Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertikaikan tindakan pihak yang mengecamnya
sebelum ini kerana mengulas titah Sultan Selangor tetapi berdiam diri
terhadap pendapat kontroversi sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim baru-baru
ini.
"Khoo buat hal lagi; hari itu dia kata Malaysia tak pernah
dijajah (yang kemudian diikuti oleh Zainal Kling). Hari ini dia kata
Hang Tuah tak pernah wujud.
"Di mana PERKASA? Mana Ezam? Kenapa tak buat repot polis?" soal bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa itu.
Khoo
sebelum ini dilaporkan berkata berkata tiada bukti dan rekod tentang
kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang
dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.
Manakala
Aziz pula dikecam hebat atas kenyataannya bahawa Sultan Selangor
Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur
tangan dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) tetapi ia perlu
selaras dengan ajaran Islam.
Selepas Senator Mohd Ezam Noor
membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan menghina sultan, beliau
menghadapi pelbagai tindakan, termasuklah disiasat pihak berkuasa dan
diberikan surat tunjuk sebab oleh universiti.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Aziz memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik.
"Saya
hormati sikap mereka; tetapi kalau mereka benar-benar menerima
kebebasan akademik Umno-BN harus terima juga komen saya ke atas Sultan
Selangor?
"Betul atau tidak pendapat saya itu ia adalah natijah
ilmu dan kepakaran saya; seperti juga Khoo Kay Kim dan Zainal Kling,"
katanya.
0 komentar:
Catat Ulasan
NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!