2012/01/29

MB KEDAH NI MEMUALKAN JUGA?

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia dipecat berikutan tindakan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sehingga mencetuskan kontroversi dalam pakatan pembangkang

Azizan berkata, beliau tidak takut dan sesiapa yang mengkritiknya harus belajar undang-undang terlebih dahulu, lapor Berita Minggu.

Pemimpin PAS itu menjelaskan, AUKU masih terpakai di KUIN kerana institut pengajian tinggi itu tertakluk kepada peraturan Menteri Pengajian Tinggi, termasuk harus melaksanakan akta kontroversi itu.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, termasuk NGO, kumpulan pelajar dan daripada dalam Pakatan Rakyat sendiri apabila Azizan didakwa mengetepikan persetujuan bersama dalam Buku Jingga yang mahu menghapuskan akta itu.

6 komentar:

  1. menteri kedah ini bodoh..

    wajar dipecat.

    YB Datuk Saifudin Nasution wajar dipaksa bertanding di DUN LUNAS semula, dan dilantik jadi MB Kedah yang baru..

    BalasPadam
  2. kalau nak komen biar ikhlas. letak nama biar betul, email add... kalau dekat tulis tu penakut @ penfitnah nama dia....tak kira hangpa nak tulis apa-apapun. oky....

    BalasPadam
  3. Dalam masa kita semua sepatutnya bersatu hati dan bergabung tenaga untuk menumbangkan rejim UMNO-BN, isu-isu sebegini tidak sepatutnya dipanjang lebarkan. Ustaz Azizan sebagai pemimpin kena berjiwa besar dan merendah diri dalam menangani isu ini, manakala puak-puak blogger terutamanya tidak sepatutnya menghangatkan lagi isu ini dengan tajuk-tajuk entri yang sensasi. Isu ini hanyalah isu picisan, tak sepatutnya kedengaran suara menggesa Ustaz Azizan meletak jawatan dan sebagainya. Ustaz Azizan pulak tak perlulah nak melayan segala persoalan ini dengan cara seolah-olah dia seorang saja yang betul. Kadang-kadang kita perlu mengalah mengikut rentak dan situasi kerana mengalah itu tak bermakna kalah. Kalau terlanjur kata mohon maaf sahaja kerana perkataan maaf dari seorang pemimpin kepada rakyat akan lebih memuliakan pemimpin tersebut! Jadi semua pihak haruslah 'islah' diri tentang halatuju perjuangan kita yang sebenarnya.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu komen en.naza. Sudah la berdamai la. Jom bersatu sapu yang satu,

      Padam
    2. jgn masuk campur urusan kuin laaa...biar pengurusan kuin uruskan budak2 nya... gantung ka amaran ka itu hak nya...yg diluar dok kecoh pasai apa...rumah tangga kuin biar dia uruskan...kita urus kan rumah tangga kita...para pelajar belajar lah..itu tugas utama anda... bab bangunan ..bilik kuliah biar pengurusan tetapkan..di mana ditetapkan belajar la...selagi tak mengganggu pembelajaran...nak demo pun tengok perkara la beb...takat bilik kuliah bangunan tu tak usah lah...

      Padam
  4. Isu kuin ini terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan isu-isu lain di Kedah mahu pun di peringkat negara. Jangan kita terlalu membesarkan isu ini kerana ini adalah isu dalaman pihak pengurusan Kuin. Mana-mana pelajar yang melanggar peraturan mesti diambil tindakan. Ni dah terbukti kat mana-mana universiti pun. Masalah AUKU memang semua orang tidak puas hati.. Namun isunya bukan isu besar. Ia hanyalah melibatkan kes bangunan sahaja. Bukan melibatkan wang PTPTN pelajar..harta pelajar.. atau barang peribadi pelajar yang berkaitan dengan pengajian mereka. Ini berkaitan bangunan sahaja. Isu ini pun nak diperbesarkan ke...sehingga MB Kedah kena ambil bahagian. Biar pengurusan dan Rektor KUIN sahaja yang menyelesaikan nya...isu kecil sahaja..Budak2 tu bukan di buang pengajian tetapi digantung sahaja.
    Tugas pelajar belajar..tugas Pengurusan KUIN adalah menguruskan KUIN...walau diletak bangunan mana pun belajar lah...jgn banyak songeh sgt... Semua pihak kena bijak tika dan saat menghadapi PRU berbagai soalan dan pertanyaan perangkap.

    BalasPadam

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!