“Kami bersedia mempertahankan diri,” kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu.
Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.Azzimudie ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Kami mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir kami dengan kekerasan,” kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan telefon tersebut.
“Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami,” katanya yang menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak daripada pendapatan Sabah.
Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila.
Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak 12 Februari.
Mereka datang saja buat gempak je..kawasan lahad datu hingga ke pulau tambisan dah jadi laluan tetap kumpulan dari sana..
BalasPadamDatang dengan membawa senjata ini dikira datang dengan AMAN???? Piiiiiiiiiiiiii laaaaaaaaaa.... Pihak berkuasa Malaysia seharusnya bertindak tegas terhadap penceroboh ini.. Jika tidak, nanti pulak ada pihak lain datang Malaysia dengan senjata kemudian claim itu claim ini.. siapa rugi?? Rakyat Malaysia yang rugi..
BalasPadamPAT sepatutnya meletak jawatan kerana gagal mempertahankan kedaulatan negara...kemana pergi pasukan maritim.polis marin dan tentera dlm ops pati? apa fungi peralatan2 canggih utk mengesan kemasukan pendatang secara haram? Ni lah sikap terlalu berlembut...apa dah jadi sekarang?
BalasPadamTak lama lagi malaysia serah sabah bah...itu lah ketegasan pihak berkuasa Malaysia....
BalasPadamDok buat apa lagi ambil lah tindakan.
BalasPadamTentera dan polis Malaysia hanya berani dengan rakyat sendiri
BalasPadam