2010/10/01

PRK GALAS MUHYIDDIN TERPAKSA CALONKAN TENGKU RAZALEIH SEBAGAI CALON?

PUTRAJAYA, 1 OKT : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului ketuanya selaku Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak apabila mencadangkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PilihanRaya Kecil (PRK) Galas.

Beliau menganggap Tengku Razaleigh adalah calon terbaik untuk merampas semula kerusi DUN Galas yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima i Isnin lalu.

"Saya tidak ragu-ragu bahawa Tengku Razaleigh adalah calon terbaik," kata Muhyiddin yang sedia 'berbincang' sama ada terdapat kemungkinan calon lain untuk diketengahkan.

Tengku Razaleigh dijangka kembali dari luar negera pada 9 Oktober.

Muhyiddin juga yakin pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah PRK Umno Barisan Nasional (BN) Bagi DUN Galas adalah langkah tepat untuk mengembalikan kerusi itu dari tangan Pas.

"Saya percaya langkah kami benar ... Tengku Razaleigh adalah pemimpin Umnoyang mempunyai banyak pengalaman dan pengaruh, "katanya percaya Tengku Razaleigh dipandang tinggi masyarakat Melayu, Cina dan India di sana.

NAJIB BERUCAP TANPA FAKTA?

Hassan Minta PM Semak Fakta Sebelum Beri Kenyataan

SHAH ALAM 1 OKT - Exco Selangor, Datuk Dr Hassan Ali menggesa Perdana Menteri Najib Razak menyemak semula fakta sebelum mendakwa peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat akan memberi kesan terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Hassan menyatakan sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, rakyat negeri ini dibantu dengan pelbagai program yang meningkatkan kemajuan serta menjaga kebajikan rakyat.

"Saya rasakan Perdana Menteri kena semak semula (kenyataan itu).

"Sekarang ini ada projek mikro kredit bernilai RM 50 juta, bukan di bandar tapi luar bandar. Adakan ini dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri BN terdahulu," terang beliau kepada TV Selangor.

Hassan berkata program merakyatkan ekonomi yang dipelopori kerajaan Selangor merupakan bukti jelas kebajikan rakyat sentiasa dibela dan diperbaiki walaupun menghadapi pelbagai kekangan dari Putrajaya.

Najib semalam mennggesa rakyat Selangor supaya tidak membiarkan 'sejarah' berulang dan mengembalikan mandat kepada UMNO untuk memerintah negeri itu semula ketika ucapan dalam majlis ulangtahun ke 20 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) semalam.

Presiden UMNO itu merujuk kepada apa yang didakwanya sebagai cubaan YBK untuk mendirikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh YBK.

YBK yang masih dipimpin oleh bekas Adun Batang Kali, Zainal Sakom dari Umno gagal menggunakan tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk membantu membangunkan kebajikan penduduk luar bandar.

Kerajaan Pakatan Rakyat bertindak membeku pemberian tanah baru setelah yayasan itu didapati mencagarkan tanah tertentu kepada bank, selain tidak membayar premium dan tidak menyediakan penyata kewangan untuk diperinchi oleh kerajaan negeri.

Mengenai projek kampus Uitm, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya tidak keberatan menyediakan tapak tanah untuk kerajaan persekutuan mendirikan kampus itu dengan syarat projek dikendalikan secara telus dan mengikut prosedur.

Hassan berkata pihaknya bersedia menerangkan kepada Najib mengenai isu itu jika diminta berbuat demikian

Beliau berkata Pakatan Rakyat mempunyai kewibawaan yang secukupnya untuk melaksanakan pembangunan bebas daripada kronima dan rasuah yang mewarnai pentadbiran Umno-BN semalam ini.

