Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan
tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman
pelbagai pihak.
Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu
seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang
memansuhkan akta itu.
"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa
tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk
menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan
mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.
Menurut
kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk
dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap
ofensif menghadapinya.
"Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi.
Mei
lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh
menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan
sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang
menggunakan bangunan tahfiz.
Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.
Sebelum
ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan
Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun
menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu.
kenapa lah azizan ni.................................tunjuk keras kepala dia pulak. ni sekor lagi asan ali ni........aku dah naik menyampah dah ni.
BalasPadamkenapa lah azizan ni.................................tunjuk keras kepala dia pulak. ni sekor lagi asan ali ni........aku dah naik menyampah dah ni.
BalasPadam