Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
dicadang menimbang untuk mengambil tindakan termasuk menghalang Presiden
Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menjejakkan kaki ke negeri itu ekoran
keceluparannya mengkritik keputusan Sultan memperkenan Khalid memegang
portfolio agama negeri.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah
Husin berkata, keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu
penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua
Agama Islam di Selangor.
"Keputusan Tan Sri Khalid memegang
portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda
Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi
berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal
hal ehwal Islam.
"YAB Dato’ Menteri Besar amat memandang serius
tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi
terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak
Istana," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Selain
mempertikai portfolio agama yang dipegang Khalid, Ibrahim juga didakwa
menuduh pelantikan Menteri Besar sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan
menyemarakkan rumah maksiat di Selangor.
Menyifatkan tuduhan itu
keterlaluan, Faekah berkata tindakan Ibrahim itu tidak lebih untuk
menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang
mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena
politik tanahair.
"Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan
kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral,
termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.
"Menuduh
bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas
perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama
tersebut termasuk baginda Sultan," jelasnya lagi.
Menurut Faekah
lagi, Ibrahim sewajarnya sedar diri kerana rakyat tidak pernah lupa
bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu
memberi beliau tiket bertanding pada 2008.
Dan hari ini pula
katanya, Ibrahim terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang
bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai
sebarang kredibiliti.
"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik
akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup
mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak
oleh Umno," tegasnya.
Selaku umat Islam, Ibrahim ujarnya lagi
seharusnya mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati
hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi
aman sejahtera dan diampuni Allah swt.
"Sebaliknya, beliau
sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan
yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap
tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah.
"Ini merupakan
penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali
dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," tegasnya.
Assalamualaikum...
BalasPadamMohon saudara link kan blog http://inderasipejuang.blogspot.com/ demi menyemarakan perang alam maya bagi mencari kebenaran... Terima kasih
BUKAN TAKUT... TAPI DAH NAIK MELUAT DAN NAK TERMUNTAH..... SEBELUM TERMUNTAH SEMUA RAKYAT SELANGOR, LEBIH BAIK BERAHIM KATAK NI JANGAN MASUK, SEBAB BAU HANYIR PADA BADANNYA TAK SANGGUP DITANGGUNG LAGI... PERGI MAMPOS LAGI BAIKKKKKKKK.....!!!!!!
BalasPadam