Saya
dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat
dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan
di Dataran Merdeka.
Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini.
Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.
Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini.
Tulisan ini pada asalnya disiarkan di blog singaselatan.blogspot.com dan disiarkan semula sebagai ulasan di laman Malaysiakini.
Ia merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Tindakan penulis yang mengibarkan bendera tersebut ketika sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lalu menimbulkan kontroversi dan perhatian sesetengah pihak.
Keadaan ini boleh dilihat melalui kenyataan yang dilaporkan hari ini, antara lainnya oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

.
BalasPadam(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.
Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?
Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.
Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.
(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')
yang terbaru adalah SYRIA....menukarkan jalur merah ke warna hijau...
BalasPadamHello bos! UMNGOK nie bukankah pencacai Inggeris. Anak didik Inggeris dan yang sama waktu dengannya. Kalah di Perang Salib, datang jajah tanah tanah orang Islam. Kanun tanah dan laut yang cenderoing kepada Islam di amalkan di Melaka di hapuskan. Digantikan dengan civil law acuan orang putih...UMNGOK pertahankan. So...mana nak laksanakan Hudud. Nak cari mampus!! Sejarah dipurtar belitkan. Macamlah UMNGOK saja yang perjuangkan. Putera dan puteri UMNGOk mamang suka gedik...so...faham faham ajelah.
BalasPadamHaram Jadah!! Phuuuuuiiiit!!
sokonglah pkr jadi perampuan kita hapus,lelaki jadi serba bolih makluk dua alam,jadi perampuan dan lelaki jimat segala2
Padamsatu pendedahan yg menarik tentang sejarah jalur gemilang .... bukankah PM dan Rais sendiri yg meminta rakyat supaya tidak buta sejarah?
BalasPadamjalur gemilang sendiri pernah dipinda dengan ditambah jalur dan pecahan bintang nya dari 11 kepada 14 berikutan penggabungan sabah, serawak dan singapura pada tahun 1963
BalasPadamIran pun telah menukar bendera kebangsaannya selepas berlaku revolusi Islan dan Saddam Hussim telah mengubah suai bendera Irag dengan menambah kalimah Allah Huakbar pada bendera tersebut
BalasPadamDi Malaysia Negeri Serawak, sabah dan Pulau Pinang pun telah menukar atau mengubah suai bendera lama kepada yang ada sekarang
BalasPadamBukan setakat bendera saja tetapi lagu kebangsaan Negara Ku pun pernah ditukar rentaknya kepada rentak march..tapi sekarang dikembalikan semula kepada rentak lama..entah mengapa tak tahulah..boleh ditukar sesuka hati jer....
BalasPadamBendera Negeri Terengganu telah bertukar bentuk beberapa kali sejak zaman pemerintahan sultan Zainal Abidin III.... dan semasa YB Idris Jusoh menjadi menteri besar ada ura ura untuk menukar wajah bendera negeri..tetapi tak jadi kerana mendapat bantahan ramai
BalasPadamOrang Melayu kini berada di zon selesa kerana menjadi tidak sedar diri akibat tidak tahu mengenang akan jerih payah pimpinan negara dan generasi terdahulu membangunkan negara ini hingga generasi muda kini dapat mengecapi kemakmuran yang sangat drastik dicapai oleh negara ini. Pimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang berwawasan tinggi, berpandangan jauh, gigih berusaha dan mempunyai pemikiran yang murni telah berjaya untuk memajukan Malaysia hingga seperti hari ini.
BalasPadamKalaulah pimpinan Barisan Nasional bersikap seperti sikap pimpinan Penipu Rakyat yang setiap hari berpolitik di sana sini untuk menghasut rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan, jangan haraplah negara ini akan maju seperti hari ini. Saya tidak melihat gaya politik Penipu Rakyat boleh memajukan negara ini, kerana mana ada negara yang maju dengan berpolitik siang malam setiap hari dengan berceramah maki hamun, menghasut di sana sini dengan tuduhan palsu, berdemontrasi liar di sana sini, menipu masyarakat, menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik, itu semua tidak membantu negara untuk maju, itu hanya menyebabkan kerosakkan kepada negara, kerosakkan kepada masyarakat sajalah.
Lihatlah betapa tidak berwawasannya pimpinan Penipu Rakyat, hingga nak buat lebuhraya pun mintak sedekah ke hulu ke hilir, walaupun mereka kata mereka tak akan kenakan tol kepada pengguna lebuhraya itu, tapi kos pembinaan lebuhraya itu termasuk untung untuk syarikat pembinanya iaitu Baldah Thoiyibah adalah dikutip dari orang ramai. Sikap ini adalah tidak bertanggungjawab, kerana di manakah kualiti sesebuah kerajaan itu hingga mengemis untuk membuat pembangunan? Jika mereka jadi kerajaan, selepas habis dana negara digunakan untuk membiayai dasar-dasar bodoh mereka dalam Buku Jingga, maka mereka akan mengemis di sana sini untuk membuat pembangunan, malahan kalau tidak dapat apakah aset-aset negara akan dijual sebagaimana yang berlaku di Greece yang bankrap akibat dasar seperti Buku Jingga hingga akhirnya negara itu mengalami krisis kewangan yang sangat dahsyat hingga terpaksa memberhentikan sejumlah besar kakitangan awam, mengurangkan pembangunan secara mendadak, malahan hingga terpaksa menjual aset-aset negara termasuk pulau-pulau kepada pihak asing. Rakyat jangan terpesona dengan janji manis yang tidak berpijak di bumi nyata, kerana pengurusan negara bukanlah seperti pengurusan kedai runcit atau pengurusan gerai goreng pisang kalau tak jadi boleh tutup perniagaan, apakah negara ini perlu dikorbankan akibat sangat terdesak hendak meraih undi?
