Seorang pendakwah Kristian merayu agar masyarakat agama itu di negara
ini menggugurkan penggunakan kalimah "Allah" daripada digunakan di
dalam Bible.
BS Poh yang pernah ditahan ISA atas kegiatan
keagamaannya berkata, orang Kristian harus berbuat demikian untuk
menunjukkan kemuliaan hati nurani mereka.
"Orang lain tidak boleh
memaksa kita mengugurkan kalimah Allah. Kita sendiri yang perlu memilih
untuk tidak menggunakannya," katanya.
Katanya orang Kristian boleh berbuat demikian berdasarkan keyakinan ke atas kesusilaan dalam tindakan berkenaan.
"Kebebasan
hati nurani ialah kebenaran yang berharga. Hanya Tuhan sahaja yang
paling mengetahui mengenai hati nurani manusia," katanya.
Tambahnya,
orang Kristian sudahpun berjuang dan memenangi hak untuk menggunakan
kalimah Allah namun masih wujud usaha untuk menghalang penganut
berkenaan daripada menggunakannya.
"Masalah ini sudah berlarutan
selama 30 tahun. Persoalannya, adakah kita perlu berkeras untuk
menggunakan hak guna (kalimah Allah?," soalnya lagi dengan memetik
beberapa bait ayat daripada Bible.
Tambahnya, penganut Kristian juga kini tertekan dengan isu yang berlarutan itu.
"Jadi
bolehkah jika berusaha lebih keras untuk menunjukkan kecintaan orang
Kristian dengan tidak menggunakan (kalimah) Allah?," katanya.
Katanya, orang Kristian juga perlu menilai isu berkenaan dari segi alasan dalam kitab, alasan teologi dan juga linguistik.
[Baca berita penuh]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!