2009/11/01

SIAPA YANG DIHARAP KEMATIANNYA MSO? - zambry najib altantuya



Ketokohan si bulan purnama itu begitu hebat dan agung. Tengoklah kalau si bulan purnama itu sudah terkeluar dari orbit politik, bintang kejora atau bintang-bintang lain akan mula menerbitkan sinar.

Sebenarnya Annuar sendiri sedang menanti bulan punrma menutup cahayanya untuk bangkit kembali

siapakah yang dimaksud mso itu sekiranya bukan tuan guru nik aziz dan pas? sampai sebegitu sekali mso mengharap agar nik aziz dan pas cepat malap dan berkubur?.

sebenarnya tidak hanya mso yang berharap sedemikian rupa. sememamangnya para pemimpin umno dan musuh musuh islam selalu sahaja mengharap pemimpin yang benar teguh dan berpegang kepaa islam sememamangnya diharap akan kematiannya atau mereka mengharap manusia seperti anwar masuk penjara.

sungguh disesalkan kenyataan seperti ini keluar dari mulut dan hati mso yang selama ini mencari makan dengan pas
saye lampirkan penuh kenyataan mso disini:
Annuar Musa Dan Bolasepak

SEHARI sebelum berlangsungnya perlawanan separuh akhir piala Malaysia antara Kelantan dengan Perlis saya minum kopi dengan dua orang kawan. Seorang merupakan ahli Umno tegar yang sama bahagian dengan Presiden Bola Sepak Kelantan, Annuar Musa. Manakala seorang lagi bekas pengurus bank yang merupakan seorang yang sangat alergik bila mendengar nama Annuar.

Perbualan atau pertemuan dengan mereka berdua ini adalah pertemuan biasa atau rutin menghabiskan masa malam sebelum berihat. Pertemuan ini diisi dengan bual bicara topik-topik politik semasa. Sesekali terpancul juga balada Monahara Odelia Pinot.

Perbualan kami selalunya menekan kepada politik Umno dan Pas Kelantan. Sedikit-sedikit ditambah dengan ulasan terhadap pemuka-pemuka politik Kelantan tidak kira dari Umno ataupun Pas yang mengandungi berbagai rasa, warna dan bau!

Malam itu banyak juga yang kami bualkan. Kira-kira tiga jam kami melangguk di kedai itu. Habis tiga cawan tea dan semangkuk seorang laksa Penang.

Apa yang menarik perhatian dalam perbualan itu dan rasanya elok kalau dicatat di sinilah mengenai kemampuan Annaur Musa membawa bola sepak Kelantan ke persada hari ini. Sentuhan Annuar Musa terhadap bola sepak nampaknya membawa sinar dan semangat baru. Beliau benar-benar mengembalikan maruah Tok Janggut dalam arena bola sepak.

Betapa tidak hampir 40 tahun pasukan Kelantan gagal untuk bergaya di perlawanan akhir. Dan kejayaan Kelantan menewaskan Perlia, 5 -1 dan sekaligus membawa Kelantan ke pelawanan akhir 7 November depan adalah satu sejarah untuk bola sepak Kelantan dan kejayaan manis buat presidennya itu.

Menilai kejayaan demi kejayaan diraih pasukan bolas epak Kelantan, menyebabkan kawan saya mengira Annuar Musa lebih sesuai dan serasi untuk jadi presiden bole sepak Kelantan (Kafa). "Nampaknya beliau lebih berjaya menguruskan bola sepak daripada politik Kelantan," begitulah ujar kawan itu.

Saya mengangguk-angguk selemba mendengar kenyataan itu sambil menghirup kopi. Apa lagi pada sorenya seorang kawan bloger juga menyatakan hal yang sama. Kata bloger yang kini bermukim di Kuala Terengganu itu; "Kenapa Annuar berjaya dalam bola sepak ialah kerana kesungguhan beliau untuk membawa kejayaan kepada Kelantan."

"Demo tengok semasa kecoh penjualan tikit di Stadium Sultan Mohamad ke - IV dua hari lepas, dia turun sendiri dan jual tikit di kounter. Kalaulah dia buat begitu dalam politik, maksudnya dia bagikan projek dan duit kepada rakyat, tentu rakyat Kelantan akan menyokongnya dan kawe yakin Umno akan menang," kata bloger itu sedikit menyinis.

Saya bertanya buat-buat tidak tahu, maksudnya? "Herannya dalam politik dia tidak buat begitu. Dapat duit dia makan seorang. Bagi juga tapi... ala kadar sahaja kepada pengundi," jelas kawan itu semacam dia nampak apa yang Annuar lalukan. Saya tidak berhasrat untuk membongkarnya petang itu mungkin dilain kali boleh ditulis mengenai tuduhan kawan itu.

Bila saya hubungkaitkan pandangan bologer itu dengan kata-kata ahli Umno yang sebahagian dengan Annuar itu, ada benarnya. Tetapi saya tidak mahu mengiyakan tuduhan teman bloger itu. Tetapi yang jelasnya apabila Annuar memimpin Kafa, sukan bole sepak Kelantan naik mencanak. Kejayaan pasukan Kelantan ini tidak boleh dinafikan ia adalah atas kesungguhan, inisiatif dan pengurusnya yang kemas dan cekap.

