Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja
dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing
ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.
Katanya,
parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana
cadangan tersebut bermaksud bahawa golongan terbabit menerima
kerakyatan itu dengan cara tidak sah.
"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.
"Bila
dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan
konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan
istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.
“Umno,
MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian.
Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India
mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Bekas profesor undang-undang itu juga menyebut, wujud perbezaan ketara di antara apa yang dilakukan Tunku dan Mahathir.
Maka,
tiada keperluan untuk menubuhkan RCI seperti yang dicadangkan Mahathir
kerana "berbanding Tunku, apa yang dilakukan Mahathir pada 1994
kelihatan seperti jenayah, dan lebih teruk, pengkhianatan kepada
negara".
Jelasnya, Tunku hanya mengikut syor dalam laporan
Suruhanjaya Reid, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Bahagian III
dalam perlembagaan persekutuan.
Statement nak selamat Tun Mahathir yg memakan BN.. maksud tepatnya, pemberian IC kepada Cina dan India di bawah konsep Jus-soli adalah satu kesilapan dan penyelewengan oleh Tunku..
BalasPadam