Bersambung................
Sambungan.......
BalasPadamBerbalik kepada gelagat generasi muda Melayu yang menjadi tidak sedar diri mempertikaikan kerajaan akibat kegagalan orang Melayu sendiri yang tidak tahu menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Ramai orang Melayu menuding jari kegagalan orang Melayu kepada pihak kerajaan, sedangkan kegagalan orang Melayu itu akibat orang Melayu tida tahu menilai ruang dan peluang yang ada yang terhampar luas hinggakan orang lain berjaya mengaut kebanyakkan ruang dan peluang itu, dan sedikit sahaja oleh orang Melayu, itu pun bagi orang Melayu yang gigih dan tahu menghargai ruang dan peluang itu, serta dengan bantuan kerajaan yang mendapatkan bahagian untuk bumiputera melalui syarikat berkaitan kerajaan. Orang Melayu diberikan berbagai peluang, tapi tidak menghargainya, lihatlah, berbagai latihan keusahawanan kepada generasi muda bumiputera, lepas habis belajar, mereka bukannya nak berusaha untuk jadi usahawan, tapi mengganggur dengan mengharapkan kerja dengan orang lain. Begitu juga dengan lepasan universiti, tidak mahu berusaha untuk berjaya, tapi sibuk berdemontrasi liar di sana sini mengutuk kerajaan kononnya tidak tidak membantu mereka, sedarlah, mereka berada di universiti pun sudah besar rahmat, kerana kalau dari kelayakan mengikut merti, mereka tidak layak, tapi kerana adanya dasar kerajaan berkaitan kuota di universiti maka mereka ini diterima masuk dan diberikan pelajaran dengan berbagai bantuan. Tapi malangnya ada juga yang menerima ihsan ini tidak sedar diri, diterima masuk ke univesiti, tapi mereka tidak bersungguh untuk belajar, tapi sibuk dengan anasir luar yang menggunakan pelajar kampus untuk kepentingan politik mereka. Melihat gelagat mahasiswa dan mahasiswi yang tidak tahu malu berdemontrasi liar di sana sini menghentam kerajaan adalah sangat memalukan, tetapi mereka tidak sedar diri dan tidak tahu malu maka mereka tidak ambil berat akan hal ini. Mereka hanya akan gelabah dan jadi keliru bila mereka gagal dalam pengajian serta sekadar kelulusan cukup makan iaitu pointer 2.0 dan kurang dari 2.5 selepas tamat pengajian, dengan kelayakan gred 3 sebegini mereka tidak dipandang sangat dalam bidang pekerjaan kerana kualiti yang rendah dalam kelayakan akademik. Bila mereka gagal dalam mencari pekerjaan atau mendapatkan kerjaya, maka mereka akan bersekongkol dengan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengecam dan mengutuk kerajaan sedangkan perbuatan mereka itu tidak akan ke mana-mana pun malahan akan memburukkan lagi keadaan mereka yang dilabel sebagai golongan jalanan yang tidak layak dalam bidang pekerjaan, kerana mana ada majikan nak ambik pekerja yang kurang ajar dan suka melawan sebegitu?
Sambungan.............
BalasPadamOrang Melayu perlu sedar diri, perlu sedar asal usul mereka, terutama yang berasal dari keluarga susah, kerana kalau kita sedar diri, kita akan berusaha untuk berjaya, kalau tidak sedar diri akan berseronok tidak tentu arah hingga akhirnya menempuh kegagalan. Kepada golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi, saya juga berasal dari keluarga susah, keluarga berpendapatan kecil, ke sekolah pun jalan kaki saja di sekolah rendah, semasa di sekolah menengah pula perlu berjalan kaki sekurang-kurangnya hampir satu kilometer untuk naik bas ke sekolah. Saya semasa di sekolah menengah tidaklah peduli sangat dengan pelajaran, tetapi syukurlah saya berjaya ke universiti. Semasa di universiti, saya terkejut dengan keadaan yang baru, saya pada mulanya berasa saya akan gagal kerana di universiti saya belajar itu bahasa pengantarnya sepenuhnya Inggeris, sebagai anak kampung yang tak reti sangat bahasa Inggeris risau akan keadaan ini. Tetapi apabila peperiksaan semester pertama saya hanya gagal satu mata pelajaran sahaja, ini telah menaikkan semangat saya untuk belajar, sanggup mengalihkan perkataan bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu di nota-nota pengajian, membaca bahan bacaan Inggeris dengan bantuan kamus, akhirnya dalam tempoh satu semester saja saya berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan agak baik. Semester yang seterusnya saya berjaya melalui peperiksaan dan berjaya dengan agak baik. Syukurlah sekarang ini saya berjaya menjawat jawatan yang baik dalam sebuah jabatan kerajaan walaupun hanya bermula dengan gred rendah, tapi akhirnya naik gred ke peringkat sederhana.