"Tunggulah YAB, YAB akan umumkan tarikh pilihanraya dan daripada situ kita boleh tengok rakyat berlari-lari nak ganti kerajaan YAB," kata Hassan dalam mesej ditujukan kepada Perdana Menteri

NAJIB JADI MANGSA ATAU PEMANGSA KEADAAN DALAM ISU ANWAR? HA HA HA

PRU 1999: Saya mangsa konflik Mahathir-Anwar, kata Najib
Oleh Adib Zalkapli
October 01, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengimbas kembali situasi 11 tahun lalu dengan terbuka berkata beliau pernah menjadi “mangsa” ekoran pergolakan politik membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Najib (gambar), beliau menyedari berhadapan dengan kesan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1999, yang diadakan setahun selepas Anwar, ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, dipecat dari kerajaan dan parti.

“Ada masanya saya rasa kecewa dengan keadaan ketika itu... seringkali, keputusan yang bukan kerana tindakan saya sendiri,” kata Najib pada forum mengenai Asean di sini hari ini.

“Itulah persekitaran anda rasakan ketika itu. Anda berhadapan dengan kemusnahan (kerosakan) kolateral... saya tidak pasti sama ada ia adalah perkataan yang tepat (untuk digunakan),” kata beliau ketika ditanya mengenai kekecewaan politik yang dialami ketika pilihan raya umum ke-10 pada akhir 1999.

Pemecatan Anwar pada awal September 1998 oleh Dr Mahathir ketika perdana menteri dan presiden Umno membawa kepada kemunculan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.

Kerjasama pembangkang menewaskan BN di Terengganu dan Kelantan, yang telah pun jatuh ke tangan PAS sembilan tahun sebelum itu.

Malah BN kehilangan undi pada jumlah yang banyak di kebanyakan negeri di pantai barat Semenanjung berbanding tahun 1995. Umno-BN kehilangan sokongan di kalangan pengundi Melayu.

“Jika anda lihat kembali 1999, ia satu situasi yang sungguh aneh. Majoriti saya jatuh menjunam sehingga, saya fikir 214 undi,” kata Najib yang ketika itu merupakan anggota Kabinet dan naib presiden Umno.

Najib berkata beliau sama sekali tidak dapat memahami mengapa situasi itu wujud.

“Tetapi saya tahu bahawa saya boleh pulih dan oleh itu saya tidak mahu mengubah kawasan (untuk bertanding),” kata Najib yang kekal di bahagian pilihan raya Parlimen Pekan sehingga sekarang.

Najib berkata beliau terpaksa bekerja keras untuk mengubah nasibnya di mana berjaya memperoleh majoriti 22,922 undi pada pilihan raya umum 2004.

Empat tahun lalu beliau menambah jurang perbezaan undi sehingga 26,464, yang tertinggi diperoleh oleh calon BN pada pilihan raya umum ke-12.

“Jika anda ada rasa keyakinan, anda tidak harus rasa putus asa dengan kekecewaan sementara.

“Apa yang penting ialah keupayaan untuk pulih. Nasib menyebelahi saya, saya berada di sini (hari ini),” kata Najib yang dipilih presiden Umno akhir Mac 2009 dan minggu berikutnya sebagai perdana menteri yang keenam.

“Dalam politik, kehidupan politik boleh jadi singkat jika anda dilihat berada dalam kelompok yang salah,” kata beliau lagi.

“Meskipun anda kompeten, meskipun anda berupaya, tetapi jika anda berada dalam puak yang salah, ia boleh jadi satu tragedi,” tambah Najib, anak kepada bekas perdana menteri Tun Abduk Razak Hussein.

TAJUDDIN:DENGAN PEMANDU SENDIRI BERHANTAM KA HA HA HA..

Kisah Tajudin bergaduh dengan pemandunya
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai.

Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan.

Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan.

Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini.

"Mana dia, hari ini ada dia datang...mana dia," tanya Tajudin di perhimpunan itu. Orang ramai yang menyertai perhimpunan itu menjawab,"Ada...dia ada."

"Saya yang buat laporan polis," kata pemandu berkenaan yang tampil ke depan di majalis perhimpunan itu.

"Mana dia laporan polis itu," tanya Tajudin.

"Mana dia tanda kena pukul," tanya Tajudin bertalu-talu.