Tetapi kenapa dalam politik Kelantan beliau gagal? Bukan saja gagal membawa Umno untuk tawan Kelantyan, tetapi untuk dirinya sendiri juga Annuar seakan hilang formula. Sudah tiga kali Annuar kalah. Ketiga-tiga di kerusi parlimen Ketereh atau Peringat, dalam kubang tempat beliau dilahirkan sendiri.

Dalam pilihan raya 1990 beliau kalah kepada Mohamad Sabu, orang Pulau Pinang. Dalam tahun 1999 kalah pula kepada Mohamad Mustafa seorang ustaz. Dan kali ketiga kalah pula kepada Abdul Aziz Kadir anak didinya sendiri semasa Aziz dalam Umno.

Melihat perjalanan hidup Annuar dalam politiknya sesuatu yang menghairankan. Apakah orang Kelantan tidak tahu menilai kebolehan Annuar? Ataupun ada sesuatu yang melekat ditubuh Annuar sehingga ianya mengeluarkan aura tidak menyenangkan. Secara ikhlas, bagi saya jika hendak dibandingkan kualiti tokoh-tokoh Umno Kelantan yang ada hari ini, semuanya tidak dapat menandingi di segi wibawa dan kehebatan personaliti sebagai seorang ahli politik yang ada kepada bekas Pengerusi Umno Kelantan itu. Selain daripada memiliki daya pidato yang menarik, Annuar juga berani, berprinsip dan ada ketegasan dalam membuat keputusan. Cara bekerja beliau juga bersistemetik dan berpandangan jauh.

Barangkali benarlah kata orang, kamu hebat dalam satu-satu bidang tidak bermakna kamu tahu dalam bidang lain. Dalam tempoh tidak sampai lima tahun Annuar memegang Kafa ia telah menyerlahkan kejayaan membanggakan. Sebaliknya dalam politik beliau masih lagi mencari formula bagaimana hendak bangunkan politik Umno Kelantan.

Pun begitu secara peribadi Annuar sudah dapat berbangga. Kerena beliaulah satu-satu tokoh Umno Kelantan yang dilantik menjadi menteri dalam usia dibawah 35 tahun. Annuar pernah menjadi menteri. Hampir semua jawatan politik telah dipegangnya, kecuali Exco dan Menteri Besar. Annuar secara peribadi juga harus berbangga atas pencapaiannya itu yang dilihat beliau hanya anak seorang tok lebai Bukit Marak.

"Kawan yakin Kelantan boleh masuk akhir. Dan kalau Kelantan berjaya jadi johan nanti, eloklah kalau dia berhenti terus politik dan tumpukan kepada bola sepak. Biarlah dia berhenti dalam keadaan orang menyebut namanya atas kejayaan bola Kelantan," ujar kawan itu setelah mendengar saya mengulas mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada kepada Annuar.

Minta kawan itu lagi Annuar lepaslah ketua bahagian Ketereh kepada kawannya Alwi Che Amat. "Demo tolong royaklah ke dia," suruh kawan itu mengharapkan saya menyampai pandangannya.


Saya menerima alasan kawan itu. Ada baiknya kalau Annuar bercadang untuk bersara dalam politik. Tetapi untuk Annuar berhenti bukan senang. Darah yang mengalir dalam tubuhnya lebih dimerahi politik daripada bolasepak. Bola sepak itu pun pada tilikkan saya satu perlarian sementara untuk beliau menghilangkan rasa kecewa. Dalam masa sama beliau bercadang untuk menggilap dirinya dengan bolasepak. Nah... hari ini gilapan itu makin bersinar pula maka makin sukar kalau Annuar hendak palang namanya dari buku politik.

Betapa tidak bila beliau sudah dapat membawa Kelantan menjadi johan ia adalah satu kenjayaan besar bagi Kelantan dan dirinya sendiri. Sejarah akan mencatat bahawa Kelantan berjaya memasuki akhir selepas 40 tahun dan (kalau jadi johan), setelah beliau memimpin Kafa.

"Apakah dengan kejayaan itu rakyat Kelantan boleh menafikan ilmu, kehebatan dan aura kepimpinan yang ada kepada Annuar Musa?' Jawab saya tidak. Jadi harapan kawan saya untuk melihat Annuar Musa meninggalkan Ketua Bahagian Umno Ketereh satu harapan yang sukar dilaksanakan. Justeru apa yang paling baik, kawan saya kena membantu Annuar Musa untuk memulihkan imej politik Annuar di Kelantan bersama politiknya sendiri.

Dalam perhatian saya tanpa bias, berbanding dengan tokoh-tokoh yang ada kini ternyata Annuar jauh lebih baik. Cuma apa yang menjadi masalah kepada Annuar dan juga orang lain menyebabkan rakyat tidak nampak kehebatannya kerana bintang kejora milik Annuar tidak dapat menguakkan sinar kerana ianya dilindungan bulan purnama. Ketokohan si bulan purnama itu begitu hebat dan agung. Tengoklah kalau si bulan purnama itu sudah terkeluar dari orbit politik, bintang kejora atau bintang-bintang lain akan mula menerbitkan sinar.

