di negara ini bagi
kepentingan rakyat, setelah Kerajaan BN sekian lama membelenggu
pemikiran orang ramai dengan ketidakadilannya terhadap laporan-laporan
media.
"Suara generasi muda mesti didengar oleh kerajaan. Kita
harap media dalam pilihanraya umum ini bebas dan tidak lagi dibelenggu
dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh kerajaan," tambahnya.
PAS
dan Pakatan Rakyat, tegasnya, boleh menerima kekalahan dalam
pilihanraya sekiranya itulah yang dipilih oleh rakyat, dengan syarat
kerajaan tidak menyekat kebebasan media dan pilihanraya dilaksanakan
dengan bersih dan adil.
Beliau menyarankan kerajaan turut
mencontohi sebahagian langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan
Singapura berhubung perkara itu, sehingga menjadikan pilihanraya terbaru
di republik itu lebih baik berbanding sebelumnya.
MASIH ADA SINAR MENTARI UNTUK ESOK HARI..APAKAH ITU SEBABNYA KAU MASIH MENCARI? SEDANGKAN TAPAK PERJUANGAN TELAH TERSEDIA UNTUK KAU TEROKAI..AYO BANGKIT!!1 KITA TENTANG SEGALA KEZALIMAN TERUTAMA YANG DATANG DARI PEMERINTAHAN..KITA JIHAD DENGAN MENGATAKAN TIDAK DIHADAPAN PENGUASA YANG ZALIM!!!..FROM BAWEAN TERMENUNG
2011/12/01
BENARKAH BUNG MOKHTAR DESAK SHAHRIZAT LETAK JAWATAN?
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan
amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu,
Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.
Sambil
menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat
berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida
Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.
"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.
Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".
"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.
Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.
"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.
Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.
"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.
Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.
"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.
Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.
"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.
Sambil
menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat
berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida
Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli."Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.
Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".
"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.
Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.
"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.
Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya."Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.
Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.
"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.
Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.
"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.
PROJEC IC UNTUK MENANGKAN UMNO?
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)
mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam
laporan awalnya hari mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja
bagi menyiasat dakwaan warga asing diberikan kerakyatan membolehkan
mereka menjadi pengundi.
Dalam
laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak
aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri
awam di Kota Kinabalu minggu lalu.
"Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu.
Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.
Semasa inkuiri awam PSC, selama dua hari di Kota Kinabalu bermula 25 November lalu, kecuali Umno, semua wakil-wakil parti komponen BN dan pembangkang mendesak supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu.
Laporan
awal itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menjalankan pengesahan semua nama-nama dalam daftar pemilih di Sabah.
Bagi daftar pemilih yang lain, jawatankuasa itu mencadangkan supaya SPR melantik Mimos Berhad, sebuah agensi teknologi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjalankan audit dengan terma-terma rujukan berikut:
Dalam
laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak
aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri
awam di Kota Kinabalu minggu lalu."Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu.
Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.
Semasa inkuiri awam PSC, selama dua hari di Kota Kinabalu bermula 25 November lalu, kecuali Umno, semua wakil-wakil parti komponen BN dan pembangkang mendesak supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu.
Laporan
awal itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menjalankan pengesahan semua nama-nama dalam daftar pemilih di Sabah.Bagi daftar pemilih yang lain, jawatankuasa itu mencadangkan supaya SPR melantik Mimos Berhad, sebuah agensi teknologi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjalankan audit dengan terma-terma rujukan berikut:
- Dua orang dengan nombor kad pengenalan yang samaPengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih dalam daftar pemilih
- Pengundi berumur 90 dan ke atas
- Pengundi bukan tempatan
- Bilangan besar pengundi di alamat yang sama
- Pengundi yang telah hilang kelayakan untuk mengundi
SERVIS ORANG TUA
Umno ditegur supaya tidak terlalu mementingkan calon boleh menang
dalam pilihan raya umum akan datang kerana terdapat faktor lain yang
perlu diambil kira.
Suara yang 'menyongsang arus' itu kedengaran dalam sesi perbahasan dalam persidangan Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini.
"Orang lama pun boleh servis. Bukan calon winnable (boleh menang) saja perlu diambil kira, tetapi juga yang setia pada parti," kata wakil Sabah, Mohd Joh Wid.
Membandingkan dengan suasana waktu perang, beliau berkata pelbagai perkara perlu diambil kira dalam menangani pihak lawan.
Selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menegaskan perlunya calon boleh menang dalam pilihan raya akan datang, pemerhati politik berpandangan terdapat kerunsingan di kalangan calon lama yang mungkin tidak terpilih.
Sementara itu, wakil Perlis Mohd Mohsin Yusof berpendapat, perlu ada "perjanjian" dalam pilihan raya depan berhubung isu itu.
"Siapa pun calon kita terpaksa terima walaupun sakit sikit.
"Kalau boleh, adakan perjanjian, tak kira sama ada lisan atau bertulis, (supaya) yang penting menang. (Isu) yang lain kita jawab kemudian," katanya.
Sementara itu, perwakilan Johor, Mohd Fadil Muskon pula menyarankan Umno supaya turut mempertimbangkan soal calon yang layak di samping yang boleh menang.
"Calon boleh menang saja tak cukup. Kita juga kena ada qualified candidate (calon yang layak). Dengan kombinasi ini barulah kita akan berpeluang dalam pilihan raya akan datang," katanya
Suara yang 'menyongsang arus' itu kedengaran dalam sesi perbahasan dalam persidangan Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini."Orang lama pun boleh servis. Bukan calon winnable (boleh menang) saja perlu diambil kira, tetapi juga yang setia pada parti," kata wakil Sabah, Mohd Joh Wid.
Membandingkan dengan suasana waktu perang, beliau berkata pelbagai perkara perlu diambil kira dalam menangani pihak lawan.
Selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menegaskan perlunya calon boleh menang dalam pilihan raya akan datang, pemerhati politik berpandangan terdapat kerunsingan di kalangan calon lama yang mungkin tidak terpilih.
Sementara itu, wakil Perlis Mohd Mohsin Yusof berpendapat, perlu ada "perjanjian" dalam pilihan raya depan berhubung isu itu.
"Siapa pun calon kita terpaksa terima walaupun sakit sikit."Kalau boleh, adakan perjanjian, tak kira sama ada lisan atau bertulis, (supaya) yang penting menang. (Isu) yang lain kita jawab kemudian," katanya.
Sementara itu, perwakilan Johor, Mohd Fadil Muskon pula menyarankan Umno supaya turut mempertimbangkan soal calon yang layak di samping yang boleh menang.
"Calon boleh menang saja tak cukup. Kita juga kena ada qualified candidate (calon yang layak). Dengan kombinasi ini barulah kita akan berpeluang dalam pilihan raya akan datang," katanya
MUHYIDDIN TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI?
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan
ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang
sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat
sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.
"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.
"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.
DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.
PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan.
Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air.
"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.
"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)