Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan
Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi
dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.
Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
"Kalau
ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau
mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik,"
katanya.
Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.
Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.
Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.
Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.
Serang Anwar
Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."
Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.
"Bahaya
orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah.
Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh,"
katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira
1,000 orang yang hadir.
Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.
"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."
Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.
"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.
"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.
Katanya
lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh
berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau
nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."
"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.
Bekas
timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama
yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau
tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.
Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
"Kalau
ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau
mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik,"
katanya.Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.
Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.
Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.
Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.
Serang Anwar
Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."
Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.
"Bahaya
orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah.
Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh,"
katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira
1,000 orang yang hadir.Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.
"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."
Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.
"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.
"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.
Katanya
lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh
berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau
nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu.""DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.
Bekas
timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama
yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau
tidak boleh menerima saranan tersebut."Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.
kalau nak bercakap pasal islam.... lupakan bangsa membangsa.... barulah islam boleh berkembang... ini ashik takut menakutkan dengan perkara yang tak pasti buat apa... kalau malaysia nak jadi republik pun apa masalahnya.... sedangkan selama ini majoriti pemimpin yang dikatakan islam pun, perkembangan islam dok kat situ aje... belajar takhfiz pun untuk orang kaya aje... orang miskin tak mampu... mahal... nak pergi kuliah agama percuma pun nak kena pastikan guru kena ada surat tauliah... kalau nak panggil guru yang ada surat tauliah pulak kena bayar... pada budak hasan ni berhentilah membuka pekung diri sendiri.. lebih banyak awak bercakap lebih banyak keburukan dirimu terserlah...
BalasPadamBetul tu. Mana satu yg hasan ali ni nak perjuangkan sebenarnya Islam atau melayu. Habis yg bukan melayu tapi Islam mcmmana plak. Takan dia jadi warga kelas dua dlm sebuah negara yg kononnya Islam. Susah gak org yg perasan dia sorang je ada PHD. Pulak tu yg di tegur cuma PR je, UMNO dia tak tegur plak. Hal2 yg berkaitan dgn negara republik, agen Israel dan bla bla bla dia sendiri cakap ada org bagitau dia. Ada yg sampaikan maklumat. Abis mcm tu je dia senang2 buat konklusi bahawa benda2 tu benar. Kalau gua ckp bahawa Hasan Ali ni bangang dan beli je PHD tu sbb ada org bagitau gua, mcmmana?. Nak gua kutuk lebeh2 gua cuma takat upsr je....hahaha....tapi ye la, Hasan ali telah keluar dr kempompong dia dan mengzahirkan watak sebenar dia. Well...sapa2 nak jadi pengikut Hasan Ali ni silakan semoga kamu semua boleh kenal dia lebeh dekat lagi....hahaha...pastu lu org jgn kutuk dia plak....hahaha
Padamwlpun pemahaman islam sy tak sehebat DR HASSAN ALI,tapi sy tetap yakin pegangan islam yg parti Pas perjuangkan tdak tergelincir dr landasan.so apa slhnya kt ikut.kalu ada problem pun slh ka guna saluran btl untuk berbincang dn lebih betul ka apa yg DR nak pejuangkan itu??????
BalasPadamkalu btl lah tindakan 2 org Tok Guru Pas yg pakai serban tu salah pecat DR HA maka sy nak bg tau sy tak sokong dh Pas lepas ni.Tp kalu btl la apa yg DR HA buat selama ni slh maka sy nak kata kesian sungguh PHD yg DR Ha miliki KERANA???? org islam yg hanya sekadar sijil PMR kalu dia ada TAQWA dia tak buat mcm apa yang DR HA buat.maka fikir2kan lah dan renung2kan lah.
BalasPadamSekiranya Dr Hassan ikhlas perjuangkan akidah islam, tak perlulah dia mengungkit dan menyebut-yebut org yg dia tak suka samada dlm parti PAS, PKR, DAP atau UMNO. Sebagai pemimpin islam sejati matlamat beliau adalah jelas: menghimpunkan rakyat beragama islam untuk mentauhidkan Allah s.w.t dan memohon kepada Nya agar Malaysia ini terhindar daripada orang2 yang ingin menzalimi agama Islam..Mudahan-mudahan Allah SWT akan membantu beliau..tetapi sekiranya Dr Hassan Ali meneruskan ceramah beliau dengan ceramah politik bermakna Ada Udang Disebalik Mee Rebus...fikir, fikir kanlahh
BalasPadamHASSAN AKIDAH gila meroyan...
BalasPadamhahaha melalak lah ko assang....mcm lah blh jadi kudis pd pas. lg lama ko melalak lg menyampah org pd ko.
BalasPadamsemasa nama sdg menaik, bkn main manis mulut ko yer. bila dah tak dpt jawatan baru nak bising2 mengeluarkan bau busuk hati peut ko. semua org salah...ko jer yg betul.
melalak lah ko sampai menanah tonsil ko....org ketawa sinis jer dan faham benar inilah org yg dah x siuman.
semoga ko dipanjangkan umor tuk melihat keputusan pru13 nanti....insyallah islam dibawh pimpinan pas akan menyerlah dgn megahnya memayungi ummah di jalan yg diredhai allah. selepas pru13 nnt selamat mampus lah ko.
Weiiiii...
BalasPadamAku yang ada sijil SRP pun aku tak bangga.
4X tau aku ambil sijil tu...4X..!!!
Mana ada rakyat kat Malaysia macam aku??
Apara punya manusia.
Setakat PHD Hassan Aqidah tu apa yang ada????
khalid alwalid kena pecat tengah perang pun masih berperang ni hasan aqidah jati belum berang kena pecat dah jadi sasau..
BalasPadam