Sebenarnya Annuar sendiri sedang menanti bulan punrma menutup cahayanya untuk bangkit kembali!


SPRM: MARI SIASAT S.MANIKAVASAGAM ADA BERANIKA? zambry najib altantuya



Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam dengan lantang menyatakan kemungkinan besar bekas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di beli UMNO-Barisan Nasional.

Beliau yakin kerana dirinya turut pernah di tawar oleh ahli parti itu sebanyak 50 juta semasa mempunyai sedikit salah faham dengan PKR sebelum ini.

“Saya rasa Badrul di beli 10 juta atau 20 juta...Umno ada belakang di sini, masa sidang media, tengok siapa disebelahnya....masa saya ada perbalahan sikit dulu, Aziz Samsudin offer saya 50 juta, bukan 1 ringgit, 2 ringgit, tapi 50 juta, tapi saya masih disini, rakyat pilih kita, Badrul adalah pengkhianat kepada pengundi di Port Klang,” katanya.

Katanya, dakwaan ini menjadi lebih jelas apabila Badrul keluar dari parti itu dan menyertai parti bebas menyokong UMNO-BN.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Kota Damansara hari ini.

Beliau kesal Badrul gagal menjalankan tugas dengan baik dan kerana itu telah menyebab nama Parti Keadilan Rakyat tercemar.

Jelas YB Mike, Badrul langsung tidak mahu menemui mana-mana wakil rakyat lain yang mahu berjumpa dan berbincang dengannya.

Justeru itu, Manikavasagam setuju dengan cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memilih calon wakil rakyat dari parti itu yang benar-benar faham falsafah parti dan dengan semangat untuk memperjuangkan parti.

“Kita kena skrin calon, betul-betul jiwa rakyat baru bertanding..bukan macam Badrul, yang lain takkan lompat parti, kita

sumber: tvs

UMUR112 KAWINI GADIS 17 TAHUN - ZAMBRY NAJIB ALTANTUYA



Seorang pria yang mengaku berumur 112 tahun telah menikahi seorang gadis berumur 17 tahun pada sebuah upacara pernikahan di pusat kota Somalia, pernikahan ini secara total merupakan pernikahannya yang keenam, namun merupakan pernikahan yang pertama dalam tiga perempat abad umurnya, katanya.

"Istri saya sepuluh kali lebih muda daripada saya, tapi kami saling mencintai satu sama lain begitu banyak dan saya percaya bahwa saya bisa memberinya jenis cinta yang tidak setiap pemuda dapat memberikannya," kata Ahmed Mohamed Dhore kepada AFP.

"Hidup dalam pernikahan adalah terkait tentang cinta dan gairah daripada sekedar usia dan kecantikan," kata penghulu pernikahan laki-laki tua tersebut, yang upacara pernikahannya sendiri berlangsung di kota Guriel dan dihadiri oleh ratusan orang pada minggu lalu.

"Pertama kali saya menikah sudah lama sekali saya tidak dapat mengingatnya dan kira-kira terakhir kali saya menikah sekitar 75 tahun yang lalu, saya masih muda pada waktu itu," katanya.

Dhore beranjak dewasa ketika pemimpin nasionalis Somalia yang bergelar "Mad Mullah," Mohammed Abdullah Hassan, yang berjuang melawan kerajaan Inggris dan menciptakan negara Darwis meninggal pada tahun 1920.

Ia mengatakan rahasia untuk berumur panjang hingga dapat menjalani tiga masa yang berbeda adalah "memakan makanan yang sehat ketika ia masih muda".

"Aku berumur 112 tahun dan dapat menjalani kehidupan seperti seorang anak muda ... Sedangkan Ide untuk menikah lagi datang dari anak-anak dan cucu-cucuk," katanya sembari menjelaskan bahwa satu-satunya istrinya yang lain yang masih hidup berumur 90 tahun dan dalam kondisi sakit-sakitan.(fq/aby)

untuk link klik eramuslim di wiget 45

Dilema dalam hala tuju Pas - nizar zambry najib altantuya

KUALA LUMPUR - Walaupun Jawatankuasa Pas Pusat malam Rabu lalu bersetuju mengadakan seminar politik pada 7 November ini dan bukannya Muktamar Khas bagi membincangkan kedudukan 'dua tiga kerat pemimpin tertingginya yang bermasalah', namun isu sebenar mengenai puak ini dapat disampaikan kepada anggota parti itu, kata beberapa pemerhati politik.

Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, keputusan mesyuarat jawatankuasa itu tidak penting berbanding kejayaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyampaikan mesejnya mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu yang hasilnya akan dilihat pada masa hadapan.

“Beliau membuka mata bahawa memang ada masalah dalam kalangan pemimpin parti itu dan mereka harus disingkirkan. Mungkin tidak berlaku sekarang kerana mustahil pemimpin berkenaan akan meletak jawatan. “Tetapi mesej ini akan diingati perwakilan pada pemilihan parti akan datang,” katanya.

