Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masa depan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), bekas-bekas perajurit dan kesinambungan perjuangan pahlawan
terdahulu akan terus dipertahankan demi kelangsungan pembinaan negara
bangsa.
Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan membangunkan
negara menjadi lebih mudah kerana bekas anggota tentera bijak menilai
dengan terus meletakkan kepimpinan kerajaan yang telah terbukti berjaya
pada tempat sewajarnya.
Sambil menempelak pihak yang disebutkan
sebagai 'puak sebelah sana', Najib berkata beliau tidak boleh memberi
jaminan nikmat dan penghargaan yang diterima ATM dan bekas perajurit
yang diterima ketika ini berkelangsungan sekiranya kerajaan yang ada
ditukar.
"Sudah tentu perjuangan kerajaan ialah untuk membina
sebuah negara bangsa yang dihormati, disegani, berjaya yang kejayaannya
dilihat kerana perjuangan tentera mempertahankan kemerdekaan.
"Kita
berjaya kerana anda meletakkan kepimpinan negara pada tempat yang
sewajarnya yang tahu mengurus negara, yang tahu menilai pengorbanan para
perajurit, yang ada agenda untuk membangunkan ATM akan mempertahankan
maruah ATM," katanya.
Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah
Mansor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden
Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani.
Berucap ketika merasmikan persidangan perwakilan PBTM ke-87 dan
Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) di Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini, Perdana Menteri
berkata semangat 'Harimau Malaya' dan Force 136, yang tidak ingin
melihat kuasa berpindah ke tangan yang lain dan ikrar untuk
mempertahankan kerajaan yang ada perlu diteruskan walaupun mereka kini
bergelar bekas tentera.
Najib juga berterima kasih kepada
perajurit dan bekas anggota tentera yang terus meletakkan kepercayaan
kepada kerajaan dengan kesedaran bahawa masa depan negara, ATM dan PBTM
tidak boleh dipisahkan dengan kerajaan sedia ada.
"Siapa boleh
jamin masa depan kita, siapa boleh menjamin kelangsungan Rejimen Askar
Melayu Diraja tanpa kerajaan yang ada hari ini, tepuk dada tanya selera.
"...
Dan inilah sebenarnya mengapa kita berjuang, mengapa kita meletakkan
'nyawa kita dihujung tanduk' sebagai para perajurit yang telah berjuang
selama ini, sebab itulah negara terhutang budi pada anda semua,"
katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak para perajurit
dan PBTM yang dianggotai oleh lebih 200,000 untuk memperbaharui ikrar
melangsung dan meneruskan perjuangan untuk membina negara kerana kini
bukan masa untuk membuat percubaan atau bermain-main, kerana tindakan
itu bakal memberi sesuatu kesan yang besar kepada negara.
"Kalau
sebelum ini sebahagian daripada rakan-rakan kita telah terkorban di
medan perang, mengenang mereka satu bab, tapi yang lebih penting ialah
perjuangan mereka itu belum lagi berkesudahan dan perlu diteruskan walau
kita telah menjadi bekas tentera," katanya.
Pada majlis itu
Najib menyerahkan replika cek berjumlah RM224 juta kepada Ahmad Zahid
yang kemudiannya menyampaikannya kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal
Veteran ATM (JHEV) Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, sebagai
simbolik pelancaran penyerahan sumbangan RM1,000 secara sekaligus kepada
224,000 orang veteran ATM tidak berpencen.
- Bernama
Ko melalak macamana pun Najib, org tak kan percaya. Dh lbh separuh abad memerintah kenapa skrg baru nak buat itu ini? Ko tabur duit pun bknya ikhlas.. kalau bg undi kt ko pun duit tu pegi kt bini ko utk melaram. Oh tidak!This is not once bitten dh berpuluh kali bitten, org dh serik noooo....
BalasPadamsojar semua ada ingat baik baik. Kenapa sekarang baru jasa sojar mau dikenang?? sebab Pakatan Rakyat semakin mencabar.
BalasPadamMari sokong PR ramai ramai, supaya nanti najib mesti bagi lagi.
Tak payah nak bodek kat kami semua, kami dah puas bersabar sejak jadi pesara Tentera, kenapa sekarang baru nak ingat kepada kami, cakap tak serupa bikin dengan janji ko yang tinggal janji, semamangnya perjuangan kami belom berakhir tetapi bukan kepada kamu najib,...ABU
BalasPadamSesungguhnya kami Vetetan ATM, tidak sedikit pun rasa menyesal akan khidmat lampau kami yang telah mempertaruhkan nyawa dibelantara dengan hidup seharian tidak menentu disamping rela meninggalkan anak dan isteri, semua ini adalah sememang tekad kami demi untuk Negara tercinta. Akan tetapi kami teramat kecewa kepada semua pemimpin negara atas sikap buruk dan jijik serta tidak ikhlas dalam mentadbiran negara yang diamanahkan oleh rakyat selama ini, sikap bangga menjadi pemimpin, sebenarnya satu tumpuan mengaut kekayaan sendiri yang luar biasa, adakah pemimpin sedemikian yang akan kami sokong ?? oh,. tidak sama sekali, VETERAN KECEWA.
BalasPadamSelama berkhidmat dalam tentera dulu pun saya tak pernah undi BN. Kita bebas memilih...negara demokrasi.
BalasPadam