Manusia perlu berusaha untuk berjaya, tidak ada jalan pintas untuk kejayaan, sebab itulah kalau kita lihat para penjudi banyak yang papa kedana akibat hendak senang cepat, akhirnya jadi pada kedana, malahan yang dahulunya kaya raya pun jadi papa kedana akibat berjudi. Orang Melayu, terutama generasi muda perlu mengambil iktibar akan segala peristiwa di sekeliling kita, banyak teladan yang boleh diambil untuk berjaya. Saya sendiri belajar dari peristiwa di sekeliling untuk mencapai keadaan sekarang ini. Kita perlu banyak membaca, mengkaji, dan menilai sesuatu perkara dengan mendalam untuk mencari kebenaran. Sebab itulah saya tidak terpesona dengan janji Buku Jingga yang pada kajian saya melihat kepada kegagalan negara-negara seperti Grecee, Italy, Ireland, Portugal dan beberapa lagi yang mengalami masalah akibat dasar yang tidak tentu arah yang hanya memberikan kesenangan jangka pendek, tapi kesengsaraan jangka panjang.
Apa pun, orang Melayu terutama generasi muda perlu menoleh ke belakang untuk berjaya, bukanlah menoleh ke belakang sentiasa, tapi menoleh ke belakang untuk melihat dan mengambil iktibar peristiwa lepas untuk dijadikan teladan dan panduan dalam berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan. Kerana peristiwa dalam kehidupan manusia adalah berulang, itulah pentingnya kita melihat ke belakang seketika untuk mendapatkan iktibar dan panduan bagi menguruskan masalah yang kita ada sekarang ini supaya kegagalan di masa lepas tidak berulang lagi.
Seseorang itu tidak akan berjaya tanpa berusaha, usaha gigih adalah perlu, jangan terlalu berasa selesa dengan bantuan yang ada kerana kalau bantuan itu sudah tidak ada, bagaimana kita hendak hidup di hari kemudian? Jangan terlalu berpolitik tak tentu pasal hingga merosakkan negara, patutnya politik digunakan untuk kemajuan negara bukannya politik digunakan untuk merosakkan negara.
Sekian, terima kasih.
Pemimpin dulu kita patut kenangkan smpi mana dan bila agak2 lu lah... Lu nk angkat smpi mana tarafnya agak2 lu lah. Tu lah bila bljr cara sekular ini jdnya. Lu ingat semua tu atas usaha lu aje ke kalau allah x izinkan jd ke lu mcm hr ni... Lu x percaya ke janji allah? Lu ingat sudah pigi itu universiti lu sudah byk pandai.. Lu byk silap. Jgn2 mcm tu kwn ramai lg tok guru x g universiti bljr mcm lu pangkat lg tinggi masyuk lg byk x byk pun blm mati x mkn sbb keb erkatan. Judi berlambak sapa kasi lesen, tulisan jawi sapa kasi jg bljr, masalah murtad enakmen mana nk pakai civil tinggi ke syariah tinggi? Lu jwp dulu... Masalah zakat, harta pusaka org islam dh beres blm? G selidik. itu lu mau angkat pemimpin smpi ke langit... Lu bljr tinggi kerja kerajaan lg blh la lu p kaji sikit masalah kat atas knp byk sgt dh 50 taun pun x reti atau buat2 z kisah. Atau sibuk dgn material smpi ugama tungganglanggang jd susah. Dasar pe.didikan kita ok ke? Itu pasai bdk melayu kita jd mcmni ugama x dak ckp negara islam pemimpin berkuasa pun katanya islam tp roh islam x dak rosak akhlak anak2 dr sbb kesalahan org tuanya rosak rakyat sbb salah pemimpinnya. x gitu ke enche. Enche kicik2 sblm pigi sekolah g mengaji x.? Enche jumpa tok guru mengaji dulu ke jumpa tok guru ajar org putih dulu. Kalau guru me.gaji org ugama lah guru blr oang putih sekularlah. Sbb tu lah nk buat apa pun ugama tu penting. Rosaknya akhlak dan hati bila ugama dh rosak pendoman hilang. Jd jgn nk hina sgt x kat lu gred sederhana dr universiti ada yg x g lg tinggi pangkat dan gajinya lu x tau. Kalau lu tau lu punya muka pun x blh angkat. Lu fikir lah sendiri saya ni x g universiti. Spm je Gaji 10 k tp x kisahlah brp2 asalkan halal dan berkat. Bdk kpg gak jln kaki 5km 7hr seminggu.
Padam