Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu
menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ditanya dalam sidang media
lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno
di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk
T yang membuat dakwaan itu.
"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.
Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.
"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.
Semalam,
'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya
adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".
Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia
- salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari
PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan
pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
Shuib berkata
beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh
seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.
Shuib
menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua
menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana
penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam
video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.
Sementara itu, Bernama
melaporkan, bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Najib berkata Umno
akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti
sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan bagi memantau dan
mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati
melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti.
Beliau
yang juga presidennya Umno berkata ini merupakan kali pertama Umno
melaksanakan langkah tersebut kerana sebelum ini Jawatankuasa Disiplin
hanya digerakkan selepas pilihan raya berakhir .
"Ada cadangan
jawatankuasa ini digerakkan lebih awal agar ia boleh memerhati dan
mengambil tindakan awal jika ada jentera parti yang melanggar peraturan
dan etika.
"Dalam setiap pilihan raya memang ada masalah
terutamanya dalam parti besar...ini bukan perkara baru. Mesti ada
kelakuan yang bertentangan. Mungkin ada yang tak dapat jadi calon tidak
puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti.
"Jadi eloklah kita ambil tindakan awal pastikan disiplin parti terpelihara,"
katanya .
Perdana
Menteri berkata Jawatankuasa Disiplin merupakan satu mekanisme yang
sedia wujud dalam parti dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan
terhadap sebarang salah laku dalam parti.
"Kita tak nak
berlakunya sesuatu selepas pilihan raya kerana kesan sudah
berlaku...jadi lebih baik kita bersikap proaktif. Ini mekanisme yang ada
pada kita. Kalau ada apa-apa, jawatakuasa yang akan ambil tindakan.
Apa-apa tindakan akan ada proses yang adil. Apa-apa aduan akan bawa
kepada jawatankuasa," katanya.
Mengenai persiapan parti
menghadapi PRU ke-13, Najib berkata jentera parti berada dalam keadaan
bersedia namun mengingatkan langkah-langkah berterusan harus
ditingkatkan untuk memastikan segala tugas dan arahan yang diberikan
dilaksanakan sepenuhnya.
Dalam pada itu, Najib berkata mesyuarat itu turut membincangkan
mengenai
keberkesanan perjalanan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di mana
ahli parti bersetuju proses penentuan perlu dilakukan untuk memastikan
semua yang layak mendapat faedah dan tidak ada yang tertinggal daripada
menerima bantuan tersebut.
Menerusi program BR1M, yang
diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, bantuan
kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah erpendapatan RM3,000
sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.
Beliau
berkata mesyuarat turut bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk
mengkaji semula perlaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
bagi memastikan pelaksanaannya memberi kepuasan penuh kepada semua
pegawai dan kakitangan awam.
Kenyataan Media Anwar Ibrahim
BalasPadambaca di sini - http://greenboc.blogspot.com/2012/01/video-seks-ii-dimana-sebenarnya-anwar.html
BalasPadam