PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang
RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini
adalah wang dari kocek parti itu.
Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang
rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.
"Umno
jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno.
Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah
pemberian Umno BN.
"Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.
Kain-kain
rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang
diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit
Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.
"Semua
rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang
Umno," tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk
memikat hati rakyat di musim pilihanraya.
Katanya, rakyat perlu
sedar bahawa pemberian terbaru itu hanya diberi setelah 55 tahun Umno BN
berkuasa dan setelah nyawa mereka di hujung tanduk.
"Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno BN untuk memberinya.
"Keadaan
yang sama juga berlaku di Terengganu, walaupun minyak ditemui sejak
tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila
PAS memerintah Terengganu 1999," jelasnya lagi.
Menurutnya lagi,
rakyat harus sedar bahawa Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran
yang telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, walaupun
mengalami kekangan kewangan.
Dengan prinsip penjimatan dan bebas rasuah, rakyat kini selesa di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sebelum ini.
"Umno terpaksa ikut (tawaran PR), jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN.
"Sebelum
jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurangnya
generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah
memberi wang RM500 setelah 55 tahun merdeka," sindirnya.
UMNO mana ada duit yang ada ialah pemimpin dan kroni yang kaya raya..Duit yang diberi BR1M itu ialah duit rakyat yang bayar cukai yang dibentangkan dalam bajet 2012 ada faham......itu pun pinjam tah dari mana...
BalasPadam