"Ada, ini dia," kata pemandu itu.

"Mari sini," kata Tajudin..."Biarkan perkara ini diselesaikan di sini...mana dia tanda kena pukul itu...mana....mana," tekan Tajudin.

"Mana ada...dah lama," sampuk satu suara yang kedengaran dari rakaman itu.

"Kenapa polis tak datang sampai hari ini...kenapa tidak ada sebarang tindakan (terhadap dia)," tekan Tajudin lagi.

Ekoran itu, pemandu berkenaan tampil ke depan di majlis itu dan kedengaran berkata:-

"Majlis rasmi start pukul lapan, Datuk keluar rumah 9.05 malam....satu jam lewat...Datuk tahu saya orang baru. Dia tunjuk jalan, masuk kiri masuk kanan sampai jumpa jalan mati," kata pemandu itu diiringi tepukan kakitangan Felcra yang hadir di majlis itu.

Ekoran itu, ia telah menaikkan darah Tajuddin dan berkata, "Saya tidak minta tepuk...tak perlu tepuk, ini bukan majlis politik," dengan nada marah.

"Saya minta ambil tindakan mahkamah hari ini juga,....kenapa selepas enam bulan tidak ada tindakan," kata Tajuddin marah dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana memalukannya.

"Dia kata dia hormat tetapi dia buat laporan polis. Saya sabar hampir beberapa bulan kerana saya fikir dia budak tidak perlu ambil tindakan. Tetapi hari dia nak tunjukkan dia benar, saya tak takut," kata Tajudin.

Menurut sumber Harakahdaily, peristiwa yang membawa pergaduhan secara berdepan di hadapan kakitangan Ibu Pejabat Felcra ini berlaku pada 21 Oktober 2009 lagi.

Ketika itu, dua pemandu Tajudin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak tidak dapat membawanya kerana seorang sakit dan seorang lagi terpaksa cuti secara tergesa-gesa.

Pemandu ini telah diarahkan membawa Tajudin ke satu majlis di rumah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Namun, mereka tidak jumpa rumah berkenaan. Tajudin menyalahkan pemandunya dan memukul kepala pemandunya dan mengambilalih stering kereta.

Ekoran pukulan itu, pemandu itu membuat laporan polis pada keesokan harinya (22 Oktober) di Balai Polis Johor Bahru Central, Johor.

Ekoran kejadian di ibu pejabat Felcra pada 3 Mei itu, pemandu berkenaan dikatakan telah membuat sekali lagi laporan polis iaitu pada 4 Mei sehari selepas keajadian itu. Laporan kali ini dibuat di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam majlis pada 3 Mei itu, Tajudin yang berucap di majlis itu marah-marah kerana pemandu berkenaan telah membuat laporan polis kononnya dia telah dipukul kira-kira enam bulan sebelum itu.

"Ada laporan kata, saya pukul driver saya....seluruh orang di Perak pun tahu. Kononnya supaya menteri ke, perdana menteri ke tidak dengar cakap saya, dengar cakap dia," mula Tajudin mengaitkan isu ini dalam ucapannya itu.

"Budak driver ini bawa saya pada satu malam nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin...ada dalam blog pun...pembangkang gunalah ini, kita dok bagi buahnya," kata Tajudin.

"Nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin, dia tak tau jalan...pusing-pusing, dekat satu jam...aik bila nak sampai, majlis nak habis dah...nak suruh saya senyum je dalam motokar...siang tadi kamu tidak pergi recky, mana rumahnya, senang kita nak pergi. Sudahnya saya pula ambil stering bawa dia, dia jadi bos..kita pula jadi diriver dia, hotlah kita," Tajudin memulakan serangannya kepada drivernya itu dalam perhimpunan bulanan yang disertai oleh semua kakitangan ibu pejabat Felcra termasuk semua pegawai kanannya.

Di majlis itu, Tajudin yang akan tamat kontraknya pertengahan Oktober depan turut memperkenalkan CEO baru Felcra Berhad.

