2012/01/30

SILAHKAN HASSAN ALI DEDAHKAN KEBURUKAN PAS KAMI TETAP PATUH DENGAN TOK GURU

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONEKatanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggesa Abdul Hadi supaya tidak berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Beliau menggambarkan pemimpin kanan PAS itu sebagai aset.

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara sinis 'mempersilakan' bekas exco kerajaan Selangor, Datuk Hasan Ali untuk terus memburuk-burukkan parti itu kepada umum.

azlan"Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan.

"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap PAS," kata Harun (atas, kiri) dipetik akhbar milik Umno itu.

Harun, sebelum ini dianggap sebagai sekutu Hasan kerana mempertahankan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu sebelum beliau dipecat.

2 komentar:

  1. hasan ali adalah satu lagi contoh makhluk yang bodoh sombong dan bongkak.spesis sebegini yang kononnya berjuang untuk islam....pirah mabuk

    BalasPadam
  2. Sebaiknya Hassan Ali harus duduk dan berfikir sejenak. Tanya diri sendiri apa yang sudah aku dan sedang aku lakukan ini. Apakah aku meletak jawatan aku atau aku sendiri keluar dari menjadi ahli PAS atau aku dipecat dan ditolak dari menjadi ahli PAS?. Nyata aku dipecat dan aku ditolak keanggotaan aku. Aku bukan dengan rela melepaskan jawatan aku ataupun keluar sendiri dari menjadi ahli PAS. Jadi, apa maknanya aku berkata buruk dan macam2 terhadap PAS dan DSAI setelah aku dipecat? Cuba jika aku tak dipecat...nescaya aku kata PAS lah parti dunia dan akhirat dan DSAI lah calon PM yang sebenarnya...mengapa aku tak cakap PAS ni parti tak betul atau DSAI pembohong sewaktu sebelum aku dipecat...tapi hanya selepas aku dipecat baru aku nak kata perkara bukan2 ini...betul ker aku ni ha? boleh ker aku jadi pemimpin kalau sikap aku begini ha? Allah terima kah aku ha sebab memburukkan saudara seagama aku?

    BalasPadam

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!