Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk
Mohamed Sharil Tarmizi berkata badan itu sedang menyiasat dakwaan
penyebaran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
"Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang
dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika
didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan
tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya.
Dalam kenyataan yang dihantar melalui Bernama
itu, Mohamed Sharil berkata penyebaran berita palsu melalui Internet
atau telefon itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Jika didapati bersalah mereka
boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya sekali.
"Orang ramai diminta untuk
tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana
berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh
mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan
merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya.
SKMM
mengeluarkan kenyataan itu kenyataan Najib pada hari Selasa lalu yang
meminta semua pihak supaya "tidak mendengar" dakwaan blog tertentu
berhubung keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas.
"Jadi Bursa
Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat.
Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," kata Najib.
Beliau
mengulas tulisan yang disiarkan laman portal politik Sarawak Report
beberapa hari sebelum itu yang mendakwa Najib yang juga presiden Umno
diserang "minor stroke".
Tulisan bertarikh 5 Januari itu
menimbulkan spekulasi bahawa ia adalah kesan daripada tekanan yang
dialami Najib ekoran siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak
Jaikishan melibatkan perdana menteri dan keluarga.
Satu NGO
pro-Umno, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pula semalam membuat
laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung
penyiaran tulisan berkenaan.
NGO itu mendakwa penulis blog Sarawak Report dibayar untuk menulis perkara itu.
"Blog
ini kami percaya telah dibayar oleh beberapa kalangan individu yang
mempunyai kepentingan politik, yang berniat jahat untuk membuat fitnah
terhadap Perdana Menteri dengan cuba merosakkan nama beliau, dan
mencetuskan satu gerakan menghancurkan ekonomi negara," kata pemimpin
NGO tersebut Azwanddin Hamzah
Saman siapa saja yang buat cerita karut dan fitnah.
BalasPadam1. Berita DS Najib sakit
2. Kes bunuh Altantuya
3. Kes Scorpene
negara ni negara apa.tak boleh cerita perkara yang benar ke
BalasPadamYang benar tulah diorg takut sgt. Kalau fitnah walau tak masuk akal kt pembangkang smpi berkoyan2 pun buat dek je.
PadamBetul tu. SKMM jugak tak peduli pada pemilik facebook yang menghina Islam. Patutnya orang-orang inilah yang patut disiasat dan diambil tindakan macam si Adlin bte Abdul Jalil tu.
Padam