sila klik ya

2013/06/12

ADIK NAJIB TAMBAH MASALAH UMNO ?

Sokongan terbuka adik perdana menteri terhadap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, yang mengkritik akhbar Utusan Malaysia "menambah masalah yang dihadapi Najib dan Umno", kata mantan menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis dalam ruangannya dalam Utusan Malaysia hari ini, Zainuddin berkata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak gagal memahami "krisis keyakinan" yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Isnin lalu, Nazir mempertahankan Azran dan memuji sifat terus terangnya terhadap pendirian editorial Utusan dan NGO pendesak Melayu, PERKASA.

NONEBangkit mempertahankan Utusan, Zam (kiri) berkata Nazir tidak faham bahawa Umno tidak akan dapat mengekalkan sokongan Melayu sewaktu pilihan raya lalu jika Utusan tidak "memerangi anasir-anasir yang menghakiskan keyakinan kepada kerajaan".

"Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka BN akan mendapat sokongan orang Cina.

"Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi Najib dan Umno," tulis beliau.

'Anarkis korporat'
Beliau turut menyifatkan sokongan Nazir terhadap Azran sebagai pengiktirafan kepada "sikap anarkis CEO korporat dan syarikat besar".

azlan"Dalam perkembangan kapitalisme Barat, korporat gergasi dan syarikat-syarikat perniagaan besar semakin berleluasa, malah melebihi kuasa kerajaan dan mengancam kebebasan media atau memperalatkan media dengan kuasa wang mereka.

"Inilah kuasa yang tidak kelihatan kepada orang ramai, sebaliknya rakyat hanya nampak kuasa kerajaan yang menekan kebebasan media khususnya akhbar," tulisnya.

Beliau turut mendakwa akhbar itu dan beberapa harian lain tahu banyak hal negatif tentang AirAsia tetapi memilih untuk menyembunyikannya demi kepentingan iklan tetapi, "ia tidak cukup kepada Azran".

"Beliau merasakan bahawa untuk Utusan mendapat iklan daripada AirAsia maka perlulah Utusan mengikuti kecenderungan sosial dan politiknya.

'Maka tekanan kewangan dan politik perlu dikenakan ke atas Utusan," tulis Zam lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NYATAKAN SEMUA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT,ANDA DIBERIKAN PELUANG MELUAHKAN PERASAAN ANDA DISINI SILAHKAN!!!

tolong klik