"Esoknya, dia boleh berani pergi buat laporan polis dan dakwa dia kena pukul...tak ada tanda pun," kata Tajudin.

Ekoran itulah, pemandu Felcra itu bangun dan memberikan penjelasan di majlis itu dengan di sambut tepukan gemuruh perserta perhimpunan bulanan di Auditorium Felcra Berhad itu.

Rakaman audio ucapan dan pertengkaran Tajudin dan pemandunya [Bhg.1] [Bhg.2]

KURANG AJAR DAN HINA JIKA ANDA BERTUDUNG SEDANGKAN ANDA BUKAN ISLAM HA HA HA..

Tindakan seorang wartawan perempuan bukan Islam memakai tudung ketika membuat liputan pada satu majlis, dianggap Pergerakan Puteri Umno sebagai perbuatan yang ‘hina’ dan ‘kurang ajar’.

“Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila (Boo) Su-Lyn turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masik ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar,” kata Ketua Penerangan Puteri Umno, Nordiana Shafie.

Mengikut portal Umno-Online, Nordiana dipetik berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap wartawan portal berita, Malaysian Insider, Boo Su-Lyn di balai polis Dang Wangi di sini, semalam.

Katanya, laporan dibuat kerana wartawan itu didakwanya memanipulasi berita semata-mata berikutan tidak menyiarkan ucapan Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin secara penuh.

“Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan,” dakwa Nordiana tanpa menyedari hakikat tiada wartawan akan menyiar ucapan penuh mana-mana pemimpin dalam bentuk berita.

Nordiana mendakwa, sesi ceramah yang dihadiri wartawan itu adalah tertutup dan pengumuman supaya media meninggalkan dewan pada program Dialog Bersama Negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sudah dibuat.

Beliau juga mendakwa tulisan wartawan itu tidak tepat dan semua ahli pergerakan yang hadir pada majlis berkenaan, sedia menjadi saksi

“Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman,” dakwa beliau.

MUHYIDDIN KECUT PERUT :GALAS TUNJUK KEMUNAFIKAN PEMIMPIN UMNO KELANTAN?

Tindakan timbalan perdana menteri yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas dianggap sebagai "lari daripada tanggungjawab", kata naib presiden PAS, Salahudin Ayub.

Katanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

"Kali ini kenapa dia (Muhyiddin) lari. Mana janjinya untuk jambatan di Manek Urai. Mana janji dia untuk memberikan sumbangan untuk warga tua di Manek Urai. Ke mana dia lari?" katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Salahudin berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung keputusan BN melantik Tengku Razaleigh mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaiman Isnin lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi yang memperolehi 3,753 undi.

Majoriti pengundi di kawasan ini terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170).

Pada sidang media itu juga, Salahudin berkata PAS tidak menghadapi masalah walaupun ketua Umno Gua Musang yang mesra dengan panggilan 'Ku Li' itu akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN.

Ini kerana, dakwanya, parti itu mempunyai hubungan "sangat akrab" dengan ahli parlimen Gua Musang berkenaan kerana puteran raja tersebut pernah dan sedang bersama-sama PAS memperjuangkan isu royalti minyak di Kelantan.

Bagaimanapun, Salahudin turut mengingatkan supaya ahlinya tidak meremeh dan merendah keupayaan jentera pilhan raya lawan untuk mempertahankan DUN tersebut.

Menurutnya, PAS akan menghadapi "cabaran yang cukup besar".

"Jentera pilihan raya parti perlu bersiap sedia. Jangan ada (ahli) yang terlalu yakin, (dan) rasa selesa untuk menghadapi pilihan raya. Tingkatkan keupayaan dan komitmen untuk mengadapi pilihan raya. Kita perlu menghadapinya dengan penuh kebjaksanaan," katanya.

