gambar seribu makna.........anda tafsir sendirilah.. kalau benar pejuang islam..
MASIH ADA SINAR MENTARI UNTUK ESOK HARI..APAKAH ITU SEBABNYA KAU MASIH MENCARI? SEDANGKAN TAPAK PERJUANGAN TELAH TERSEDIA UNTUK KAU TEROKAI..AYO BANGKIT!!1 KITA TENTANG SEGALA KEZALIMAN TERUTAMA YANG DATANG DARI PEMERINTAHAN..KITA JIHAD DENGAN MENGATAKAN TIDAK DIHADAPAN PENGUASA YANG ZALIM!!!..FROM BAWEAN TERMENUNG
2011/12/31
Protes Akta Perhimpunan Aman 'naik' LRT
Dengan demonstrasi bakal diharamkan tidak lama lagi, kira-kira 60
orang menyertai satu protes terhadap Akta Perhimpunan Aman semasa
menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen KLCC.
Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.
Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy".
Pada 22 Disember lalu, Dewan Negara meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang mengharamkan demonstrasi jalanan.
Halangan terakhir ialah perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia tetap menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh sebulan walaupun tanpa mendapat perkenan diraja.
Protes hari ini merupakan kelima oleh killthebill.org sejak rang undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada bulan November.
Sebelum itu, penganjur protes tersebut, Wong Chin Huat secara berseloroh berkata dia kecewa kerana Ketua Polis Daerah Brickfield, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tidak berada di situ untuk menahannya.
Pada 14 Disember lalu, polis telah menahan kira-kira 15 pelajar apabila
mereka berhimpun di KL Sentral, menuntut kebebasan akademik.
Apabila tiba di KLCC, kumpulan itu bergerak menuju ke pusat membeli-belah sambil mengucap selamat Tahun Baru kepada orang ramai serta mengagihkan gula-gula.
Mereka kemudian makan di sebuah restoran tetapi ada yang kemudiannya diminta menunggu di luar, dan kemudiannya diminta beredar dari situ kerana "menghalang" pergerakan orang ramai.
Wong mendakwa, pemilik restoran agak baik tetapi dua orang lain daripada pengurusan KLCC memberinya arahan.
Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy".
Pada 22 Disember lalu, Dewan Negara meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang mengharamkan demonstrasi jalanan.
Halangan terakhir ialah perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia tetap menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh sebulan walaupun tanpa mendapat perkenan diraja.
Protes hari ini merupakan kelima oleh killthebill.org sejak rang undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada bulan November.
Sebelum itu, penganjur protes tersebut, Wong Chin Huat secara berseloroh berkata dia kecewa kerana Ketua Polis Daerah Brickfield, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tidak berada di situ untuk menahannya.
Pada 14 Disember lalu, polis telah menahan kira-kira 15 pelajar apabilamereka berhimpun di KL Sentral, menuntut kebebasan akademik.
Apabila tiba di KLCC, kumpulan itu bergerak menuju ke pusat membeli-belah sambil mengucap selamat Tahun Baru kepada orang ramai serta mengagihkan gula-gula.
Mereka kemudian makan di sebuah restoran tetapi ada yang kemudiannya diminta menunggu di luar, dan kemudiannya diminta beredar dari situ kerana "menghalang" pergerakan orang ramai.
Wong mendakwa, pemilik restoran agak baik tetapi dua orang lain daripada pengurusan KLCC memberinya arahan.
Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno
Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara
membabitkan kepimpinannya.
Beliau
berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk
menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.
Justeru,
katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini
Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau
menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan
beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di
Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini
semalam.
Sumbangan
kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk
yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar
miskin.
Ahli
Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti
hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.
“Tetapi
daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun
orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan
menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya
tiap-tiap bulan.
Beliau
turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana
Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa
kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.
“Begitu
juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya
terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu
‘diredakan’.
“Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada,” katanya.
AWAS PR:Gerakan S'gor yakin rampas 4 DUN, satu parlimen
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Selangor yakin dapat merampas
kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi
Parlimen di Selangor yang mereka tewas kepada pembangkang pada Pilihan
Raya Umum 2008.
Kawasan berkenaan ialah DUN Teratai, Bukit Lanjan, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta Parlimen Puchong.
Pengerusi Gerakan A.Kohilan Pillay berkata perkara ini didorong trend semasa pengundi di kawasan terbabit yang kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui Selangor selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri itu, yang berdepan pelbagai masalah sejak memerintah pada 2008.
"Segala persiapan parti kini berada pada tahap yang amat memuaskan, dan kami sudah bersedia untuk mengatur strategi baru bagi memenangi kembali hati rakyat di negeri ini.
"Saya akan memastikan jentera pilihan raya Gerakan Selangor sudah bersedia dan akan membuat segala perancangan terbaik dengan mengkaji pelbagai perkara supaya tiada lagi ruang untuk pembangkang secara berterusan melemparkan tuduhan terhadap Gerakan dan BN," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Kohilan Pillay, yang juga Timbalan Menteri Luar, menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucer tunai bernilai RM150 kepada 100 kanak-kanak terpilih di sekitar Puchong

Langgan:
Catatan (Atom)