Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan
(ANAK) Mazlan Aliman berkata tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat -
Kedah, Selangor dan Kelantan- tidak akan menandatangani perjanjian untuk
menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture (FGV).
"Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture," kata Mazlan dalam sidang media.
Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaacop yang turut hadir menjelaskan perjanjian tanah untuk mendapat hak milik perlu mendapat kelulusan menteri besar.
"Jadi Felda Global Venture kena jumpa MB kerana ia berada di bawah kuasa MB," katanya.
Menurut Mazlan lagi, pendirian tidak akan menyerahkan tanah Felda kepada FGV telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS pusat bulan lalu bagi negeri yang diperintah parti itu - Kedah dan Kelantan.
Manakala bagi Selangor, katanya, beliau telah memanjang perkara itu kepad Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui wakil PAS di negeri itu.
Ketika dihubungi kemudiannya, Mazlan berkata, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerui Biro Felda PKR, Suhaimi Said, yang memanjang perkara itu kepada menteri besar.
Mazlan berkata, beliau telah dimaklum bahawa menteri besar Selangor memang mengambil pendirian yang sama.
Mazlan juga berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri.
Malah, kata Mazlan, di negeri-negeri yang ditadbir BN, setahunya, belum ada yang menandatanganinya walaupun difahamkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob "memberi respon positif" berhubung perkara itu.
"Kita akan desak supaya beliau jangan tandatangani (perjanjian itu)," katanya.

Bila FELDA masuk saham pasaran terbuka, maka kita akan lihat lah akibatnya sepertimana BERNAS. Kini dimiliki hampir sepenuhnya oleh orang bukan bumiputera. Hak exclusive kerajaan dan bumiputera terhapus sama sekali sebab telah di beli dan dimiliki oleh golongan lain.
BalasPadamNama saja BERNAS tapi, siapa pemiliknya?
Nama saja FELDA tapi akan lihat siapa pemiliknya????
Penoroka2 hanya MINORITI kecil dalam FELDA dan inbi boleh di exploitasikan dimana akhirnya dimiliki oleh orang lain. PERCAYAlah.....sebab ini adalah pasaran terbuka (open market)
kat negeri yg lain cam mana kalau kita tak nak sebab kat felda tu kan ramai belaci um nooooooooo
BalasPadamAmbo setuju sangat dengan penjelasan pihak tuan...BERNAS suatu waktu dahulu semasa diswastakan ...mereka menfaraidkan saham sesama mereka tanpa bayaran pun...bila dah dapat...mereka tunggu beberapa ketika untuk jual mendapatkan duit dengan mudah...antara pemegang saham BERNAS yang besar juga sewaktu dahulu ilh DS Shahidan Bin Kasim bekas MB perlis...perjuangan memertabatkan Melayu konon...habis harta negara dijual mereka...bila nak dapat pula...kempen la bagai nak rak untuk melindungi hak Melayu konon...hancussss
BalasPadamkesiannya peneroka2 yg diputarbelitkan oleh umno dan kroni2 dia tu..kononnya umno kata durian runtuh utk peneroka, sedangkan kulit2 duri yg kena kepala peneroka2 itu..apa jd kwn2 difelda senayan dan labu jaya tu...tanah habis, duit ntah kemana
BalasPadam