Nik Abdul Aziz, sebelum ini, meminta parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-UMNO.

Antara pemimpin yang dinamakan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Merujuk kepada saranan Hasan mengharamkan penjualan alkohol di kawasan majoriti Islam di Selangor, Abdul Aziz berpendapat Nik Abdul Aziz sedar tuntutan sedemikian menyebabkan Pas kehilangan sokongan bukan Melayu.

“Beliau tahu Pas berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu jika mereka berterusan dengan cara sekarang dan sebab itulah beliau bersuara agar orang bukan Melayu kembali yakin kepada Pas,” katanya.

Abdul Aziz menolak kemungkinan bahawa tindakan Mursyidul Am itu akan menyebabkan Pas berpecah.

“Sejarah menunjukkan Pas tidak pernah berpecah sekalipun ada konflik. Ini cuma ribut dalam cawan dan mereka akan terus bersama sehinggalah penyelesaian sebenar tercapai,” katanya.

Seorang lagi pemerhati politik yang tidak mahu namanya disebut berkata, kepimpinan Pas kini dibelenggu beberapa isu yang sukar dirungkai.

“Pada saya masalah ini berakar umbi dengan percanggahan pendapat antara golongan ulama konservatif dan ulama yang agak liberal. Sekarang mereka bekerjasama dengan dua parti yang memang jelas liberal dan sudah pasti mempunyai kehendak berbeza.

“Mereka mempunyai persamaan iaitu mahu menguasai kerajaan pusat, tetapi daripada segi ideologi, bezanya macam langit dan bumi. Pas masih mahu menegakkan negara Islam tetapi apakah ini yang juga dikehendaki DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat), rakan Pas dalam pakatan pembangkang)?” kata pemerhati itu.

Merujuk kepada isu alkohol di Selangor, pemerhati itu berkata Abdul Hadi tidak mampu menggunakan kuasanya bagi melaksanakan keputusan Majlis Syura agar Hasan dinasihati kerana tindakan sedemikian membawa mesej Pas merestui penjualan alkohol di kawasan majoriti orang Islam.

“Malah kalau kita teliti, semasa isu (anggota Exco Selangor daripada PKR Elizabeth Wong) dulu pun, Pas memisahkan diri daripada isu itu kerana pada hakikatnya Pas masih berpegang kepada

ideologi parti, iaitu menegakkan ajaran Islam, dan tindakan Elizabeth (yang didakwa bersekedudukan dengan lelaki Islam), sekalipun beliau bukan Islam, adalah isu moral yang tidak patut disokong Pas,” katanya.

Berasaskan hujah itu, beliau melihat keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat malam tadi untuk menyiasat Pas Selangor, adalah sekadar memuaskan hati sesetengah pihak.

“Mereka mungkin siasat tetapi apa keputusannya? Berani kah mereka menyingkir Dr Hasan? Saya berpandangan isu ini juga lama kelamaan akan didiamkan begitu saja,” kata pemerhati itu.

Kesimpulannya, kata beliau, konflik kepimpinan Pas akan berterusan, tetapi parti itu mempunyai formula untuk menyatukan mereka sekalipun berkrisis.

“Pada saya perkara ini mungkin berfaktorkan asas penubuhan parti, iaitu Islam dan pemimpinnya tetap berpegang kepada asas itu setidak-tidaknya untuk dipamerkan kepada umum, sekalipun di dalam mereka berantakan,” katanya.

Bagi seorang lagi penganalisis politik, Asri Salleh, tindakan Nik Abdul Aziz 'menggoncang bahtera' Pas mungkin berpunca daripada peningkatan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya melihat ada dua tekanan dihadapi Pas sekarang akibat daripada peningkatan sokongan kepada Najib ini, iaitu ada puak yang mahu Pas bekerjasama dengan UMNO sekarang dan ada puak mahu Pas kekal dengan pakatan pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Pihak yang pertama ini bimbang jika mereka tidak bekerjasama dengan UMNO sekarang mereka akan terlepas,” katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, Dungun, Terengganu. - Bernama

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PELANTIKAN DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SEBAGAI YDP YADIM - nizar zambry najib altantuya



Memorandum Kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bertarikh 12 Oktober 2009.

Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Memorandum bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia ini dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj supaya menarik balik pelantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Asri) sebagai Yang Di Pertua YADIM.

Alasan Memorandum ini ialah antara lainnya :-

1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Pelantikan Dr. Asri hanya akan memutuskan tali silaturrahim yang terjalin dan MAIM akan pincang sekiranya Dr Asri menerajui YADIM.

2. Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkalibertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. Keadaan ini akan menyukarkan YADIM dan MAIM untuk bergerak sekiranya tiada hubungan erat dengan Mufti-Mufti.

3. Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.

4. Pendekatan Dr Asri dan para pengikutnya telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, seolat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi.

5. Akibat dari pendekatan ekstrem Dr.Asri dan pengikutnya ini kebanyakan Majlis Agama IslamNegeri-negeri telah menyekat kegiatan pengajian yang dijalankan oleh mereka. Malah beberapa guru agama dan penceramah yang sealiran dengan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah. Antaranya Dr. Abdullah Yasin yang menghadapi beberapa kes di negeri Selangor.