Katanya, PAS pusat akan bermesyuarat bagi membincangkan persediaan parti itu termasuk melantik pengarah pilihan rayanya yang akan diumumkan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan akan diadakan di Pusat Khidmat DUN Gombak Setia Ahad ini jam 3 petang

DEMI NEGARA DAN EKONOMI MALAYSIA:NAJIB MESTI BATALKAN PENDAKWAAN KEATAS ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR 30 SEPT: Peguam, Karpal Singh menggesa Peguam Negara mengunakan nolle prosequi (hentikan pendakwaan) bagi kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan percabangan antarabangsa seperti yang dinyatakan oleh usahawan Britain, Sir Richard Branson.

Karpal, peguam bela yang mengetuai pihak pembelaan berkata penarikan pertuduhan adalah cara terbaik untuk mencabut 'duri dalam daging' yang dinyatakan Branson.

"Menyeksa Anwar dilihat tidak produktif terhadap pendirian kerajaan, khususnya selepas pilihan raya umum 8 Mac, 2008 yang menunjukkan BN tidak menikmati mandat padu daripada rakyat.

"Di latar antarabangsa, kerajaan terus dibidas dalam isu ini. Saya seru kerajaan agar pragmatik dan realistik. Mendakwa Anwar adalah bercanggah dengan kepentingan nasional kerana tumpuan antarabangsa adalah ke atas perbicaraan itu,” kata Karpal.

Branson pada 27 September lalu berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang itu yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya.

Mengikut Malaysiakini, Karpal mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa pihaknya akan cuba mengheret beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertindak sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

"Jika perdana menteri dan isterinya bersedia diheret, jadi biarkannya. Pasukan pembela memberi jaminan bahawa semua kebenaran akan didedahkan,” katanya.

Pengadu utama kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah berkata dia berjumpa dengan Najib di kediaman rasminya, dan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri melahirkan rasa terkejutnya.

TUNJUK JALAN KELUAR DARI UMNO PADA TENGKU RAZALEIH

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Dr Aziz Bari percaya pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sebagai cubaan halus Umno untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Beliau berkata Umno nekad dengan meletakkan tekanan kepada Teng Razaleigh atau Ku Li bagi menyulitkan kedudukan beliau yang sering berpihak kepada kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memperjuang royalti minyak.

"Saya menganggap ini amaran kepada Ku Li sama ada terus kekal atau keluar Umno. Walaupun kita melihat beliau konsisten tidak senada dengan Umno tetapi dia masih belum keluar," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Ku Li selama ini didesak pelbagai pihak supaya keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat berikutan kecenderungannya memihak kepada kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak dan beberapa perkara lain.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyat Pas, Che Hashim Sulaima akibat barah usus, mendorong laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

Mengulas mengenai peluang Pas memenangi pilihan raya kecil itu, Aziz percaya keputusan pilihan raya kecil itu secara matematiknya berpihak kepada Pas walaupun Ku Li memimpin kempen Umno Barisan Nasional.

Beliau berkata, Umno BN tampak tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil mengejut walaupun mahu menunjukkan kemampuan mereka merampas semula kerusi DUN yang terlepas ke tangan PAS pada 2008.

Katanya, kemerosotan pengundi Umno BN dijangka berlaku melibatkan undi pos berikutan masyarakat orang Asli di Kelantan khususnya DUN Galas semakin selesa dengan kepimpinan Pas.

NAJIB COBA TIPU SATU DUNIA:SIAPA MAHU PERCAYA?

Satu dunia tahu tentang kenyataan Najib di televisyen. Hari pertama dia kata, dia tidak ada kena mengena dan tidak kenal dengan Saiful Bukhari. Hari kedua, dia kata Saiful datang untuk minta biasiswa. Hari ketiga dia kata, Saiful datang kerumahnya menemui dia dan isterinya dan mengadu diliwat.

"Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu tentang perkara ini, tapi seluruh dunia tahu tentangnya. Kini, Najib sendiri yang terpaksa menjawab isu ini, dan kelihatan rejim ini sangat tertekan," kata CheGuBard, menyebut Saiful Bukhari Azlan sebagai kakitangan yang dimaksudkan oleh Najib.

