Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno,
Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak
benar dan tersasar.
Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."
Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk 'Bersih 3 berniat kelirukan rakyat'.
"Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.
"Kenyataan
itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh
dikesali," kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Azmi
menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata
pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan
dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di
benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan
adil.
"Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi
mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan
sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi
hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini," katanya.
Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara.
"Saya
menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut
saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak
boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam
perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam,"
katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang
bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima
oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan
menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama
dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh
rakyat.
Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata,
tindakan sebegini tidak 'mengelirukan rakyat' bahkan akan mematangkan
lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini
dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang
korup dan zalim kepada rakyat.
0 komentar:
Catat Ulasan
NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!