6. Dr Asri hingga kini mempertikaikan undang-undang jenayah Syariah negara serta mentafsirkannya tidak mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak yang diterima para Ulamak dan masyarakat Islam. Dengan melantik seorang yang berpandangan dan pendekatan seperti ini, ia akan melenyapkan keyakinan dan kepercayaan umat Islam bukan sahaja kepada YADIM malah kepada kerajaan keseluruhannya atas kegagalan memelihara ajaran dan amalan Islam yang dipegang selama ini.

7. Pendekatan ekstrem Dr.Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umatIslam di seluruh Negara khususnya di negeri Perlis. Imam-imam di Perlis yang tidak mendokong aliran Dr Asri telah diketepikan malah baru-baru ini mereka telah ditukarkan atas alasan yang sama (beritaberita sebegini telah tersiar di dalam akhbar-akhbar utama negara). Cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahandan beberapa kejadian pergaduhan.

8. Sebagai seorang yang terlalu muda serta gagal menghayati budaya adab sopan umat Islam dimalaysia, Dr Asri lebih banyak mengundang kontroversi dan merupakan seorang yang keras, elstrem serta tidak dapat menerima teguran, pandangan dan kritikan orang lain. Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri lain selain Perlis, Tokoh-tokoh agama arus perdana termasuk semua para Mufti Negerinegeri (kecuali Perlis) serta tokoh-tokoh seperti Prof.Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman bekas Ketua Pengarah JKSM, Dato’ Hashim b.Yahya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Nooh Gadot dan ramai lagi amat tidak senang dengan pendekatan dan pendirian sebegini.

9. Penolakkan oleh sebahagian besar tokoh agama dan umat Islam terhadap pemikiran danpendekatan beliau dalam amalan agama adalah kelemahan besar Dr.Asri dan amat tidak sesuai untuk menerajui sebuah agensi dakwah yang ditunjangi oleh Kerajaan Malaysia. Peribadi yang lebih berhemah dan memahami manhaj dan metodologi dakwah di Malaysia adalah lebih wajar menerajui YADIM. Terdapat ramai lagi tokoh lain yang tidak kontroversi yang datang dari golongan Muslim arus perdana yang boleh dilantik menerajui YADIM dan diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

10. Dr Asri bukan sahaja ditolak oleh majoriti penyokong UMNO, malah beliau juga tidak disenangi oleh penyokong PAS yang merupakan 2 parti umat Islam terbesar. Hanya segelintir dari masyarakat Islam yang berpendirian ekstrem dalam hal furu’ atau perkara cabang yang gembira dengan pemikiran dan pendekatan beliau. Kami bimbang Kerajaan Persekutuan akan disisihkan oleh umat Islam dalam kegiatan keagamaan dan amalan keagamaan yang seragam dan telah sebati di seluruh Negara tidak lagi menjadi arus perdana di masa akan datang, manakala Pihak Berkuasa Agama Negeri mengambil pendekatan berbeza dari Kerajaan Persekutuan.

Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Ditandatangani oleh:

Mohamad Isa bin Abd RalipPresiden PGSMBertarikh 12 Oktober, 2009

Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini –

1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia

2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan

3. Yayasan Jenderami

4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)

5. Persatuan Peguam Syarie Malysia

6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia

7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

9. Jemaah Islah malaysia (JIM)

10. Persatuan Ulamak Malaysia

11. Yayasan Paksi Kedah

12. Persatuan Ulamak Kedah

13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)



DUN PERAK BUBAR JUMAT DEPAN? - nizar zambry najib altantuya


Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan pada hari Jumaat minggu hadapan.

Begitu perkhabaran yang disampaikan oleh YB Nga Kor Ming tengahari semalam kepada pemimpin dan juga peserta konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh semasa sesi tertutup untuk perbahasan peserta.

Menurut beliau, berita itu baru sahaja diterimanya. Laungan takbir dan tepukan gemuruh daripada peserta-peserta konvensyen menggamatkan seketika dewan utama hotel berkenaan.

Pemilihan hari Jumaat depan sebagai hari pembubaran Dun Perak adalah kerana perbicaraan kes Dato Seri Nizar vs Zambry akan didengar di Mahkamah Persekutuan Khamis (5.11.09) hadapan.

Jika keputusan Mahkamah Persekutuan itu memihak kepada Dato Seri Nizar, keesokan harinya Pakatan Rakyat akan memohon kepada Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk dikembalikan haknya kepada rakyat Perak memilih kerajaan yang mereka mahukan.

Kesemua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat diminta untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan tersebut.
http://ajijoi.blogspot.com/2009/11/dun-perak-dibubar-jumaat-hadapan.html

NIK AZIZ MULA DI BOIKOT? ZAMBRI NIZAR NAJIB ALTANTUYA

Wibawa Nik Aziz yakinkan DAP kepada PAS
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh majlis Pakatan Rakyat di Perak.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."

Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."