Terdahulu,usahawan Britain Sir Richard Branson dilaporkan sebagai berkata, kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang sedang berlangsung kini memberi kesan ke atas Malaysia.

Branson pada 27 September itu juga berkata, kes liwat itu sekaligus mematahkan semangat pelabur yang mahu melabur di negara ini.


tvselangor

TERINGAT MANOHARA ODELIO PINOT SI ISTERI FAHKRY

KOTA BAHARU 30 SEPT: Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran "Temenggong" dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, 10 pagi tadi.

Mohd Aiseri berkata Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry.

"Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian," katanya.

Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung.

(Bernama)

ANWAR KEPENJARA RAZALEIH HAMSAH PERDANA MENTERI PAKATAN?

Pemimpin tempatan PAS percaya, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas akan memberi kelebihan kepada PAS untuk memenangi pemilihan tersebut.

Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamed berkata Umno takut untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin veteran itu walaupun Tengku Razaleigh secara terang-terangan telah mengambil pendirian menentang BN.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat apabila Tengku Razaleigh bertindak mempengerusikan Jawatankuasa Kaukus Parlimen yang ditubuhkan untuk menyiasat isu royalti minyak Kelantan.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh dilantik mengetuai jentera pilihan raya memandangkan pengaruhnya masih kuat di kalangan pengundi di situ, kata Zulkefli.

"Tidak pernah berlaku, pengerusi perhubungan negeri (Datuk Seri Mustapa Mohamad) pun jadi timbalan dia (ketuai jentera pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Seorang lagi pemimpin tempatan Husin Embong berkata, pelantikan itu akan menyebabkan Tengku Razaleigh berada dalam keadaan tersepit.

"Sebelah kaki dia di Pakatan Rakyat, sebelah kaki lagi dalam BN," yang bersetuju bahawa tindakan Umno meletakkan Tengku Razaleigh sebagai 'komander perang' juga merupakan satu kaedah untuk 'mendisiplinkan' putera raja tersebut.

Faktor sokongan Cina, Orang Asli

Perubahan sikap Tengku Razaleigh itu mungkin boleh diperhatikan daripada trend yang ditunjukkan oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12.

Zulkefli berkata, pengaruh Tengku Razaleigh telahpun semakin pudar di kalangan golongan peniaga, pekerja dan juga Orang Asli berdasarkan keputusan itu.

Jelasnya, PAS berjaya memenangi semua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu termasuk Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru.

"Satu lagi peti undi di Pulai (majoriti bukan Melayu) kita hampir menang juga. Ini menunjukkan masyarakat Cina dan golongan pekerja banyak sokong kita," katanya lagi.

Di kawasan Orang Asli yang dianggarkan lebih 1,600 orang pula, PAS berjaya memperbaiki kedudukannya dalam pilihan raya lalu, kata Zulkedli.

Keadaan ini membolehkannya PAS memecahkan dominasi Umno di parlimen Gua Musang dengan memenangi kerusi DUN tersebut.

"Orang Asli ini dikira sebagai penyokong kuat Ku Li, tapi sudah 20 peratus meningkat sokong kita (dalam pilihan raya umum ke-12).

"Contohnya, kita menang 40 peratus undi di Pos Hau dan 30 peratus di Pos Brooke yang merupakan kawasan penempatan orang Asli paling ramai. Kalau dulu kita hanya boleh dapat paling tinggi pun 11 peratus saja di kawasan ini," katanya lagi.

Isu tanah, golongan peneroka

Zulkifli berkata, beliau tidak melihat banyak isu nasional yang akan timbul. Sebaliknya, isu tempatan melibatkan permohonan tanah oleh golongan peneroka akan mendapat lebih banyak perhatian.

Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak dapat menjangkakan berapakah jumlah peneroka yang masih berdepan dengan masalah untuk mendapatkan geran tanah.

"Tapi kita yakin permohonan mereka ini akan dapat dilihat dan diselesaikan oleh kerajaan negeri," katanya lagi.