"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat terus bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu kebelakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri._



PAS Parti Yang Paling Bertoleransi-zambry najib altantuya




YB Dato' Ngeh akui ketika YB Hj Nizar dicalonkan sebagai Menteri Besar dari PAS penyokong-penyokong DAP khususnya dari kalangan masyarakat Cina dan India menentang keras pencalonan ini. Pimpinan DAP Pusat dan Negeri mendapat tekanan dari penyokong-penyokongnya. Beliau berucap dalam sesi penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat petang tadi.

Menurut Ngeh, sebelum ini masyarakat Cina dan India sering diberi gambaran oleh media bahawa PAS dan pimpinannya ekstrim, pelampau agama, anti Cina dan sebagainya. Mereka mengundi PAS ketika itu, bukan bermakna mereka mahu PAS memimpin kerajaan,lebih-lebih lagi menjadi Menteri Besar.

Pimpinan DAP Perak yang telah lama berkawan dengan pimpinan PAS sejak Ust Sabran Asmawi sebagai Pesuruhjaya PAS semasa sama-sama menjadi pembangkang di DUN Perak 1999, menyakinkan penyokong-penyokongnya bahawa PAS dan pimpinannya tidak sebagaimana yang digambarkan oleh media.

Apabila Perak diterajui oleh Hj Nizar sebagai Menteri Besar, dengan sikap Hj Nizar dan seluruh adun dan pimpinan PAS Perak yang begitu toleransi terhadap kaum lain, akhirnya masyarakat Cina dan India menerima PAS sebagai rakan yang boleh dipercayai bagi menerajui negeri Perak. Mereka selesa dengan cara PAS memimpin dan mentadbir negeri Perak. -misbahulmunir

Peningkatan kos RM1.43 bilion Ketua Hakim Negara terlibat-nizar zambry najib altantuya



Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak RM1.43 bilion, seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, bakal disiasat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada minggu depan. Apa yang mengejutkan, salah seorang watak utama dalam projek ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi.

Pengerusi PAC, Azmi Khalid (gambar kanan) memaklumkan kepada media pada 29 Oktober, bahawa Ketua Pengarah Audit Negara telah memberi penjelasan ringkas mengenai laporan audit tersebut. PAC akan bermesyuarat pada minggu depan, dan menyiasat kes mengikut keutamaan.

Menurut Azmi Khalid, kes terbesar ialah Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos sebanyak RM1.43 bilion. Sebagaimana yang diketahui, PAC bakal memanggil kementerian (Pengangkutan) dan semua kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut untuk disoal siasat.

Sekali imbas, peningkatan kos projek kerajaan adalah sesuatu yang lumrah menurut Laporan Ketua Audit Negara. Fokus sememangnya ditumpukan kepada penyelewengan dan angka peningkatan kos/kerugian. Tetapi, apa yang lebih penting, siapa yang terlibat dalam projek tersebut?

Dalam skandal sedemikian, tidak kurang ahli politik dan pegawai awam kanan yang terlibat, dengan menggunakan status diri yang istimewa, dan kelebihan hubungan berkepentingan untuk memanipulasi maklumat dan sumber, lantas mengaut keuntungan diri tanpa disedari rakyat. Mereka yang seharusnya "memimpin melalui teladan" ini, sebaliknya menyabit kesalahan walaupun bertauliah, lebih menjejaskan negara berbanding dengan kerugian dari segi kewangan.

Antara watak utama dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi (gambar kiri) yang memegang tampuk kuasa kehakiman. Zaki Azmi dikaitkan dalam projek ini kerana salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek ini ialah Emrail Sdn Bhd. Zaki Azmi ialah pemegang saham terbesar dengan 58% dalam syarikat ini, malah menyandang jawatan Pengerusi, ketika projek ini dalam proses pembinaan.

Projek bernilai RM4.3 bilion

Menurut perkiraan asal Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh, nilai projek ini berjumlah RM4.34 bilion, terbahagi kepada Pakej Infrastruktur dan Pakej Sistem, dipertanggungjawabkan kepada dua kontraktor yang berlainan.

Antaranya, DRB-Hicom Berhad memperolehi Pakej Infrastruktur. Mengikut rancangan asal, projek ini bermula pada Julai 2000, dan perlu berakhir pada Jun 2003. Selain itu, Pakej Sistem diberikan kepada Mitsui-MTS, tempoh yang diberikan ialah antara Januari 2001 hingga Oktober 2004.

Di bawah Pakej Infrastruktur yang dikendalikan DRB-Hicom Berhad, terdapat empat sub-kontraktor. Antaranya, Emrail Sdn Bhd mendapat kontrak projek Lay Track. Maklumat menunjukkan bahawa Emrail Sdn Bhd telah mendapat kontrak yang jumlahnya bernilai RM700 juta (nilai pada tahun 2007) dalam projek Landasan Berkembar Elektrik ini.

Tiga sub-kontraktor yang lain ialah Perspec Prime (M) Sdn Bhd (kejuruteraan awam), UEM Bhd (pembinaan jambatan) dan IJM Bhd (pembinaan bangunan).

Namun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, kelewatan projek disiapkan, peralatan dibeli melebihi keperluan, perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur dan lain-lain masalah, telah mengakibatkan projek ini berakhir dengan menelan RM5.77 bilion, dengan peningkatan kos sejumlah RM1.43 bilion.

Menurut kontrak asal, projek ini perlu disiapkan dalam tempoh 35 bulan, iaitu antara Julai 2000 hingga Jun 2003. Kemudiannya, untuk menyelaraskan had tempoh antara DRB-Hicom Berhad dengan Mitsui-MTS, DRB-Hicom Berhad telah mendapat lebihan 177 hari, iaitu dari 16 Jun hingga 10 Disember 2003.

Emrail paling lewat siapkan projek

Namun demikian, Laporan Ketua Audit Negara 2009 menunjukkan Pakej Infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada DRB-Hicom Berhad hanya menyiapkan 76.8% daripada projek tersebut, pada hari terakhir had tempoh, iaitu 10 Disember 2003. Laporan syarikat perunding yang dilantik Kementerian Pengangkutan, KS-Opus menunjukkan masalah penangguhan dalam projek Pakej Infrastruktur semakin serius antara November 2002 hingga Oktober 2003.

Antaranya, Emrail Sdn Bhd hanya menyiapkan 56.9% daripada projeknya pada 10 Disember 2003, merupakan syarikat yang paling serius dalam masalah lewat siap. Tiga kontraktor yang lain masing-masing mencatat antara 71.4% hingga 76.7% daripada projek. Sebagaimana yang diketahui, Kementerian Pengangkutan telah menamatkan kontrak DRB-Hicom Berhad pada 5 Ogos 2005, setelah diluluskan Kementerian Kewangan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, penyelewengan di atas bukan sahaja mengakibatkan kelewatan projek ini disiapkan, malah kemudahan infrastruktur gagal digunakan sepenuhnya kerana tidak dapat diselaraskan. Dari segi kos, sehingga 10 Disember 2008, kerajaan perlu membayar RM5.77 bilion untuk projek ini, RM1.43 bilion lebih tinggi dari kos asal.

Lebih penting, kerajaan perlu menanggung kos bernilai RM1.14 bilion, kerana menurut perjanjian antara kerajaan dengan DRB-Hicom Berhad, pampasan maksima yang boleh dituntut oleh kerajaan daripada kontraktor ialah RM 257.99 juta. (Bahagian pertama, bersambung)

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

PEREBUTAN KUASA DALAM MCA - nizar zambry najib altantuya

KRISIS MCA nampaknya tiada penghujung. Ketika banyak pihak menyifatkan pelan perpaduan yang mahu dilaksanakan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai 'opera Cina' � beberapa pihak lain melihat Tee Keat terlalu takut jika dia kehilangan jawatan.



Selama ini, MCA yang dikatakan bakal berubah apabila Ong Ka Ting mengundurkan diri serentak dengan Chan Kong Choy, rupa-rupanya terbeban dengan kisah RM10 juta wang dari 'taikun PKFZ' yang didakwa diberikan kepada Tee Keat.

Ketika Tee Keat berhempas pulas mahu membersihkan namanya dari palitan dakwaan menerima RM10 juta itu, dia dikatakan berusaha juga mahu mengenepikan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang pernah dikatakan mahu menjatuhkannya.

Kini, selepas Soi Lek Berjaya diketepikan dari jawatan Timbalan Presiden, Tee Keat masih tidak tenteram kerana kawan yang selama ini dipercayai menyokongnya sehidup semati, Datuk Seri Liow Tiong Lai disifatkan sebagai 'kawan makan kawan'.

Tee Keat mencabar Tiong Lai berterus-terang jika timbalannya itu mahu beliau meletakkan jawatan supaya dia boleh mengambil alih pucuk kepimpinan parti.

Nampaknya, sejarah kepimpinan parti-parti dalam komponen BN berulang. Hubungan antara Timbalan dengan Presiden sering tidak sehaluan.

Dalam Umno, apakah kita masih ingat bagaimana teruknya 'pertembungan' antara Tun Musa Hitam dengan Dr. Mahathir?

Kemudiannya, Tun Ghafar Baba (Allahyarham) dikecewakan oleh Dr. Mahathir sebelum pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Dr. Mahathir.

Dalam PBB (Sarawak), hubungan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Datuk Abang Abu Bakar Mustapa, Tan Sri Dr. Sulaiman Daud dan kini dengan Datuk Abang Johari Tun Abang Openg juga sudah menjadi rahsia umum.

Dalam MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bertelagah dengan timbalannya, Datuk S. Subramaniam. Tan Sri Dr. Lim Kheng Yeik dengan timbalannya Datuk Kerk Choo Ting juga bukan rahsia lagi.

Dalam MCA sendiri, dalam era Tun Dr. Ling Liong Sik, timbalannya, Tan Sri Lee Kim Sai pernah tersungkur. Kemudiannya, Tan Sri Lim Ah Lek tidak menjamah kerusi Presiden kerana �masalah� antara Presiden dan Timbalan.

Jika Tee Keat yang menimbulkan masalah awal dengan Soi Lek kerana �mengesyaki� Soi Lek berusaha menjatuhkannya, kini selepas Tee Keat berjaya menjatuhkan Soi Lek, pengganti Soi Lek pula, Tiong Lai dilihat sudah bermasalah dengan Presiden.

Hari ini, hubungan antara Tee Keat dengan Tiong Lai sudah sukar untuk diperbaiki. Tiong Lai kelihatan sudah dapat sokongan dari Pergerakan Pemuda dan Wanita MCA. Tee Keat terpaksa 'berbalah' dengan kedua-dua sayap parti ini kerana melihat Tiong Lai sudah �dapat sokongan� dari kedua-dua sayap parti itu.

Kenapa agaknya Tee Keat masih mahu bertahan di kerusi Presiden? Kenapa dia tidak mahu berundur seketika untuk menyelesaikan perbalahannya dengan 'taikun PKFZ' Datuk Seri Tiong King Sing sebelum berdepan dengan masalah dalaman MCA?

Jika Tee Keat tidak menimbulkan masalah Soi Lek beberapa bulan lalu, apa yang berlaku dalam MCA sekarang termasuk EGM tidak perlu diadakan.

Malangnya, Tee Keat yang bercita-cita mahu menjadi hero MCA terlupa, lubang yang dikoreknya itu memerangkap dirinya sendiri.

Walaupun pelan perpaduan yang diperkenalkan mungkin Berjaya, tetapi tidak mustahil Soi Lek boleh meninggalkan Tee Keat ketika ini bagi menyokong Tiong Lai yang dikatakan pernah dibisikkan kata-kata oleh Tee Keat sebaik sahaja mahu bercuti selepas EGM, yang dia (Tee Keat) mahu berundur.

Ketika pemimpin lain dalam MCA berusaha menambah kawan-kawan, Tee Keat nampaknya menambah musuh. Dia sudah berbalah dengan ramai orang dan banyak pihak. Kini, MP Seri Gading, datuk Mohamad Aziz pula mencadangkan di Parlimen supaya Tee Keat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan kerana 'rakyat sudah tidak memerlukannya' lagi.

Memetik kata-kata Tee Keat, "pemimpin tertentu mendesak supaya menghormati keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM). Ini jelas bermaksud mahu saya meletak jawatan tetapi pada masa sama, mereka mendakwa tidak memaksa saya meletak jawatan.

"Saya secara peribadi mendapati pendekatan mereka ini amat mengelirukan. Jika Timbalan Presiden (Liow) yang baru dilantik mahu saya meletakkan jawatan supaya beliau boleh menjadi Presiden, saya percaya beliau perlu membuat pendirian yang jelas.

"Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah dengan 'bali batu sorok tangan'," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya, semalam.

Masalah Tee Keat ialah dia tidak pernah menjadi Timbalan Presiden sebelum menjadi Presiden. Kekosongan yang berlaku bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden (Ka Ting dan Kong Choy) berhenti serentak menyebabkan Tee Keat yang ketika itu menjadi Naib Presiden bertanding jawatan Presiden manakala Soi Lek yang melepaskan jawatan Naib Presiden � membuat 'comeback' dengan menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden.

Tee Keat mungkin menyokong calon lain supaya menang kerusi Timbalan Presiden, kerana ketika itu bekas Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan turut bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi yang menang ialah Soi Lek.

Tee Keat nampaknya tidak selesa dengan kemenangan Soi Lek. Jika kelazimannya Timbalan Presiden MCA akan dilantik menjadi Menteri, tetapi Soi Lek yang merupakan bekas Menteri Kesihatan tidak ditawarkan apa-apa jawatan.

Ada yang mengatakan Perdana Menteri tidak mahukan Soi Lek tetapi ada juga pihak yang mendakwa tee Keat tidak mengangkat nama Soi Lek kepada Perdana Menteri untuk dicadangkan dilantik menjadi Menteri.

Tiong Lai yang turut menerima kesan tidak sehaluan dengan Presiden apabila timbul cerita isterinya dihadiahkan sebuah kereta bernilai RM600,000 meminta SPRM dan polis menyiasat dakwaan tersebut. Hari ini, pergaduhan antara beberapa pemimpin ini menimbulkan banyak cerita 'tersembunyi' selain kisah-kisah skandal seks.

Sama-samalah kita lihat siapakah yang akan tersungkur kali ini apabila berlaku pertembungan antara Tiong Lai dengan Tee Keat? Adakah Soi Lek akan tampil menjadi jaguh mempertahankan Tee Keat dalam pertembungan Tee Keat-Tiong Lai ini? Atau, kesemua mereka, Tee Keat, Soi Lek dan Tiong Lai akan hanyut dan MCA bakal menyaksikan kepimpinan baru yang bersih dari cerita RM10 juta, skandal seks dan hadiah kereta dari kontraktor?

Atau MCA bakal terus dipimpin oleh mereka yang lebih gemar mencari masalah dan berbalah � dengan tidak mempunyai banyak masa untuk turun ke bawah menemui rakyat yang mengharapkan pembelaan dari mereka ini. _